CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 18, 2016

Cuti cuti Malaysia : DESA Dairy Farm Sabah

Kemana kita niiiiii....
taraaaa..

Kat New Zealand, Malaysia.
hoho...


Hari kedua di Kundasang, kami ke DESA Dairy Farm yang ala ala New Zealand tu.


Dari Kinabalu Pine Resort nak ke Desa Dairy Farm ini mengambil masa dalam 30 minit sahaja.
Tak jauh dah.

Perjalanan kita akan dihidangkan dengan suasana yang sejuk dan nyaman serta bergunung ganang.
Kiranya kita kena mendaki sikit juga lah.




Nak masuk ke Desa Dairy Farm ni, kena bayar.
Kategorinya Dewasa dan Kanak Kanak.


No pet allowed.
🐕🐩🐀🐭🐢🐇


Maaf la ha.
Pecah sikit gambonya.
Dok zoom sebab KakJojes snap dari dalam van saja.
Yang pasti ada waktu waktu urusniaga.
Ada aktiviti di Desa Dairy Farm ini juga.
Dan maklumat bayaran.



Ha, nampak tak sekawanan lembu hitam putih tu?
Bahagia betul hidup korang.

Okeh.
Masa untuk layan gambar gambar.
Hohoo..









Nak menyusuri setiap bahagian dalam ladang ini pon ada step step nya.
Namun ada bahagian bahagian yang pelawat tak dibenarkan masuk.
Hanya tengok dari luar.

Bestnya kan yang duduk kat sini. Sejuk je.
😘😘😘

Okeh,
Jom bagi makan anak lembu dan kambeng!
Oyehhhhh!



Sporting gila bila KakJojes suruh posing.
Hahahahhaa...



Bergegar gambornya sebab KakJojes bergerak.
Kuat beliau ni sedut botol susu tu.
Muka KakJojes kaber je tu.
Kau tak nampak behind the scene punya haku jerit sebab takot. 😂😂😂


Nampak kekonon steady.
Padahal.
Kahkahkah..






Ini pun ha, kuat ragutannya.
Itu muka takleh kaber dah..
Hahahahhaa..


Tapi awak comel lah!
Aummm..
🐐🐐🐐

Okeh, dah bagi makan dan susu kat anak, moh kita pergi tengok mak pak depa pulak.

Panaih litlit weh!!!
*somi redha je la mini sebok nak swafoto*



Berehat nampak?



Panas ye somi? Kikikiki..

Dah berpanas bergambar jom ke tempat seterusnya.


Kami ke cafe bahagian terakhir di ladang ini.
Macam cafe sebab ada jual makanan, dan susu susu segar yang diproses terus disini.
Ada kotak kecil dan kotak besar.
Cenderahati pun ada dijual disini.

Ini pula ruang makan yang disediakan.
Boleh nampak tempat pemprosesan perahan susu lembu.
Tapi belum time lagi.
Maka takdapat la tengok.






Khusyuk!

Suami sedang melihat mesin mesin besar yang memproses susu susu disini.
Serius boleh nampak pekerja pekerja tu buat kerja.

Perut dah kenyang.
Jom balik.
Kene turun awal sebab ada tempat lagi kita nak singgah.


Babai DESA Dairy Farm!

InsyaAllah jumpa lagi.
😘😘😘

Next KakJojes pergi mana?
Tunggu next entri lagi.
Hahahahaa..

Cuti cuti Malaysia : Kinabalu Pine Resort Kundasang, Sabah

Dah hampir seminggu nak menaip entri pergi bercuti ke Sabah haritu.
Tak ada mood gamaknya.
hahahahaha...

Maka atas permintaan beberapa sahabat dan juga lama juga KakJOjes tak mencoret, maka kita cuba mana lah yang terbaik ye dak.
Baik.

Perancangan bercuti ini lama sudah dirancang sebenarnya.
Keluarga mertua KakJojes punya idea dan suami yang mengelolakan dan menjadikan percutian kali ini menjadi percutian keluarga yang osem dan gembira.

Maka pada hari yang dirancang pun tiba.
Pada 7 Disember 2016 (Rabu) merupakan hari perjalanan pertama kami ke Kota Kinabalu.
huyehhhhh!!!

KakJOjes lama dah tak pergi KK.
Lepas tu dengar nak tengok Gunung Kinabalu lagi lahhhh eksaited! 
kikikikih..

Kami bertolak dari rumah seawal jam 5.30 pagi dan sampai ke KLIA jam 6.30 pagi.
Urusan checkin dah dilakukan oleh suami KakJOjes melalui website sehari sebelum bertolak dan kami sampai sana, tinggal nak campak beg kebawah je.
Maksudnya tak hand luggage lah.
hahahahha..
Okeh, posing jap lepas selesai urusan di kaunter.



oh ya, kami menggunakan perkhidmatan Malindo Air untuk percutian kali ini.
Recommended sebab puas hati! Seat luas sebab Kakjojes kan kaki panjang.
huhuhuk..
Untuk makluman, KakJojes juga pilih Malindo Air yang dok berulang tiap tiap bulan ke Langkawi tu. 
Kami kena boarding pada jam 8.45 pagi sebab dah kena terbang pada jam 9.15 pagi.
OKeh, posing lagi..


Tepat jam 9 pagi, kami semua dah ada dalam perut kapal terbang.
KakJOjes duduk kat tingkap..tempat peberet..yeyyy!



Okeh! Pic ini amazing sebab somi yang ajak selpi.
Ah, i'm melting with you lah hubby! 😘😘

Okeh, ini makanan. Gembira sungguh dapat makan atas awan. kuikuikui..
KakJojes apa yang tak gembira kalau dapat makan.
Kahkahkah..


Cantik pulak kotaknya corak dokoh.
*menyempat kau kan*



Kami selamat landed pada jam  12.40 tengahari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Hello KK. 
dan tahu kami nak kemana?
Baca sampai habis..hahahahah..

Perjalan ke destinasi seterusnya mengambil masa yang agak lama sebab kami perlu mendaki (wah, mendaki kauuuuu!) menggunakan van sewa. Tapi sebelum tu kami pegi la makan dulu sebab memasing dah lapar nak makan nasik juga..hahahahaha..

Dan pada jam 5.30 petang, kami selamat sampai di Kinabalu Pine Resort Kundasang.
hoyehhh lagiiiiii!!!





Posing itu wajib!
Nyamannya weh. Sejuk. Nampak Gunung Kinabalu depan mata lagi.
Tenang sungguh la suasananya.. 






Bagi kalian yang teringin nak datang sini, ini harga bilik bagi Kinabalu Pine Resort Kundasang ini.


Kalian perlu telefon untuk booking dan confirmation serta maklumat bayaran akan dihantar ke nombor telefon kalian.

Ini pula peta bagi bilik bilik yang mereka tawarkan. Haritu kami duduk blok J.
dan bilik KakJojes dan suami betul betul menghadap puncak Gunung Kinabalu.


Ini pula peta sekitar Kinabalu Pine Resort untuk kalian plan nak kemana mana.


Hah, boleh la plan nak kemana mana kan.
Senang.!
Nak senang lagi korang google dan baca pengalaman blogger blogger.
Depa akan sajes tempat mana nak pergi.

Kau orang pon boleh tanya saja dan amik saja brochure di kaunter pertanyaan a.k.a kaunter checkin tu.
Ramah ramah pekerja sana. 😌


Okeh.
Ini replika pandangan Gunung Kinabalu dari tempat yang berbeza. 
Ia menunjukkan pandangan gunung dari tempat anda berada.
Osem!

Oh untuk pengetahuan korang bilik bilik yang disediakan tidak menyediakan aircond.
Maklumlah tempat sejuk.
Hanya kipas dinding.
KakJojes tak pasang pun.
Sejuk!

Air dia, toksah cakap!
Sejuk gedi kata orang.
Keluar menggigil gigil tahap terus pakai sweater.😂😂😂

Okeh, layan jap gambar somi mini nih.
Bahahaha.





Keesokan harinya, kami breakfast di tempat yang disediakan. 
Dan as usual, kopi yang tak pernah ditinggalkan pergi mana pun, HKCC.


Lepas breakfast nah kauuu.
Bergambar tak habis habis.
Muka tak mandi sangat lah ketara.
Kahkahkah..





Okeh, balik bilik kemas beg!
Kita ke destinasi seterusnya! 
Hohooop..


Kami dah siap!


Babai Kinabalu Pine Resort!
Semoga berjumpa lagi.
Terima kasih atas tempat yang selesa dan view yang cantik! 
Kami selesa dan gembira.
😘😘😘


Nak tahu kami kemana seterusnya? 
Tunggu next entri..