CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 24, 2016

The Untold Story : Part 3 : Baby tak ada heartbeat

Baby takde heartbeat!

KakJOjes terus rasa macam ada pisau tertusuk kat dada.
Allah!!

Nurse suruh baring semula untuk confirmation.
Ya.
Lepas scan, hasil sama.
Baby tak membesar.
Degupan jantung tak nampak.

Nanti nak cuci dimana?
Tanya doktor.

KakJOjes masih terpinga pinga.
Masih terasa peritnya rasa.
Sempitnya dada.

Serius.
Blur.
Terasa nafas berhenti seketika.
dan still tak percaya apa yang didengar tadi.
baby dah takde?
Tak mungkin!!

HAT.
Pendek jawapan KakJojes.

Hati tu.
Rasa tu.
Allah je tahu.
Baru bulan lepas nampak heartbeat dia.
Tiba tiba takdak dah.

KakJojes kemas beg.
Nak balik.
Air mata masih boleh tahan.
Mungkin masih terkejut.
Dan blur.

Odw ke kereta.
Terserempak dengan sorang kawan.

Akak ok ke?

Mungkin tengok muka tak macam pagi tadi sengih je.
Yela..
Sickness dah hilang.

Doktor kata baby takde heartbeat.
Kita jawab pendek.

Masuk kereta, KakJOjes terus nangis.
Nanges hat teriak betui betui sampai sedu sedu tu.
KakJojes beritahu suami terus kat whatsapp.

Sehingga suami pulang ke rumah, KakJojes masih menangis.
Dipujuk suruh makan, tak mahu.
Suruh minum, tak mahu.
Bercakap pun tak mahu.
Hanya menangis.
Sedih beb.
Serius..

Bos dimaklumkan tentang keadaan KakJojes dan diberi kebenaran untuk tidak masuk ke pejabat buat sementara waktu.
Diberi cuti.
Suami napak nau risaunya.
Tak pernah nengok bini sesedih gitu.

KakJOjes turut dimaklumkan oleh rakan rakan untuk second opinion.
Ke klinik swasta.
Dorang tak henti henti bagi semangat.
Walau dah tau yang memang baby dah takde.
Serius korang.
Macih sesangat.

Esoknya.
KakJojes dah stop nangis.
Takde air mata dah rasa.
Puas.
Maka harini cakap kat diri.
 Kene kuat.
Kun fayakun.
Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya.

Hasil ke klinik swasta juga sama.
Baby tak membesar.
Takde degupan jantung.
Masa ini, KakJojes boleh tersenyum kelat.
Redha dah.

Mak dan abah dimaklumkan tentang keadaan KakJojes.
Alhamdulilah.
Mereka menerima dengan hati terbuka.
Kata mereka, belum rezeki kami lagi.
Mana nak dapat pemili yang paham.
Sobsss..

Setelah berbincang dengan suami, kami decide untuk prosedur seterusnya.
Doktor juga bagitahu, tak elok kalau simpan lama lama.
Takut ada jangkitan kuman.
Ye la..
Kat dalam nun.
Mana laa kita tau keadaan camana kan.

Oh ya.
Kes KakJOjes pelik sikit.
Miscarriage yang tak bleeding.
Even masa scan.
Kantung masih bulat dan cantik.
Baby pulak masih kat tempatnya.
Dengan bentuknya sama dengan usianya 12 minggu.

Kami decide untuk…

(bersambung ke Part 4)



Rahsia kurus?

Hurm..
Ramai nak tahu rahsia jojes dan kurus KakJojes.


Ramai ke? 
Kih kih kih.


Okeh, untuk mudah cerita.
KakJojes taip entri saje lah.
Senanggg..
Boleh baca ulang ulang.

Dulu dikenali sebagai Kapsul Pil Halia atau nama singkatannya
KPH.
Botol dan packaging juga berbeza.
Harga pon beza sikit dari sekarang.
Tapi khasiatnya tetap sama.


Nampak takkk..
Itu botol lama. 
Botol baru pula macam gambar dibawah.
Depa pluskan kunyit pulak.


Kapsul Pati Halia plus Kunyit ini ada
60 kapsul.

Harga adalah seperti dibawah.
SM RM35
SS RM42
sebotol.
Belum masok kos pos.

Ni ubat kurus ke weh?
Pada KakJojes ia bukan kepada kurus.
Tapi ada orang makan memang kurus!
Yela..
Badan tak sama.

Penting pada KakJojes ialah sistem penghadaman perlu lancar.
Mudah cerita, untuk orang ada sembelit.
Susah berak.
Banyak angin.
Dinasihatkan untuk ambik pil halia ni.

Meh tengok testimoni nih.


Oh.
Untuk kesan lebih efektif.
Kebanyakan mereka ambil dengan pakej kopi.
Kopi HKCC ni pon KakJojes minum.
 4 tahun dah.

Siang minum kopi.
Malam makan pil halia.
Esok membuang dengan gembira.
Bahahhahaa..

Angin dalam badan ni bahaya tauu..


Sampai hilang pertimbangan..
Takottt!

Ada banyak komen dan testimoni dari pelanggan. 
Meh baca ni..











Apa pun.
Semua nya dengan izin Allah.
Yang penting kita usaha.
Allah kan suka hambaNya berusaha.
Lelebih lagi bab kesihatan.
Kalau sihat boleh beribadat dengan selesa.
Kan..
:-)

Nak beli KPH ni whatsapp saja KakJojes.
+60134804519

Okeh?

Thursday, July 21, 2016

The Untold Story : Part 2 : Sudah 5 minggu! yey..

Pagi ondway balik ke KL tu,
KakJojes tak henti henti ucap syukur.
Balik kali ini berdua.
dengan baby..dalam perut.
heheheh..

KakJOjes call mak juga beritahu berita gembira nih.
serta sorang lagi kawan baik KakJOjes.
Lin nama dia.

Balik kerja tu dia teman KakJOjes ke klinik untuk sahkan kandungan dah berapa minggu.
5 minggu sudah..!
Sekali lagi KakJojes sebak.

Gila ko..
tunggu lama kot 3 tahun.
gila tak eksaited.
bahahahha..

TAk lama lepas tu,
Satu lagi berita gembira kami dapat.

Permohonan KakJOjes bertukar ke Lumut diluluskan.

Allahuakbar!

Masa tu rasa nak nangeh je.
Lama tunggu nak duduk sama dengan somi.
Lelagi dengan keadaan pregnant camni.
Memang la dia kene layan moody bini dia.
serabai bini dia.
ye dak.
bahhhahaha..

Minggu ke lapan, baru KakJOjes nampak heartbeat baby.
huwaaa..
teruih rasa nak nangeh.
*ciwek kan*
kahkahkah..

masa ni sickness KakJojes dah start.
Evening sickness.
Masok kol 3 mata ni mula la mengantukkkkk...
mual mual tu ada tapi tak banyak.

fuh..
bertabah sajaaa la..
demi anak yang ku tunggu lamaa ini.
hihih..

KakJOjes terus diberi surat oleh klinik tersebut untuk buat buku merah.
Pilihan KakJojes ialah di Klinik Kesihatan A10 dalam base navy tu.
Senang somi nak anto kalau ade checkup kononnya.
Masa ni kami masih menyewa di luar.

Proses checkup KakJojes berjalan lancar dengan bantuan Jururawat bernama Sharifah Rodiah.
Alahai. baiknya la beliau.
Orang nak jadi ibu first time ni misti la banyak tanye ye dak.
Memacam la aku dok tanya.
Paling lawak aku la lama sangat nak proses kencing sebab sebelum tu aku dah kencing dulu dahhhhhh..

demm.
hahahahahaha..

Kegembiran KakJojes diragut tak lama kemudian.
iaitu pada checkup kedua.
di Klinik yang sama.

pada masa itu kandungan sudah pun berusia 12 minggu...


....bersambung Part 3...



Tuesday, July 19, 2016

The Untold Story : Part 1 : Penantian berakhir..☺

KakJOjes ni dengan somi memang dari start bercinta sampai kawen.
Memang tak pernah nye duduk sama.
Dari masa somi kat Sabah.
KakJOjes di Sarawak.
Kami buat flight tu macam bas dah.
Duit takpayah cakap la.
Beribu ribu dah abis.
Tapi apedehal..
Demi cintaku kepada somi..
bahahahaahha~

Lepas somi dapat transfer ke Lumut.
KakJOjes pula dapat transfer balik ke semenanjung.
tapi di KL.
Tak kisah la.
Family pon ada kat KL.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa macam kat Sabah Sarawak dulu.
Kalau tak suami balik KL.
KakJOjes akan ke Lumut pula.

Dalam masa tiga tahun usia pekahwinan,
which is KakJOjes struggle juga mintak transfer ke Lumut,
serta di satu pagi yang hening.
Pregnancy test yang selama ni hanya satu line tiba tiba naik jadi dua line.
Sungguh terkejut!

Betul la orang kata.
Bila kita tak fikir atau mengharap,
akan ada pulak tiba tiba.
Jujur, KakJojes tak expect apa apa.
bayangkan 3 tahun kecewa.
Period je nangis.
Dengar orang mengandung pon nangeh.
Ciwek sungguh rasanya.
hahahaha..
*ciwek tu bahasa jawa, maknanya suka menangeh je.*
Lepas tu malas dah mengharap.
Tapi gigih lagi la dok berulang KL Lumut je.

Period KakJOjes sangat teratur.
Which is memang tepat pada hari yang dijangka.
atau awal sikit.
tapi kali ini hampir seminggu period yang ditunggu tak kunjung tiba.
masa tu husband kata, yayang stresss tu..
padahal gembira je sebab masa tu dok berulang KL Lumut.
Masa ini kami masih PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
 KakJojes di KL dan suami di Lumut.
Maka, pada malam sebelum KakJOjes balik ke KL esok pepaginya, KakJojes membeli 
pregnancy test tersebut dan sanggup beli tisu golong yang besar tu.
sebab takmo somi nampak.
gigih tak..

Imagine seminggu tu dok pakai Pad tapi period tetap tak kunjung tiba.
membazir betul..hahahaha..

Pagi Isnin jam 5 pagi, Kakjojes bangun untuk buang air.
terus teringat kat pregnancy test tu.
ape lagi.
memang letak je strip tu, tak pandang dah..
sebab mata dok ngantok lagi..
nak kene mandi sesiap pulak balik KL.
sekali bila toleh, naik dua line..
gosok gosok mata tak percaya..

lari masok bilik kejut somi sambil tunjuk tunjuk bilik air..
somi mamai, ingat bini dia dok kata ada lipas.
terus pi bilik air..
dia terus tanya, kenapa.
tu kat tempat flush tu..

dia pon angguk angguk pahtu terus tido balik..
pahtu dia bangun balik.
eh, ape tu..

Mama pregnant!

terus somi bulat mata.
walau mata dia tak bulat mana.
hahahaha..

masa ni tak nampak eksaitednye.
sebab dia dok mamai lagi kot..
tapi Kakjojes tau dia gembira.
masa tu Allah je tahu perasaan KakJOjes..
berbunga riang..
pahtu sujud syukur.
menangeh atas sejadah.
penantian 3 tahun dah berakhir.
kami akan jadi papa dan mama..

Alhamdulilah...


......bersambung Part 2..



Friday, July 15, 2016

Drama terbaru : Sayangku Ku Timang Timang

Trending katanya kat FB orang dok kata cerita kul 7 kat tv3 tu.
KakJOjes pon sempat juga la nengok first episode.
Sebabnya buat kat blok kawan baik KakJojes si Ayien tu.
Blok KakJOjes tak jauh je dari situ.
Tapi sempat nengok depa shooting ritu.
Kakjojes nengok kejap je.
Tapi lepaih tu tukaq channel.

Citer ape tu?
Sila pergi Google.
Tajuknya
Sayangku Kapten Mukhriz.

Gitteww..

As orang yang pernah jadi isteri seorang tentera dan kini dah jadi isteri seorang pesara tentera,
Banyak sisi yang drama tu tak tunjuk.
Maklomlah..
Takkan nak tunjuk sume.
Klise la kan.
Cinta.
Konflik.
Tugas hakiki.
Dan blab la bla..
Tunjuk haruslah yang best best saja.

Yang mula la dok mencarik jodoh tentera pon dah mula Nampak dah.
*maaf, kakjojes tiada senarai kengkawan begitu*
Ni kawan kawan la dok update status kat wall mereka.
Hahahahahha..

Tipu la kalau kata tentera ni antara lelaki yang orang carik nak buat calon laki.
*kecuali KakJOjes. Nanti ada masa KakJOjes cerita camana KakJOjes kawen dengan somi skang*
Tentera ni smart.
Kacak. *walaupun tak la semua kacak*
Lebihnya yang nak berdamping dengan tentera ni mostly sebab PROUD.
Paham tak PROUD tu apa?
Tak paham tengok kamus.

Sebelum nak PROUD sangat.
Meh KakJOjes citer sikit perkara MUDAH yang korang kene lalu kalau nak berdamping dan menjadi suri seorang tentera ni.
Tak kisah la pegawai ke lain lain pangkat ke.

Hati kene kental
KEntal? Ala senang je tu.
Setakat kene tinggal masa ops.
Kursus obersi setahun dua tahun lima tahun. *lima tahun tipu*
Duduk kat tempat takde line.
Ape la sangat kan.
Korang kan dah biasa.

Pahtu kan biasa dah kan tak wasap, line, wechat bagai.
Kalau sehari dua, seminggu sebulan tak wasap ape de hal.
Biasa je tu.
Kat facebook pulak takleh la nak merintih rintih.
Ko yang pilih jalan tu kan.
Ko yang pilih dia kan.
Pilih keje dia skali..
Orang memula kesian la.
LElama muak.
Macam la life dia je semedang tak beruntung selalu kene tinggal ngan laki.


Time korang tengah dating dating.
Tetibe dapat call kene balik dalam masa dua jam,
Kene la biasakan senyum pakej gelak gelak.
Silakan bang..silakan mempertahankan Negara.
Sambil kua ayat gitu.
KO tak rasa ke dia semakin sayang kat korang.
Instead of korang tarik muka masam dan carik poin gadoh.
Kata nak PROUD sangat tadi kan.
Kene la sinyumm ja deknon.

Ni hat yang bila mu tak reti buat segala.
Mulai sekarang dah boleh dah buat slow slow.
Belajar beranikan diri walau ko tu penakut ya robbi.
Waima cicak melekat kat pintu pon ko punye jerit macam satu taman bergegar.
Korang kene berani kuis cicak tu.
*eh, macam diri sendiri je..kahkahkah*

Sebab sok bila dah ada anak,
Idak la korang teriak sama anak.
Dek merenung nasib korang yang malang sungguh la.
Laki tak dapat balik raya ka.
Tak dapat bawak anak checkup ka.
Bawak anak jenjalan la cuti skolah.
Serta urusan harian pon semua atas bahu korang.
Masa tu la nak rasa tudung korang pon pin dah senget ke tepi.

Time beranak ritu ko dah kene sedia sorang sorang kat labour room.
Dulu dok berangan nak beranak laki teman.
Katanya bia depa insaf sikit tengok bini beranak.
Lupakan lah..
Time ko nak branak tu pon belom tentu laki ko sampai kat spital.
Maka rileks la meneran tu.
Ada rezeki sampai la laki ko sebelum anak tu tengok dunia.

Tu belum hat dok balik kampong orang dok tanya tanya.
Mana laki hang.
Masa ni korang kene paku sesiap dalam kepala.
Dengan jawapan dan sengih macam kerang busuk .
Serta menjojes kan diri sehingga mereka tidak mampu lagi bertanya.
Biasalah manusia.
Curiosity depa ni tinggi.
Pantang la nengok haku belenggang aih.
Adaaa jaa dok nak tanya.

bila raya pulak laki korang tak dapat balik raya.
Toksah la dok tunjuk nau sedih.
Macam laki korang ja tak balik raya.
Tunjuk hepi sangat pon takleh.
Bahaya..
Hahahahaha..

Sadis sekali bila gambar raya ko rasa macam lost sesuatu.
Tapi ko stil boleh buat peace sambil senyum bergaya.
Dalam hati tu, sedih tuhan je tahu.
Maka sila lah simpan ciwek tu..

Tu hat belom orang pitnah ko dah single kembali.
Asek balik kampong je, sorang.
Asek balik kampong je dengan anak.
Engko rasa ?

Ha.
Deknon.
Orang tak paham keje laki kita.
Maka ko sengih ja la..
Explain pon bukan paham.

Banyak dalam nak jadi suri tentera dan unipom nih.
SABAR.
TABAH.
BERANI.

Kalau navy katanya SEDIA BERKORBAN.
Maka bini bini ni SEDIA TERKORBAN.

Banyak korang kene korbankan bila korang pilih untuk jadi bini depa.
Bukan seronok seronok uplod kat fb
“sayangku tentera laut”

Atau

“sayangku kacak di udara”

Atau

“sayangku di perbatasan”

Sambil letak gambo sawit laga pipi.

Yang penting bagi KakJOjes, jangan Sayangku Lt. Bersara Asyrani Khalib sudah.
Itu KakJOjes je punya.
Bahahhahahaha..

Gittewww..

OKeh?

Nasihat ni.
Baru suku..
Banyak lagi chapter nye.
Jangan meroyan pulak.

Meroyan tu je dah out dah dari jadi bini depa.
Cemana?

Layanlah kebestan yang ditunjukkan dari terima realiti hidup sebenarnya.

Tak osem la gegedik Nampak tentera.
Cool lah.
Kita kan wanita jojes.

Okbai.

Nota : Tak semestinya tentera saje dugaan gini. Kerja apa pun yang libatkan pengorbanan, sama saja. Maka, mari kita bertabah secara berjemaah.

 Nadea Ramly