CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 9, 2017

Sandwich-apa-adanya..

Sandwich-apa-adanya.

Bila kau dah terrrrbiasa makan pagi a.k.a breakfast, bangun bangun saja dah fikir nak makan apa.  Dek terlupa membeli planta semalamnya, jadi kita buat sandwich-apa-adanya saja hari ini.

Kreativiti masak kau akan tercabar apabila kau hanya ada beberapa barang saja untuk digunakan. Untuk sandwich-apa-adanya ni, KakJojes menggunakan telur sebanyak 5 biji dan telur telur itu dihancurkan lepas kau orang rebus. Jangan hancur sangat pula. KakJojes pakai rice cooker je rebus. Bahahhahahaa..

Disebabkan kau tak ada planta, nampak pula sup cendawan campbell sepeket terselit dekat rak tu. Hah! Kau bancuh lah sikit dengan air panas dan tuang dalam telur yang kau hancurkan tadi. Gaul rata. Takpayah letak garam. Sup cendawan tu dah masin. 

Lepas tu, selet dekat roti kau nan sebuku tu. Letak dalam bekas bertutup supaya laki kau boleh bawak pergi kerja. Idak le nak makan semua nye kan. Taraaa! Siap dah. Sandwich-apa-adanya versi KakJojes the mojes.

Sedap tau. Kau orang cuba lah! 😘😘 morningggggggg...


#kakjojesmakantakhabishabis #asyaimi #somimini

Saturday, April 8, 2017

Nasi goreng kari..

Nasik goreng kari.


Bila somi kau tak makan pagi tapi kau kena makan pagi,maka jadilah nasi goreng kari. Kuah kari lebih semalam KakJojes masukkan nasi dan sebiji telur. Gaul rata sampai kau rasa dah masak. Pakai rice cooker lah. Macam semalam. Kahkahkah..

Oh, #hkcc #kopipepel #kopiberanak tak pernah lupa. Peneman setia kemana saja. Tak ada, sepanjang hari tidak bermaya. Ouch!

Nota : Pagi pagi tanya kopi saya ada tak yayang. Ada. Nasi goreng saya siapkan. Cia cia ciaaa.

#kakjojesmasak #kakjojesmakan #ceritadisatupagi #langkawi

Jubah dress custom made..😍

OOTD.


Jubah dress ini KakJojes tempah khas dari tailor KakJojes. Pertama kali tempah sebab Zawara dah tak keluarkan jubah dress lagi. Sobsss. Kau tahu la saiz KaKJojes ni macamana. Lonjong. Beli siap sebarangan, ke sawah la kain kau kejap lagi.

#kainpasang Como Crepe berbidang 60 ini KakJojes beli masa YES (YEAR END SALE) bulan doblas haritu. (Kau jangan kata KakJojes tak bagitahu ya.) Murah dan berbaloi. Kain pula tak panas. Tak gatal. Tak jarang. Flowy flowy gitchewww. Serta selesa dipakai. 

Tak sangka, lawa pulak dah jadi baju. Tambah lawa sebab orang yang pakai tu lawa. Eh!

Kalau nak buat dress begini, KakJojes sarankan kain Como Crepe ni. Beli 3.5 meter saja. Sebab bidang besar. Eh menyesal lahhhh beli satu je. Warghh.

Nota : Menyempat tak perangai nak bergambar tu ada dimana mana..kahkahkah. Okbai.

OOTD : Jubah dress Zawara Inspired
Tailor : Puan Eqin Azizan
Lokasi : Auditorium M. Sidek Shahbudin, KD Pelandok, TLDM Lumut
Tarikh : 1 April 2017 (Sabtu)

#nadearamly #ootd #nadimora #comocrepe

Friday, April 7, 2017

Halim GP Airport

Semalam, KakJOjes terbang lagi. hohooo..

Macam biasa, somi akan tanya, dah makan ke. nak makan apa.
Jadi, disebabkan bini dia lapar semedang, maka macam biasa, kena lah bawak pergi makan.

Lapar...!

Itu saja ayat kerap didengar kata somi. kahkahkha..so, malam tadi, landed saje, beliau bawak Kajojes pergi makan kat Halim GP Airport. 
bukan Grand Prix.
tapi Gulai Panas.
hohohohooooo~


Kau orang tengok kedai biasa biasa saja.
tapi bila kau masuk dalam, perghhhhh!
rambang mata..


terus rasa nak berenang - renang..kahkahkahkah..
Masa ini, tamak menguasai diri.
semua nak amik..bahahhaha..

lepas kau orang pilih ikan yang berkenan dihati, terus bitahu dorang, kau nak masak apa. 
depa selalunya akan sajes masakan yang selalunya depa masak.

Selain dari ekor ikan, kami amik sotong dan juga udang tiga ekor.
udang tu KakJOjes punya la..
suka udang..aummm..hahhahaha..

kau orang perlu menunggu sedikit masa la sebab ramai dan ikut turn depa masak.
jadi, untuk ekor ikan siakap tu dengan udang KakJOjes tiga ekor tu, 
kami disajes untuk masak gulai..

pahtu somi bisik, gulai tu kari tau yayang.
depa panggil gulai. kita panggil kari.
ooooooo...
melopong mulut KakJOjes.
bahahahahhaa..

tak kisah la gulai ke kari ke, janji makan.
Lapar  gila kot..!

Okeh, ini ikan yang dimasak kekdahnya..
ooo, ini la gulai.
memang kitorang panggil kari..
hahahahha..


kalau kau orang ke Langkawi, sila lah singgah ke sini.
Halim GP Airport.
Gulai Panas Airport..
tak jauh dari epot Langkawi tu.
dekat bulatan tu.

haaa.
happy tummy, happy me.

Nasi Aruk Sukatikaupun


Nasi aruk..


Bila kau malas jak asa mok ngantar laki kau kerja tek, alu lapar lah kau sia. Kotan sekda keluar meli pakey makan tek nak. Alu pergi rah rak pinggan mangkok tek, tertanggar jak beras dekat rak sia. Datang idea masak nasik aruk tok. Kuali sekda. Sodep sekda. Pakey apa lah?

Pakey rice cooker hadiah kawen kamek urang lah. Ya lah kau ya. Ni ada masak pakey kuali jak jak. Rice cooker kau tek macam macam boleh dipolah. Aokkkk..sik cayak kah? Coba lok kelak. Mun sik coba sik tauk. 

Nasib juwak ada perencah bihun goreng, secukup rasa, garam, gula, minyak. Alu jadi la nasik aruk tek. Ya lah lakiku madah, semadi ada. Tanggar lah bini sapa tok koh. Gamble jak. Sukati kau pun sia. kahkahkah..

Nota : Psstt.. Masa belajar dolok, sebab kamek lah satu blok sekda letrik. Masak nasik aruk dalam rice cooker camtok. Kahakahkah..patutlah rice cooker ya diharamkan embak.hahahah..okbai..

Nyaman juwak nasik aruk tok koh..😂😂😂

Nota gik : Mun sik paham, sila google translate. Okbai.



Ikhlas dalam ujian - Redha


Hari ni nak kongsi pengalaman tentang ikhlas dan redha ni. Dulu, kereta saya pernah dicalarkan di bumper belah kiri kereta oleh sebuah kereta wira yang pemandunya mabuk. Geramnye la mase tu. Beria konon janji nak byr rm700 besoknye. Saya pun kate, ok xpe. Tggu besok. 

Besoknya, rumah pelanggar kereta tadi kosong! Yup. Dia dah lari. Sy ade pegang no.ic dia, rakaman suara kate jnji nak byr kos cat dan sebagainya. Tp, bile lame2 fikir, xpe la. Dia dah memang hidup susah lagi menyusahkan. Nape sy nak susahkan lagi? Saya pun cuba la belajar utk melupakan janji2 manis beliau.

Tak lama selepas itu, saya dilanggar seorang pemandu warga asing dengan kereta sewa. Habis kemek pintu sebelah kiri bhgian blakang, pintu penumpang. Tu pun ada hati nak lari! Nasib saya ingat no.plat. terus pergi report polis. Nasib saya baik. Tukang mekanik yang nak tolong saya di balai polis tu kenal owner kereta sewa. Dia mula slowtalk dgn saya. Dia jnji akan ketukkan pintu kereta jadi brand new sekali cat, tp tlg jangan mnx dia tukar pintu baru sbb lagi mahal. 

Ikutkan hati mmg la nak pintu baru kan? Tapi, saya kasihan dengan orang tengah tu akhirnya saya setuju saja dengan cdgn dia. Bila dpt balik kereta kat saya, saya terkejut! Bukan sahaja dia tepati janji dengan mengetuk kemekan mcm brand new, kesan calar pada bumper kiri kesan langgaran kereta wira yang terdahulu pun dicatkan semula! 

" awak banyak tolong saya kasi senang keje, saya mnx bos sy kasik diskaun cat la. Owner kereta sewa setuju byr. Im happy for u akk. Jage kete elok2 aa?"

Sekian. 

Betullah yang org alim2 selalu ckp tu - Allah tak bagi ape yang kita nak, tp dia bagi ape yang kiter perlu. Kiter hanya perlu minta dan berharap yang terbaik untuk kita. 

Nak tau kiter ikhlas ke x, kiter buat ape2, tanpa harap blasan. 

Nak tau kiter redha ke x, kiter menerima dengan penuh kerendahan.

Sori la panjang lak membebel. Nanti senang2 kiter share lak cerita pasal jangan doa pelik2. 

K bai.

Sumber : N Shahida Bidin

Thursday, April 6, 2017

Tak bersyukurkah kalian?


Syukur ni luas cakupannya. Ada orang tak reti pun maksud syukur tu. Bila tak syukur, merungut. Asyik rasa diri kurang bernasib baik. Membanding bandingkan kehidupan sendiri yang tak best macam orang lain.

Kita ni, kalau ada perasaan bersyukur, boleh lah lagi kawal merungut merungut tu. Merungut ni sama la macam kau tak puas hati sana, tak puas hati sini. 

Camana aku buat lap & dye, rasa kita dah diduga abis2an. Skali ade kakak ni 10thn kawen ade fibroid kene belah cam ceazer. On morphin lak sebab sakit dia terlampau kuat.  Teros bersyukur aku bukan kat tempat dia😂.

Syukur lagi sebab senang dapat anak walaupun tak berapa ada duit. Kalau dia kat tempat kita, camana dia nak keluar duit banyak banyak melabur nak concieve? Sebab tu Allah bagi senang ada anak.
Silap silap haribulan sepuluh kali ganda meroyan nak hadap susahnya nak dapat anak.

Ada line telefon tu pun bersyukurlah. Ada orang masing masing bayar wifi sendiri. Ada orang laki bayarkan. Tak apa lah, laki kau mampu. Tapi cuba syukur. Kekadang aku pun takde line internet banyak hari. Sobsss.

Pasal kerja pulak. Nampak yang kerja ni best je. Hutang piutang tak nampak. Oohhh, best juga beli kereta. Bulan bulan seksa nak bayar dia taktahu pula.

Pasangan mana mana pun ada masalah walaupun nampak je happy. Ada orang tak suka cerita benda sedih. Yang kau nampak orang berbahagia je. Derita dia kau tak tanya? Bergaul lah dengan ramai orang. Relationship ni ada flaw dia.

Selagi tak reti syukur, tak berhenti merungut, selagi tu akan rasa tak cukup. Celah mana nak bahagia kalau gitu?
Gaji 5k pun kalau tak ada rasa syukur pun takkan pernah cukup. Percayalah.

Tolong la sedar rezeki ni dalam pelbagai bentuk. Bukan duit je. Anak. Bahagia. Sihat tubuh badan. Hati tenang. Tu rezeki lah tu.

Semua orang ada masalah. Bezanya, tunjuk dengan tak je. Tunjuk yang hepi hepi. Yang kau nak jeles kenapa. Kau tahu ke apa yang 'happy couple' tu go through?

🌷🌷🌷🌷🌷

Jadi, kau orang dikalangan yang mana? Tanya ja. 😎😎😎

Positif..


Sejauh mana kau orang mampu dan terus positif kalau kau terus dipasakkan dengan benda benda negatif? Sebab tak ramai orang boleh melihat SEMUA yang ada disekelilingnya baik baik dan positif.

Orang tua tua pesan. Cakap benda baik. Fikir benda baik. Doa yang baik baik. InsyaAllah yang datang pun baik baik juga. 😊

Kalau merungut, tak ada usaha, bagi alasan, boleh sampai mana? Tanya ja. 

Nota : Gambar sekadar hiasan.



#kakjojespesan

Wednesday, April 5, 2017

"Aku dah biasa hidup susah dari kecik"


Aku lepas 2006 konvo mak aku sakit jadi aku balik Labuan jaga mak aku sampai meninggal 2007.
Pas2 aku kerja tolong sara adik aku sampai sekarang.

 Adik aku takut dengan aku. Bapak aku pun selalu cakap kalau bukan aku, tak ada nya dia boleh study. Bapak aku sampai jual tanah rumah dulu masa mak aku sakit.

 Tahun 2015 aku beli tanah buat rumah untuk bapak aku yang duduk sekarang ni. Bapak aku bukan kerja dari aku Form 4 lagi. Dulu arwah mak aku berniaga kedai makan lepastu sakit. Kitorang langsung tak ada apa apa sumber pendapatan. Itu yang aku terus kerja.

Bapak aku stroke dulu. Enam tahun juga. Bawak pergi berubat urut semua. Alhamdulilah dah baik. Sekarang ni bawa teksi sendiri.

Aku kena pikul tanggungjawab nak sara family sebab kakak aku dah kahwin, tak kerja pula. Itu yang aku tak fikir apa, memang nak kerja je tanggung family, ubat ubat bapak aku. Aku kesian kat bapak aku. Sewa rumah umur dah tua..dia bukan ada keja apa pun.

Ko bayangkan kami terpaksa jual rumah tanah semua. Time tu, memang sedih sangat. Aku buat banyak kerja. Pagi aku kerja kedai buku, malam aku cashier kat 7e sampai 4 pagi baru balik. Aku dah biasa hidup susah dari kecik.

Orang lain cuti sekolah, aku pergi kerja. Start kerja masa Form 3. Curik curik sebab bawah umur lagi. Merayu dengan bos bagi kerja jugak sebab nak sara family. Nak bayar yuran sekolah semua. Sepanjang study satu sen duit pun aku tak pernah mintak dari family.

Kakak aku pun anak anak dia aku banyak sara sebab abang ipar aku kerja kebun je. Sekarang ni alhamdulilah lega banyak dah. Sekarang bila aku ada duit aku beli semua apa yang aku tak mampu beli dulu.

Kita kena bersyukur sebab ada yang lagi susah dari kita. Bila aku tengok Bersamamu tu lagi kesian. Maksudnya, aku dulu pun boleh lagi merasa makan sedap. Alhamdulilah.

.

Sebab itu, syukur. Syukur. Syukur.
Kalau pun kau tak mewah sampai holiday sana sini macam orang lain, kau kene syukur. Tengok orang bawah kita, bukan atas kita.

Ini cerita dari sahabat KakJojes. Bukan rekaan. Ia nya benar benar belaka. 

Tak percaya? Terpulang. 

Monday, April 3, 2017

Priorities : Keutamaan

Priorities.

Priorities tu maksudnya, keutamaan. Keutamaan yang perlu kau susun tentang apa kau nak buat setiap hari.

Contohnya. Kalau kau disuruh pilih makan dulu atau kutip spenda bergolong macam nombor lapan tepi mesin basuh tadi, mana yang kau buat dulu?

Kau orang tahu, ada saja orang gagal dalam dalam proses ini dan akhirnya tertekan seorang diri malah ada yang menyusahkan orang orang sekelilingnya pula. Lebih best, menyalahkan pula orang lain lebih dari melihat kesalahannya. Apa kejadahnya semua ini?

Pepatah jawa ada cakap, if you fail to plan, you plan to fail. Jadi jawapan pada soalan kat atas tadi, kalau kau kuat makan, misti lah kau utamakan makan dulu dari spenda yang dah lama tersengih tu. Betul tak? Kalau tak pun, kau boleh buat dua dua sekaligus. Kepit spenda bergolong di celah ibu jari kaki kau dan letak dalam mesin basuh. Setel!

Kau gelak apa? Macam tak pernah buat. 😏Okbai.


#kakjojesbebel