CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 6, 2012

Eksiden : Alhamdulilah selamat~

5 Julai 2012

Petang
5.15 p.m. 
Pulang dari kerja dan bergegas balik sebab nak kene attend dinner..

5.40 p.m. 
Sampai rumahku syurgaku..Rasa malas sangat nak pegi dinner malam nih. Berat hati nak pegi sebab, satu, takde baju sesuai. Dua memang tak sedap hati. Kepala pon pening. Apakan daya, dimestikan pegi jugak.

Malam
7.35 p.m. 
Sampai di lokasi dinner. Mood dalam keadaan okay. Walaupun berat hati. Dok mesej ngan sorang kawan. Siap cakap memang takde mud nak pegi sebab macam kene paksa.

9.30 p.m.
Majlis makan malam selesai. Dah bergambar bagai, tiba masa tuk balik. Berlari2 ke kereta yang parking agak jauh sebab hujan lebat. Sebab sedar diri rabun dan susah drive malam dalam hujan kalo tak pakai spek, wa pon sarong la spek tu. Yes, pakai seat belt hoccay. Pelik. Sebab masa tu rasa tak best. Ia datang lagi.

9.45 p.m.
Lokasi : Berhadapan dengan Teck Kong dan Petronas Tabuan Jaya
Berada di lane kanan dengan kelajuan sederhana. *sebab tahu hujan dan jalan licin. Mood tak stress. Siap nyanyi2 lagi dengar lagu kat cd. Riang sedikit lah. Dan tak mengantuk.

Tiba-tiba, sebuah kereta dari lane kiri masok ke lane kanan secara mengejut. Saya terkejut. Sempat tekan hon sebelum membrek emergency. Kereta Myvi saya menggelongsor laju masok ke lane kiri dan kemudian masuk semula ke lane kanan dan menghentam divider batu yang memisahkan dua arah yang berbeza. Tayar hadapan di kanan ternaik sedikit di atas divider batu tu dan turun semula. Saya menggeletar.

Kuatkan diri. Masok gear semula dan jalan. Rasa takot dah datang. Rasa kereta dan tayar macam pecah. dan rasa kete senget sebelah. Memacam dah imagine dalam kepala. Bumper kanan macam rasa pecah. SEbab hentakan ke divider batu itu agak kuat. Saya berhenti di Giant berhampiran. Parking dan keluar tengok tayar dan bumper depan. Alhamduililah takde pape. Masok kereta balik dan nangis. Masih menggigil ketakutan dan tekejot.

Selama lebih 6 tahun drive, ni first time kene camnih. Saya panik. Takleh nak fikir nak kol sape2. First, kol sorang kakak kat Lumut, dan dia minta saya bertenang dan istighfar. Saya tenang sedikit. Dia minta saya kol rakan2 terdekat yang boleh tolong. Last2 kol kawan hubby ngan wife dia. Dorang datang tolong saya.

Masa tu fikir suami. Sangat memerlukan suami. Tapi, saya faham tugas dia. Pagi tadi, sepanjang jalan saya berdoa agar takde pape berlaku. Mungkin ini pengalaman pertama tapi ia benar2 menakutkan saya. Semangat sedikit hilang dan saya mencari kekuatan drive pagi tadi. Terpaksa kuatkan semangat. Walaupun masih ada rasa takut.

Tangan kanan saya sedikit membengkak sebab terhentak masa kereta menghentam divider batu kat lane kanan tu. Sampai umah saya tuam sikit. Masa nak tido, rasa kaki kiri agak berdenyut tapi tido je. Esok baru tengok.

Pagi tadi, bangun tido, dh terasa kaki kiri sakit. huuuuuu~


Ada beberapa perkara yang buat saya terfikir yang saya bernasib baik.
1) Mujur kereta yang nak masok lane kanan tiba2 tu die terus memecut laju. Kalo die tak pecut laju, mungkin saya dah hentam montot kete die. *tapi tetap salah dia.sobsss* sebab kereta saya meluncur laju masok ke lane kiri lepas di brek emergency.

2) Kereta belakang memperlahankan kenderaan mereka. Mungkin dorang dah nampak kete saya nak menggelongsor dan mereka slow. Alhamdulilah.

3) Alhamdulilah masa kereta saya kembali masok ke lane kanan dan menghentam divider batu tu, takde kereta di lane kanan. Kalo tak, lagi teruk. huuu..

4) Mujur tayar kereta saya ternaik sedikit dan turun semula. Hentakan ke divider batu itu macam seretkan bumper kereta dan ia menaikkan tayar kereta keatas divider. Kalo laju sikit, tayar naik, kereta boleh terbalik.

5) Ada divider batu yang membezakan dua arah yang bertentangan. Kalo takde divider tu, kompom wa dah masok lane bertentangan dan kebabommm..kuss semangat..


Kalaulah senarai 'nasib baik' tu takde, mungkin anda tidak akan melihat saya post di blog dan juga facebook. Alhamdulilah, Allah masih panjangkan nyawa saya. Saya tahu, ada hikmah disebalik semua nih.


Tapi, ada beberapa perkara yang saya dah alert tentang kejadian ini sebelum nih.
1) Saya rasa berat hati sangat nak pegi dinner tu. Malas, terpaksa, macam32 lah. Ada post kt wall pesbuk juga cakap malas nak gi. Tapi memang saya rasa berat hati nak pegi. Tatahu nape.

2) Ada terlintas di fikiran, kalo tereksiden ke, ape ke, cemane. Tapi cecepat istighfar mintak dijauhkan. takot..

3) Keluar dalam remang magrib.


Tapi, mende dah nak jadi kan. Saya redha. Takmo gitau hubby kat sana. Nanti die risau. Takpe, atleast saya takde pape sangat. kan..

Terima kasih kawan2 yang concern dan kol. Saya okay. Doakan semangat saya kembali. Bak kata seorang kawan, saya kene kuat sebab saya kawen ngan tentera. Ades. Baeklah. Kuatlah kuatlah! hik3..


Pesanan:
1) Berhati-hati ketika memandu. Kalau anda tak berhati2, ia akan melibatkan orang lain. Dan nyawa orang lain. Sila ingat orang tersayang.

2) Sentiasa ingat yang malang tak berbau. Kadang2 kita dh berhati-hati, tapi orang lain tak.

3) Sentiasa pakai seatbelt. *baru sedar skang. huhuhu*

4) Jangan drive kalo stress atau fikir mende len time drive. SEbab itu buat kita tak fokus.

5) Jangan panik. Cuba bertenang.

Saya experienced duduk dalam kereta yang menggelongsor. Ia takot tahu! sobsss~

Jaga diri kawan2..Selama ni saya selamat dari segalanya tapi malam tadi memang nak jadi. Saya redha. :) Kita berhati-hati tapi orang lain tak cemane kan..hurm..

Maka pagi tadi pegi keje saya istighfar dan pegang stereng kuat2. Masih ada sisa ketakutan tapi insyaAllah, lelama saya akan okay. Saya kuat! hoyehhhh..:)

*recovery mode*



4 comments:

  1. Saat kereta menggelongsor tu.. Tetiba terflashback muka orang-orang tersayang.. Time aku kena tu.. Aku pusing power stereng sampai abes.. Kereta dah semi-drift atas jalan licin tu.. Tetiba bunyi KUNGG!!! kereta terhenti dalam keadaan menyengat ke kiri. Mujur kereta belakang aku sempat brek dan ambil lane kiri cecepat.. Yang best tu.. aku punya rushing nak ke kelas and almost accident tu sia2.. Tetiba dapat message kelas cancel.. Aku pun dah rasa mcm ko rasa.. :(

    ReplyDelete
  2. aku cuma sempat cakap Ya Allah! dan cuba kawal stereng. Mungkin aku pusing stereng ke kanan, tu yang kete aku balik ke lane kanan. tapi betol fiq. masa tu fikir nyawa. Kalau la segala senarai nasib baek tu takde, aku tatahu ape jadi kat aku. disebabkan orang lain punye careless, aku yang jadi mangsa. sobss..adus fiq.kensel pulak. sadis. sia2 eksiden. tapi takpe. ko nak tuntut ilmu. :) alhamdulilah kita smua masih selamat. dapat bernafas harini pon dah bersyukur. betol kate ko fiq, badan sakit2 dah. huhuhu~

    ReplyDelete
  3. dear...seram bila bayangkan kejadian kamu...alhamdulilah xde pape...betul tu, kita hati2 tpi klu daa org lain yg xhati2 sama juga kan...

    pa2 pun, moga kamu lebih kuat menghadapi dugaanNya...take k yee dear. :)

    ReplyDelete
  4. yayang mummy shakira..makaseh. kite dah okay. dah tak de bayang2 takot.hehehe..kene cepat recover. kalo tak, susah. :) makaseh. semoga kita sesama kuat okeh..:) alhamdulilah Allah masih bagi saya peluang tuk hidup.huhuhu..

    ReplyDelete