CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 22, 2012

"Mak buat pecal.."

Mak kejam..

Semalam time nak bebuka *kat umah jiran sebelah, anak dara yang jojes*, tepon munyik..

Kua kat skrin..

MAK

eh, mak!

*misti nak wish or nak tanye wa masak ape*

dan betol tekaan wa..

"Berbuka bila mie?" tanya mak di hujung talian..

"kejap lagi mak. 6.50 camtu"

"oh, tak lame lagi lah..masak ape tuk berbuka?"

Wa gelak.."masak kat kedai le mak. kate anak dara.muahahah..nasik kerabu ngan ikan keli masak sambal tu wajib. kui3..*

"sorang ke hape?"

"taklah. dengan anak2 dara sebelah umah nih ha.."

"oh.." kata mak. "mak buat pecal arinih"

Ha, ni yang tamo dengar nih..

"best giler!" wa jerit.

Mak memang kan. SAje je. sobsss~

rindu la masakan mak time berbuka. Meriahnya kitorang sekeluarga kalo berbuka. Walaupun anak mak ngan abah cuma 5 orang tapi kami memang makan manyak seperti ade soploh orang.

Paling takleh lupa mak penah masak nasik goreng cina terbest abad itu. Manyak wo. Macam sekawah.

And mak tahu anak2 dia memang suka makan dan beliau tak pernah gagal memasak setiap kali berbuka walaupun beliau bekerja.

Sobssss~

Kalo Kepong ni sebelah Kuching, tetiap ari aku drive balik umah~

Sobbssssss~

Petang ni wa nak tanye menu meka pulak. muahahha..


Kejadian malam Ramadhan pertama..

Hari JUmaat tu balik keje dah eksaited nak pi taraweh malam tu..Maklomlah, malam pertama Ramadhan~

Siap mesej jiran sebelah umah soh tunggu sebab nak pi tarawih sesama. Kebetulan anak-anak dara tu memang nk pi pon. So at least wa ade la kawan kan...

Hajat hati nak lah pi antaq dulu baju ke dobi. *takde masa nak basuh baju* Sebab lagi cepat mudah dan pantas..Pastu tak jadi. Mujur jugak tak pi. Kat bulatan kawasan perumahan wa tu dah berderet2 panjangnye. Mak ai...

Sesampainye dirumah, napok sorang tengah basoh kete. So die tanye nak pi kol bape. Wa cakap lah magrib kat masjid lah. Senang. So, spt yang dijanjikan, kami pon pegilah. G satu kete je. Sonang..

Kat masjid sempat kenal dengan sorang kakak nih. Dok borak2 punye borak, upenye die bini nebi jugak. kekekek..Patotlah seperti agak pemilia. hurm~ Dari perbualan kami, beliau adalah AJK masjid itu. Orang dah biasa aktif berBAKAT kan. :)

Raya dia siap ajak pi rumah lagi. Tak jauh dari rumah saya. hoho. kate saya, InsyaAllah..:)

Lepas abis tarawih, as usual saya kunci pintu bagai. Nak masok tido lah kan. titibe dengar orang bagi salam. Jenguk kat tingkap. Rupenye anak2 dara sebelah umah tu.

"Puan, rumah kami masih takleh on letrik. suis tu tendang balik" kata meka mengadu.

Wa pon pegi lah sebelah tengok. Memang takleh pon. Kesian kat bebudak nih, wa offer tido umah wa. Takkan nak tido dalam kepanasan kot kan. Kesian meka.

Oh yes, dan wa pon kelam kabot kemas umah dan ruang tamu sebab bersepah dengan kain perca ngan kain kastemer. ngahahhaa..Meka datang bawak bantal. Naseb la wa ade tilam ckup tuk meka. Kesian betol. Memandangkan perut wa lapa, wa ketang ketung ketang ketung kat dapo masak. Untuk meka sekali dan juga besahur.

Meka mintak mahap sebab menyusahkan tapi wa tak rasa pon menyusahkan. At least wa ada teman bersahur. So, untuk pertama kalinya wa bersahur dengan mereka. Seronot. Rasa macam mak pulak kejut meka bangun sahur. ekekekekek~

Esoknya pulak, saya bawak meka pegi bazar ramadhan kat Kem Askar Batu 8 yang mane semua adalah masakan semenanjung. hoyehhhh..saya rindu msakan mak..

Syahdu Ramadhan kali ini~

Syahdu sungguh mlm2 Ramadhan kali nih. Tahun ketiga berpuasa di tpt org. Tanpa keluarga disisi. Tahun kedua berpuasa bergelar seorang isteri tapi tanpa suami disisi.

Ramadhan kali ini agak lain. Lebih syahdu dan menusuk kalbu. Sedikit membuat aku smakin sensitif apabila usia perkahwinan menginjak setahun 2 bulan. Belom dikurniakan zuriat.

Aku sunyi. Tanpa suami,keluarga. Serta anak pnyeri rumahtangga. maaf. Dalam kegembiraan melihat rakan2 dikurniakan rezeki itu,aku terpukul. Sebak. Kenapa bukan aku..

Seorang demi seorang Allah kurniakan mereka cahayamata. Tapi tidak aku. cuma terus menanti dan kadang2 hilang kewajaran. Dan berhenti berharap.

Terbayang wajah suami tercinta. Apakah salah kami Allah uji sampai begini. Alhamdulilah,suami xpernah memaksa. Sebab katanya,dlm keadaan kami yg terpaksa berjauhan mungkin menyebabkan rezeki itu belom hadir..

Seronok melihat kawan2 membawa perut yg smakin membesar,zuriat mereka. Tapi..

Setiap kali suami balik menjenguk,stiap kali itulah bahunya xlekang dr airmata isterinya. Tak jemu memujuk. mungkin dia juga merasa sesuatu tp bertabah utk meredakan hati isterinya.

Ada juga yg berani mensajes beberapa produk tanpa segan silu. bukan xmahu mencuba,tp masa kami bersama bukan spt org lain. Allah juga maseh belom perkenankan permintaan kami. Jadi mohon jgn terlalu cpt merumuskan sesuatu. Tapi saya mnerima nasehat dan tips untuk hamil. Bukan dengan mempersendakan saya..

Saya bersyukur,dikurniakan suami yg penyayang dan keluarga yang memahami. Tapi ya,agak terkilan dengan beberapa ahli keluarga yg spt tidak memahami keadaan kami..

Dalam bulan Ramadhan yg mulia ini aku panjatKan doa memohon kekuatan dariNya. Kerana aku dah semakin x mampu menanggung segalanya sorang diri. Ya Allah,lindungi suamiku dan keluargaku serta sahabat2ku. berikan aku kekuatan menghadapi dugaan yg maha hebat dihadapanku. Sesungguhnya aku hanya manusia yang lemah.

Kawan2,doakan kami. Pinta saya,cukuplah kami berjauhan begini. Cukup tersiksa naluri saya sebagai seorang isteri. Kami sedang berusaha untuk duduk bersama,bukan berjauhan begini. Bukan sebab org sekeliling,tp tanggungjawab sy menjaga keperluan suami. Doakan yg terbaek untuk saya kawan2. Hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian.

Semoga amalan kita dibulan yg mulia ini diterima Allah SWT. InsyaAllah.

Selamat malam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 16, 2012

Sedikit ilmu tentang bulan Ramadhan~

Nak sharing ilmu sikit. Dapat dari email opis. Di share oleh salah sorang kakitangan..:)


Sejarah Ramadhan
1)     Ramadhan: Ertinya panas terik
2)     Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)      Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)      Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5)      Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6)      Di pilih untuk ibadat puasa.
7)      Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1)     Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2)     Bulan penuh keberkatan.
3)      Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4)     Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5)     Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6)      Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7)     Bulan menambah rezeki.
8 )      Memberi berbuka banyak pahala.
9)      Bulan keampunan :-
-     Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
-     10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-     10 hari pertengahan - pengampunan,
-     10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

 
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1)     Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)      Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)      Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)      Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)      Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)      Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)      Solat berjemaah setiap waktu
8)      Solat jemaah di masjid/surau
9)      Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)      Sahur diwaktu akhir
11)      Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)      Mandi Janabat sebelum Imsak
13)      Kurangkan tidur
14)      Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)      Tunaikan Solat Dhuha
16)      Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)      Tunaikan solat Rawatib
18)      Jaga pacaindera
19)      Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)      Hadiri majlis ilmu
21)      Buat baik kepada ibubapa
22)      Isteri hendaklah taat pada suami
23)      Banyakkan bersedekah
24)      Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)      Berbuka bersama org tua
26)      Jemput tetamu berbuka
27)      Kurangkan berat badan
28)      Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)      Baiki hubungan suami isteri
30)      Baiki hubungan jiran
31)      Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)      Elakkan berbelanja berlebihan
33)     Kuatkan kesabaran
34)      Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)      Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)      Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)     Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)     Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39)     Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)     Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)     Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42)      Melazimkan solat waktu
43)      Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)      Elakkan banyak berhutang
45)      Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)      Mengeluarkan zakat fitrah
 
Wallahualam~ 

Hari HARAM berpuasa~

Tau tak, ade beberapa hari yang diHARAMkan berpuasa~
Tadi titibe rasa cam tergerak hati, so wa google. Sebab macam ade yang baru nak ganti pose minggu nih. Aiseh. Last minit baru kelam kabot. Apesal tak ganti dulu2. So, disebabkan tak sure, wa google lah dan ini yang wa jumpe.

Tapi kalau salah betulkan lah keh. Kita belajar sama2..:)

1) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
- Ha, kalo hubby tak bagi puasa, takpayah nak gatal puasa pulak. Mungkin dia ada plan ke ape ke kan. ehemmm..tapi jaranglah suami tak bagi puasa..Ni untuk puasa sunat okehhhhh!
 *Pernah tanya suami, dia cakap, nape dia nak halang pulak. Puasa je. Dia izinkan. Alhamdulilah takde masalah..:)

2) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
- Ni kes orang yang baru nak ganti pose. Tak menyempat-nyempat. Esok tu dah 1st Ramadhan arini baru nak pose. TAK BOLEH ye kawan2. TAK BOLEH.
Kalo umo panjang nanti pas raya ganti la cepat. Jangan tunggu last minit..
c) Puasa pada hari raya aidil fitri (1 Syawal) ,hari raya aidil adha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)

d) Puasa perempuan haid & Nifas
- Kalau tengah period tak boleh puasa. Same macam nifas. Sebab darah keluar dan badan wanita akan rasa lemah sedikit pada ketika ini.

e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.

Kalau nak tahu mengapa dan dari surah mana di ambil tentang hukum nih, boleh klik kat link di bawah..:)


 
Selamat berpuasa~ :)




Dengar ceramah tentang PUASA~

Hari Jumaat arituh, petang ade slot dengan ustaz yang dijemput ke Jabatan wa sempena kedatangan Ramadhan nih. Disebabkan wa agak pree arinih *sila lihat maksud pree dalam kamus wa*, wa pegi lah join, nak dengar. Kadang2 kita kene dengar ceramah untuk tambah ilmu kan? :)

Ustaz Azmi dijemput dan ceramah bermula pada pukul 3 petang. Dan wa nak share beberapa ilmu dengan kengkawan dari apa yang wa dapat dari ceramah tu. Tajuk ceramah tu adelah 'Kedatangan Ramadhan' memandangkan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi.

Berdasarkan Imam Al-Ghazali, beliau berkata, ada 4 perkara yang orang berpuasa tak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

1) Niat tak betol
-bak kata ustaz, kebanyakan orang berpuasa dia nak kurus. Kan dah lain niat tu. Sedangkan bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatotnya kita tambah pahala sebaik mungkin dan ambil peluang untuk beribadah. Bukan cakap bulan lain tak perlu buat, tapi Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain.
-Berdasarkan Mazhab Maliki, seseorang itu dibolehkan berniat sebulan pada malam pertama bulan Ramadhan manakala Mazhab Syafie pula mengatakan perlu niat hari2. Tapi boley digunapakai bagi kedua-dua mazhab.

2) Pelaksanaan tidak mengikut syarat sah batal

3) Tidak mengikut syariat
-tidak menutup aurat

4) Meninggalkan perkara asas
-Solat

2 sumpah Allah kepada orang yang tak solat
1) Hatinya tak akan tenang sampai mati
2) Allah tak izinkan namaNya disebut ketika hendak mati


Sunnah Rasulullah SAW semasa berbuka
-Kurma atau air.

Ustaz membuka ruang untuk sesi soal jawab dan sesorang telah bertanya lebih kurang macam nih.

" Jika melakukan hubungan suami isteri pada malam hari dan tak sempat nak mandi hadas, adakah kita boley berpuasa pada keesokan harinya?"

Lalu, ustaz pon menjawab,

"Boleh terus berpuasa as long as tidak melakukannya di siang hari atau selepas azan subuh. tapi dalam keadan darurat, dibolehkan dengan syarat perlu batalkan puasa dulu. Contoh macam suami dah 8 bulan tak bersama isteri." *yang ni wa gelak.kakakakak*

Meh nak share beberapa perkara yang membatalkan puasa. Ada 7 ye kengkawan.
1) Memasukkan cecair secara sengaja ke dalam rongga
2) Keluar air mani dengan sengaja
3) Muntah dengan sengaja
-Kalo selepas Zuhur, MAKRUH hukumnya berkumur dan menggosok gigi.
4) Makan dan minom dengan sengaja
5) Tidak berniat
6) Bersetubuh
-Walaupun tak keluar air mani
*Bak ustaz cakap, asal celup je "topi keledar" tu, dah kira batal..
7) Murtad

Perkara MAKRUH..
1) Berkumur berlebihan
2) Bercium
3) Menenung isteri dengan rasa berahi
4) Berfikir tentang jimak
5) Berbekang (keluar darah)
6) Bersugi atau mandi berlebihan

Dimaafkan ketika berpuasa
1) Menelan air liur sendiri
2) Muntah dengan tidak sengaja
3) Tertelan nyamuk/lalat
4) Menghidu debu atau bau-bauan
5) Berjunub ketika pagi
6) Bermimpi keluar air mani
7) Makan dan minom dengan tidak sengaja

Ada jugak ustaz cakap,kalo memasak, dibolehkan untuk merasa makanan di hujung lidah sahaja. *bagi yang memasak sahaja ek. dan dengan kuantiti sedikit saje*

Yang ni semua yang wa catit masa ustaz tu bagi ceramah. Bukan pepandai sendirik okay.

Okay, nanti sambong lain..

Babai.~

Friday, July 13, 2012

Kalerpul~












Jumaat memang penghulu segala hari. Tapi Jumaat kali ni betol2 kalerpul pada wa..

Pepagi purse buat lawak pulak nak misplaced2 kan. Pastu pi opis ade perhimpunan bulanan pulak. 

*Pastu kejadian seterusnya telah diterangkan di wall pesbukku. pepaham sendiriklah...~

Balik ke bilik nak buat koje dah pukul 11 camtu. Nak buat keje pon dah takde mud. Sain2 surat, conteng2 kertas, pastu dapat idea nak pi kua tenangkan minda yang serabot ni.

Pi lah Kuching Sentral dimana ia adalah perhentian bas macam Pudu Sentral tu lah..Tau tak ia cantik gila dan bermacam2 kedai ade didalam nye..

Ade kedai kain yu ollssss~ dan malangnya, terbang lagi duwet sebab wa beli kain lagi. adoiyaiiiii~

Bila nampak kedai kain rasa macam ati berbunga riang..kui3..ampess..

Masok opis agak lambat sebab jalan jem gilers. Makan kelam kabot. Sebab pukul 3 ada ceramah dari ustaz jemputan. Wa wajibkan semua pegi yang Islam. Mestilah, nak dengar ceramah pon liat sangat apesal? Banyak sangat setan dalam badan tu?

Kalo tak semayang ta payah tunjuk sangat. At least pegi dengar ceramah pon dah okay.
 
Tau tak ustaz tu bagi ceramah bes gilaaaaa!! *nanti wa update entri lain dan share sedikit ilmu apa yang wa dapat dari ceramah tu keh..:)
 
Suka dengar nada dia bagi ceramah. Tajuk ceramah ialah Kedatangan Ramadhan.
 
Sampai petang dah nak balik, terus kemas. Shoot balik sebab malam pulak ade kenduri tahlil kat umah kawan. Dah jemput, xkan tak pegi. Lagipun, wa takde buat ape2 pon kat umah. Ape salahnye kan kita pegi majlis agama. :)
 
Ngam2 soi masa wa sampai umah kawan tu, magrib masok. Naseb sempat masok saf. huhuhu~ Pastu seronok dapat kenal ramai kenalan yang lain. Orang2 semenanjung. :) Pengarah wa bawak bini ngan menantu dia serta seorang cucu. Adam nama dia. Comel gila..kih3..*Pastu titibe teringat seseorang..sobss..
 
Dan lepas selesai majlis, wa pon balik. Wa teringat petang tadi nak kol mama (mak mertuaku) sebab mama baru je abis exam. Tapi mama belom turun dari bangunan opis pulak. Ades. Takpelah. Wa tepon lak mak wa. Eh, salah. Tepon abah. Abis satu rumah aku borak. *Homesick sebenarnye..
 
So ondaway balik sambil drive tu, *wa pakai handsfree okayyy* wa borak2 ngan mama. Seronok. Lama dah rasanya tak tanya khabar dia. Seronok tengok dengar mama happy. Alhamdulilah, mama sehat. Semua ahli keluarga sihat. Seronok. :)

Sampai umah sesiap mandi, wa kemas beg dan barang2 jahit nak bawak esok. Esok wa ade kelas..Kelas belajar menjahit baju melayu. Dah siap, wa letak tepi tu. Senang esok terus angkat je, takde nak tekemas2 bagai.

Skang dah ngantok. nak tido. Babai~

Cemas dan ketat! *kompom teruja nak bace.kakakakah~

Siyes pagi tadi cemas!

Rumah baek punya dah kunci, kete dah bawak kua dari garaj, titibe cek handbag..

Eh...

Mane purse wa??

Terpaksa masok umah balik selongkar umah..

Wa dah cemas...

Takkan tertinggal kat kedai makan semalam???

Denggggggg!

Dahla segala macam ada dalam tu. Kad bank wa, kad bank hubby, kad kawen, kredit kad, kad member ronggeng, kad soppin dan bermacam2 lagi lahhhhh!!

Tak kisah la mende lain, ic ke lesen ke, tak kisah. Kad bank tu!

Abis umah wa selongkar. Nak pi keje pon ilang mud. Dua tiga kali kua masok pi kat kete carik dalam handbag, bawah seat kereta, TAK ADE wehhhh!!!

Wa kol sorang kawan. Tak berangkat sebab semalam pi makan ngan dorang.

Huah..

Skang cemas tahap gaban!

Mana purse wa!!! uwaaaaa~

Baek..

Finally, wa tarik napas dendalam, fuh fuh..Ingat balik mane last wa letak semalam..

Tuk kali ketiganya wa g kat kete, wa selongkar handbag selow selow..TAK ADA..

Wa pandang beg telekung.

Takkan dalam tu..

Dup dap dup dap..

Sekali..

TARAAAAAAAA...

Ade pulak...Macamane ade dalam beg telekung nih! Pelik..

Mungkin masa nak masokkan telekong tadi kot..hurm..

LEGAAAAAA..

Tak kisah dah. Yang penting, dah jumpa..

Selamat kad2 tu seme.

Alhamdulilah...

So, lesson learn jangan CEPAT CEMAS!

cuba slow slow carik.

*Masa wa eksiden tu pon wa tak cemas sangat. Bile dah berenti baru cemas tu datang..

Bagi sikit cepuk cemas!

Okay, nak pi perhimpunan bulanan. Petang cadang nak buat miting sikit. Tapi ttibe ade surat pulak WAJIB hadir tuk ceramah sempena RAMADHAN ni.

So arini tak buat keje.

*Menangis doket2 aku dlm kabinet tu..

Okeh, nak cakap, kain wa dah ketat tang pungkok..cissss..nape titibe nih!

Ketat boleh didefinasikan sebagai padat ataupun rasa tersepit. Merepek!

Jumpa lagi..babai~


Thursday, July 12, 2012

Ade orang puji i lahhhhh!

Ha, kali ni pulak entri mengada. Semalam dah entri tacing kan? Muahahaha~

Tadi dok membebel kat anak bebuah, ade sorang anak bebuah pulak tegur.

Dia tanye ape tau..

'Nape muka napok putih berseri? Lain lah muka skang..'

Jap. Tu puji ke perli tu? Ke nak mengipas? tapi kene positipp..

Wa sengih je..

Actually wa tak la lawa pon. Tapi napok la perubahan sikit kat kulit muka kebelakangan nih..Dan ado orang dah pasan. Hee..

So, kire nak suprise kat hubby menjadi la nih..kekkekeke.

Nak tau ape? Wa siap pomot lagi. Nanti lain entri wa cite. Nak balik la. Penat otak dok opis nih..

Babai~

*agak2 ade yang berasap tak bace entri ni..muahahhah~


Wednesday, July 11, 2012

Hari caca marba~

Orang cakap blog ni macam diari. Boley cite ape je. Tapi tak semua boley cite sebenarnye. Takkan le cite kain dalam2 pon nak cite kan?
 
Nak post pepanjang kat dinding pesbuk, kang orang kate wa buat karangan pulak kat dinding tu. Vandalisme katenye.
 
Bila post in general, ade pulak nak terasa nak tacing nak tesentap tejuloq. Wa bukan sebut nama pon. Ape yang berlaku adalah kehidupan wa, experience wa. Kalo lu tak buat, apesal nak terasa. Dunia blog ni kan luas. Lagi tabley nak hide wallpost, nak block bagai orang. Readers is everywhere beb. Even deme letak satu word yang ade dalam blog kita pon dah otomatikali link to our blog. Jadi kalo sesape nak cepat terasa, ta payah nak ade pesbuk, twitter, blog bagai. Dok dendiam. Teknologi kalo salah guna begitulah..
 
Ni apehal aku membebel pulak nih..  
 
Harini hari Rabu. Selalu kalo kat opis ari Rabu adalah ari interbiu orang. Tapi arini wa turun kuasa kat cc wa. Soh die buat. Sebab wa nak pokus buat keje deadline. Jap lagi wa citer.
 
As usual, pepagi akan gosok baju. *malas gosok baju memalam. tak venture kelam kabot naek bot
 
Selalu wa bekpes kat opis je. Bebudak tu pi kantin, wa kirim je. Tapi arini wa pi singgah kedai makcik kueh jual tepi jalan kat kawasan area umah wa tu. Baek makcik tu. Kueh dan nasik lemak dia sedap. Wa borong sampai soploh inggit. Lima inggit beli nasik lemak *ado 5 woi. satu singgit.* Mane dapat kt kl nasik lemak singgit kan ?? hoho..lagi lima inggit wa beli kueh. Untuk staf2 wa jugak.
 
Pastu perut pulak mengada. Hari senin arituh pose okay je tak munyik2. Ni pepagi die dah munyik2 mintak diisi. Hoh, dalam kete sambil driving tu wa ngap beberapa kueh peberet. Taklah abis makan. Ado la lagi. Sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan pegang kueh. Aiseh..Agak bahaya lah disitu.
 
Ondway to opis takde pape sangat pon. Ha, tapi cabaran bermula start pukul lapan. Wa pegi keje skang standby je kene ngadap. Bekpes dengan kupi cappucino collagen dulu. Bagi semangat dan tenaga sikit. *nanti wa pomot kat entri lain* Pastu setel makan nasik lemak terus blah masok bilik buat keje. Tak kua2. Imagine nak pegi tekencing pon tak sempat. 
 
Masa nak pi toilet, bos wa panggil. Borak2 & update, pastu wa kua statement.
 
"Bos, minggu ni jangan kacau saya ek. Nak setel menatang kuneng2 tu lah. Risau sangat. Ni pon Jun punye belom setel." sambil buat muka kesian. Actually malam semalamnye die dah mesej bagitahu tugas-tugas yang kene buat akan datang ni. Wa dah macam nak pengsan dah sebenarnye.. sobss..
 
Bos pon cakap, "Takpe, rileksss" sambil sesenyum kambing.
 
Alamak bos wa ni. POsitif ya amat. adesss..
 
Wa buat la kije dengan khusyuknye dan rajin dan bla bla bla. SEkali bila jenguk jam, aik, dah pukul 1230. Huwaaa..rasa nak nangis. Cepatnye masa bejalan. Rasa jam macam tipu pon ade. tapi jam wa betol pulak. cisss..
 
Actually wa dah plan dari malam sebelumnya apa yang wa nak buat arinih. Memang selalu gitu. sebab tu la wa ade masalah nak tido kot. Tapi wa akan marah bila ada mende unexpected berlaku. Sebab tidak semua hari wa set kene mengadap kan. Takkan le hehari. Wa pon ade kje hakiki nak buek kan..TApi kene keep on positip..haish..ingat senang nk positip?????
 
Setel hal pagi, masok ke petang pulop. Wa tengah amik ayor wuduk, staf wa kebetulan ado kat toilet cakap,
 
"Puan, ade interbiu arinih" 
 
Wa wat muka tekejot. TApi wa dah expect. Yelah, ari rabu kan..
 
"Suruh PPK3 buat interbiu tu" kata wa..
 
Lepas selesai solat, wa duduk balik kat meja. Tengok ade sampol surat berdaftar "untuk perhatian" wa..
 
Erk!! 
 
Apo pulop nih..
 
Dah rasa nak marah. Bukak sampul dengan rakus..
 
Dan baca...sebaris dan sebaris..Pastu buat muka pelik..
 
Tak lama kendian, bos datang bawak paper..Ajak pi mengadap..Wa cakap,
 
"bos pi dulu na..jap lagi cek pi"
 
Bos pon terpaksa akur. 
 
Wa angkat tepon. KOl sana kol sini, kol situ. Perghh..Macam bisneswomen. Kalo betol bisnes kayo dah wa..:p
 
Titibe tak sedar dah pukul5. Tu pon bos  datang carik wa. Update hal mengadap tadi. 
 
Oppss. Wa lupa nak mengadap. kekekekek..Ingkar nih!
 
Gedebak gedebuk setel!
 
Setelah berpuas ati menceramah den sekejap tadi, bos pon berlalu pergi. ngahahaha..aiseh..
 
Wa sambung buat kije. Ngan updet surat transfer. Dok pikiaq apa reason nak letak lagi ni. Wa nak balik semenanjung jugak. Nak duduk sekali ngan hubby jugak. Tak kiraaa~sobssss...lame dah dok jaoh gini. Tak best tau dak. Orang ingat wa anak dara. Mencik..wa dah kawen lah! huh..
 
Dok khayal2 tu, tengok jam dah pukul 6. Aiseh. Cecepat kemas barang dan turun punch kad. Hujan diluar. Tapi tak lebat. Berlarilah daku tekedek2 macam itik pulang petang ke kereta ku yang taf lagi bertenaga. kui3..
 
Masok kete dan bersandar. Dan baru terasa betapa penatnya keje macam nih. Perut dah munyik2 lapa. Tapi masih dok dalam kete. Lame la jugak, dalam limablas ke doploh minit dok dalam kete. Sebab wa terlalu letih. Siyes, dah masok kete baru terasa.
 
Kalo boley buat cite katon atau hindustan, agaknya bole kot. Sebab tuka2 baju, dan sentiasa bersedia untuk berada dalam keadaan yang berbeza setiap sejam. Sekejap kene jadi seorang pendengar yang baik, sekejap kene jadi serius, sekejap kene gelak, sekejap lagi kene tegas. Kekadang kene jadi hulk. Ada jugak jadi mak tiri membebel je tak berenti. Cer imagine brapa manyak baju yang patot tukar? Kalo tengah serius kaji kes, tengah fokus, datang orang nak jumpa mintak advice, kene tolak tepi jap, pastu masok lak dalam situasi orang itu. 
 
Bila telefon berbunyik, kene pulak entertain caller, juga dengan meletakkan diri dalam keadaan mereka. Pastu, kene buat keputusan on d spot dalam masa yang sama anda buat tiga keje yang lain. whoaaaa..hebat wa kan? kahakhakha..
 
Disebabkan malas masak, wa decide nak pi epot. Carik mekdi lagi manggus. Malas nak masak. Keje skolah bawak balik. Buat kat umah la kononnye. kan. KOnonnye! Sesiap beli dabel ciken mek deluxe set*tapi tukau ayo milo*, wa order lagi bubur ayam. 
 
Masok kat kerete perut dah bagi sign dah kebulur tahap cipanzi..Terpaksa hoccay. Makan kentang dulu. Skali, eh, dah abis..sapa makan kentang saya!!

Pastu ia tak terhenti disitu. Perut terus berbunyik.Tabley jadik nih. Wa bukak beger masa kt trafic lite, letak tisu mcm letak tuala kt peha mcm kt hotel tu, pastu bukak cili sos dengan rakus dan picit letak atas berger. Elok je siap, lampu trafik lite pon ijau. Sebelah pegang berger, sebelah pegang stereng. Uh, hujan tau dak..naseb kete depan slow. Jalan satu lane je. So polo je lah blakang dia. Boleh makan dengan penghayatan yang maha hebat. kakakakkaa..

Sampai umah bukak lappie. Kalo dah bukak lappie alamatnye keje skolah tak siap lah..
tapi betol. Kalo emosi, wa tak berani buat keje skolah. Takot keputusan 'gagal'. Titibe teringat hubby keh. Dua tiga hari ni memang asek teringat kt dia. Nape ek. Hope dia sehat kat sana. sobs sobs..

Semoga hubby selamat dan sehat di sana. Sayya windu kamu hubby. Kita balik semenanjung sesama ek. 

Hanya doa mampu kutitipkan..

sobssss~

Sekian, saja untuk arinih. Hope esok wa bertambah kuat dari hari sebelumnya.

Babai~

Tuesday, July 10, 2012

Jangan sampai jadi tukun~

Hoh, esok rabu..Kejapnye masa berlalu..huah!
 
Siyes la tak rasa. Ni dah bulan Julai. Adess~
 
Kat opis hehari kebizian. Dasat gile woo..
 
Eh. Semalam, eh, bukan. Hari ahad. Balik dari kesesatan yang actually cuak jugak lah, i potong kain yu olss..Sebab singgah sat kat kedai kain. 
 
Hoyeh.Memang itu perangai terburuk wa abad ini. Membeli kain tanpa memikirkan akibatnya nye pun...hoh!
 
Ade la dalam sepasang baju kurung dan dua meter kain dengan kuantiti dua jugak tuk buat baju. Kain die wa suke pakai kain batek. kekekeek~
 
Beli baju plain, boley hias2 manek sikit kan. Baru la jojes..
 
Felt pulak buat gilir2 skang. Memandangkan terdapatnye demand di KL, wa terpaksalah jugak membahagikan masa seminggu ini dengan berkesan dan jayanya. 
 
Dulu masa berjinak jinak dengan felt, memang fokus kat felt je. Skang dah makin berkembang, jahit baju pulak, terpaksa la membahagikan masa. So far sabtu ahad adalah hari memotong kain manakala hari bekerja pada malam harinya adalah khas untuk mencantum segala kain2 yang telah dipotong.
 
Tapi memang kene plan betol2. Kene selang seli ngan buat felt. Hurm, bukan tanak buat jadual tapi kebanyakannye tak ekot pon. Sebab kekadang wa terover letih dari opis kan, dah ilang satu malam tu menjahit. 
 
Tapi skang memang kene buat perancangan. Kalo tak, makin banyak la koleksi baju2 wa kang. Dan plus, patot fokus kat tempahan yang mendatangkan hasil. :) 
 
Bila dah start commit acamnih, memang kene korban macam2. Waktu rehat, masa, tenaga. Yelah, nak carik sesuap nasik dan wishlist..:p
 
Okeh, yang best malam ni dah siap potong dua pasang baju kurung. SEmalam sehelai baju. So, esok malam boley start cantum lah..:) Kalo sempat siap dua helai baju kurung tu, kalo larat boley jait felt pulak. :)
 
Semoga Allah bagi kesihatan yang baik2 sahaja kat wa. 
 
Wa cuma nak buktikan kat hubby wa mampu isi masa lapang wa dengan perkara yang berpaedah. katenye..:P
 
Tamo sia2 kan jugak mesin jait yang hubby bagi tu. Kalo jadi tukun kang, kompom mengamok. So far, baru nak jadi batu karang. kekekeke..
 
Pastu terberangan nak bukak butik la kononnye. Kononnye. Kuat berangan wa nih. hoh~
 
Baek. masa dah taim. Nak beradu dulu. Esok kerja dan pulun lagi sampai pengsan. 
 
Nanaite.

Monday, July 9, 2012

Entri ngegeh versi Sarawak~

Uh..Ada juwak tok entri bahasa Sarawak..

Saja jak ngegeh..Ko tek kachak! kata kak lehot..

Sekda papa tok eh. Saja jak kamek tok oi..Tegal kamek diam sitok nak. Mok la juwak sekali sekala klaka Sarawak..

Mala jak entri bahasa melayu. Saja mencerik entri kedak tok. Ney tauk nak tinggi gik urang baca. heekkekeke...

Kamek tok bukan kak Lehot. Tapi mak Jemah versi kamek empun lah..

Tok mok cerita ngan kitak urang tok..

Nak kah kamek tok bok lepas eksiden malam riya? Tauk sik, pagi tek, kamek turun kerja. Ya lah ya, dari bulatan limpas Petronas Semarahan dah start jem oi kata kak lehot teq..Sekda kamek mikir lain. Mun sik roadblock, eksiden lah ya..

Dalam mek driving tok tek, sempat juwak koh kamek mesej dengan kawan kamek nanyak hal ya, kenak kah jem. Sebab nya datang awal bah..Kamek tok, suka akher jak. Nasib juwak punch kad bulan lepas sekda merah..aiseh..

Ya lah nya reply tek. Padah ada eksiden depan ya. Urut dada jak kamek koh!!

Ya lah ya. Perasaan takut kamek masih ada bah. Trauma lah, lebih kurang kedak ya. Kamek tek di lorong kiri. Tiba2 ada viva putih tek alu masok lorong kamek. Rindok ati sik berik signal koh. Pakey apa signal ada di kereta nya tapi sik di pakey..Oh tedah~

Lagik sekali kamek berdebar. Sik la manas ni pun. Sebab kamek posa koh. Kelak mun manas2 gilak, sik sempat nak sungkey. Astaghfirullahalazim~

Ya lah kamek malas tok. Mun kita berhati2, ada jak urang tak mok hati2. Giney lah? Kadang2 bukan salah kita, salah urang, kita yang kenak. 

Mun driving, ya bergantung kepada prangei individu ya. Sepatotnya kita berhati2. Mun sik sayang nyawa dik mpun, ingatlah urang tersayang. Mun sik pun, ingat urang lain ada yang sayang sidak nya. 

 Boh eksen gilak di jeraiya, kedak kau empun jak. hoh..Macam lah urang lain sik bayar cukai tek nak?

Selalu juwak kamek ingatkan dirik kamek, kawan2 kamek, berhati2 lah di jeraiya. Malang sik berbau oi. Mun berbau kedak pucuk bandung kah, bagus juwak. 

Walaupun kamek dh recover, semangat kamek datang semula, kamek masih terasa sikit koh. Kamek lebih berjaga2 dengan urang sekeliling. 

Nang ada!

So, boh ngembak moto laju gilak ho. Tauk lah moto kau ya besar gilak, ingat urang yang ngembak motorsikal juwak. ho..:)

*tok peringatan tuk kamek juwaklah..sekda kamek nuju sesapa..boh manas kohhhh! 

Huarghh...

Ngantok dah kamek tok..

Rindok ati nangga urang lain dah tido nak..Kamek tok jak gik tekejip2 mata tok aih..

Esok kerja..As usual..

Time for sleep. Juh tido..

Boh lupak baca doa tido bagi yang beragama Islam..Mengucap juwak keh. Ney la tauk nak..

Taking care semua..

Kamek sayang hubby kamek..

Dan kawan2 kamek..

Gud nite~