CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 18, 2016

Cuti cuti Malaysia : Kinabalu Pine Resort Kundasang, Sabah

Dah hampir seminggu nak menaip entri pergi bercuti ke Sabah haritu.
Tak ada mood gamaknya.
hahahahaha...

Maka atas permintaan beberapa sahabat dan juga lama juga KakJOjes tak mencoret, maka kita cuba mana lah yang terbaik ye dak.
Baik.

Perancangan bercuti ini lama sudah dirancang sebenarnya.
Keluarga mertua KakJojes punya idea dan suami yang mengelolakan dan menjadikan percutian kali ini menjadi percutian keluarga yang osem dan gembira.

Maka pada hari yang dirancang pun tiba.
Pada 7 Disember 2016 (Rabu) merupakan hari perjalanan pertama kami ke Kota Kinabalu.
huyehhhhh!!!

KakJOjes lama dah tak pergi KK.
Lepas tu dengar nak tengok Gunung Kinabalu lagi lahhhh eksaited! 
kikikikih..

Kami bertolak dari rumah seawal jam 5.30 pagi dan sampai ke KLIA jam 6.30 pagi.
Urusan checkin dah dilakukan oleh suami KakJOjes melalui website sehari sebelum bertolak dan kami sampai sana, tinggal nak campak beg kebawah je.
Maksudnya tak hand luggage lah.
hahahahha..
Okeh, posing jap lepas selesai urusan di kaunter.



oh ya, kami menggunakan perkhidmatan Malindo Air untuk percutian kali ini.
Recommended sebab puas hati! Seat luas sebab Kakjojes kan kaki panjang.
huhuhuk..
Untuk makluman, KakJojes juga pilih Malindo Air yang dok berulang tiap tiap bulan ke Langkawi tu. 
Kami kena boarding pada jam 8.45 pagi sebab dah kena terbang pada jam 9.15 pagi.
OKeh, posing lagi..


Tepat jam 9 pagi, kami semua dah ada dalam perut kapal terbang.
KakJOjes duduk kat tingkap..tempat peberet..yeyyy!



Okeh! Pic ini amazing sebab somi yang ajak selpi.
Ah, i'm melting with you lah hubby! 😘😘

Okeh, ini makanan. Gembira sungguh dapat makan atas awan. kuikuikui..
KakJojes apa yang tak gembira kalau dapat makan.
Kahkahkah..


Cantik pulak kotaknya corak dokoh.
*menyempat kau kan*



Kami selamat landed pada jam  12.40 tengahari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Hello KK. 
dan tahu kami nak kemana?
Baca sampai habis..hahahahah..

Perjalan ke destinasi seterusnya mengambil masa yang agak lama sebab kami perlu mendaki (wah, mendaki kauuuuu!) menggunakan van sewa. Tapi sebelum tu kami pegi la makan dulu sebab memasing dah lapar nak makan nasik juga..hahahahaha..

Dan pada jam 5.30 petang, kami selamat sampai di Kinabalu Pine Resort Kundasang.
hoyehhh lagiiiiii!!!





Posing itu wajib!
Nyamannya weh. Sejuk. Nampak Gunung Kinabalu depan mata lagi.
Tenang sungguh la suasananya.. 






Bagi kalian yang teringin nak datang sini, ini harga bilik bagi Kinabalu Pine Resort Kundasang ini.


Kalian perlu telefon untuk booking dan confirmation serta maklumat bayaran akan dihantar ke nombor telefon kalian.

Ini pula peta bagi bilik bilik yang mereka tawarkan. Haritu kami duduk blok J.
dan bilik KakJojes dan suami betul betul menghadap puncak Gunung Kinabalu.


Ini pula peta sekitar Kinabalu Pine Resort untuk kalian plan nak kemana mana.


Hah, boleh la plan nak kemana mana kan.
Senang.!
Nak senang lagi korang google dan baca pengalaman blogger blogger.
Depa akan sajes tempat mana nak pergi.

Kau orang pon boleh tanya saja dan amik saja brochure di kaunter pertanyaan a.k.a kaunter checkin tu.
Ramah ramah pekerja sana. 😌


Okeh.
Ini replika pandangan Gunung Kinabalu dari tempat yang berbeza. 
Ia menunjukkan pandangan gunung dari tempat anda berada.
Osem!

Oh untuk pengetahuan korang bilik bilik yang disediakan tidak menyediakan aircond.
Maklumlah tempat sejuk.
Hanya kipas dinding.
KakJojes tak pasang pun.
Sejuk!

Air dia, toksah cakap!
Sejuk gedi kata orang.
Keluar menggigil gigil tahap terus pakai sweater.😂😂😂

Okeh, layan jap gambar somi mini nih.
Bahahaha.





Keesokan harinya, kami breakfast di tempat yang disediakan. 
Dan as usual, kopi yang tak pernah ditinggalkan pergi mana pun, HKCC.


Lepas breakfast nah kauuu.
Bergambar tak habis habis.
Muka tak mandi sangat lah ketara.
Kahkahkah..





Okeh, balik bilik kemas beg!
Kita ke destinasi seterusnya! 
Hohooop..


Kami dah siap!


Babai Kinabalu Pine Resort!
Semoga berjumpa lagi.
Terima kasih atas tempat yang selesa dan view yang cantik! 
Kami selesa dan gembira.
😘😘😘


Nak tahu kami kemana seterusnya? 
Tunggu next entri..


No comments:

Post a Comment