CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Friday, April 7, 2017

Halim GP Airport

Semalam, KakJOjes terbang lagi. hohooo..

Macam biasa, somi akan tanya, dah makan ke. nak makan apa.
Jadi, disebabkan bini dia lapar semedang, maka macam biasa, kena lah bawak pergi makan.

Lapar...!

Itu saja ayat kerap didengar kata somi. kahkahkha..so, malam tadi, landed saje, beliau bawak Kajojes pergi makan kat Halim GP Airport. 
bukan Grand Prix.
tapi Gulai Panas.
hohohohooooo~


Kau orang tengok kedai biasa biasa saja.
tapi bila kau masuk dalam, perghhhhh!
rambang mata..


terus rasa nak berenang - renang..kahkahkahkah..
Masa ini, tamak menguasai diri.
semua nak amik..bahahhaha..

lepas kau orang pilih ikan yang berkenan dihati, terus bitahu dorang, kau nak masak apa. 
depa selalunya akan sajes masakan yang selalunya depa masak.

Selain dari ekor ikan, kami amik sotong dan juga udang tiga ekor.
udang tu KakJOjes punya la..
suka udang..aummm..hahhahaha..

kau orang perlu menunggu sedikit masa la sebab ramai dan ikut turn depa masak.
jadi, untuk ekor ikan siakap tu dengan udang KakJOjes tiga ekor tu, 
kami disajes untuk masak gulai..

pahtu somi bisik, gulai tu kari tau yayang.
depa panggil gulai. kita panggil kari.
ooooooo...
melopong mulut KakJOjes.
bahahahahhaa..

tak kisah la gulai ke kari ke, janji makan.
Lapar  gila kot..!

Okeh, ini ikan yang dimasak kekdahnya..
ooo, ini la gulai.
memang kitorang panggil kari..
hahahahha..


kalau kau orang ke Langkawi, sila lah singgah ke sini.
Halim GP Airport.
Gulai Panas Airport..
tak jauh dari epot Langkawi tu.
dekat bulatan tu.

haaa.
happy tummy, happy me.

Thursday, March 10, 2016

Laksa Ikan Pantai Kok, Langkawi

Ingat lagi tak entri pasal Island Hopping tu?

Okeh, kalau tak ingat, boleh baca sini.

Island Hopping Langkawi

Apa kaitannya?
sebab kami pegi makan kat sini lepas turun dari jeti dan balik dari ber Island Hopping..
hhohoooooo~

Lapaq weiiii..

Maka hubby ajak pergi makan disini.
LOkasinya ialah di Pantai Kok.
Sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Orang kata makan kat sini best..
dan specialnya ialah, LAKSA KETAM nya.
Camana rupa laksa ketam tu.
nanti cuba skrol sampai bawah.



Selpi dulu dengan somi.
Muka macam tebako je.
huhuhuk~


Hubby order ABC kelapa special..
Kauuuu..memang special haah!



hah.
ni lah haaaaa..
laksa ketamnye...
Yang KakJojes pegang tu la ketam dia.
Lembut.
Ketam Lembut.
Last KakJojes makan ketam lembut dekat Kuala Gula tahun lepas.



Lepas kami kenyang.
masa untuk pulang dan berehat.
masa nak pergi kat kete tu.
kebetulan ade flight nak landing.
yayyyy..
dapat tengok...

live!

thank you somi belanja mini ni makan tak abes abes..
hahahahha..


pada korang yang datang Langkawi, jangan lupa cuba laksa ketam tu keh.
zasss~

Friday, March 4, 2016

Island Hopping, Langkawi


Masa cuti Thaipusam tu, KakJojes mengambil kesempatan terbang ke Langkawi untuk berjumpa suami.
*misti korang dok heran asek entri kat Langkawi saje.*

Orang kata kalau pi Langkawi, aktiviti wajib-buat ialah ISLAND HOPPING.
Maka, menjadi tugas KakJojes lah untuk servey dan membuat sedikit rujukan sebelum ke sana.
Gituuuu..

ISLAND HOPING ni kita akan dibawa ke tiga tempat menarik iaitu
Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pantai Beras Basah.

Seperti yang ejen kami inform, kami perlu ada di tempat yang ditetapkan pada jam 9 pagi.
Senang cerita, kami tunggu kat opis depa ni je lah.
Sekitar jam 9.15 pagi, van kami pon sampai.
Lewat sedikit katanya sebab ada masalah sikit.
Laut pula surut.
Masa tu KakJojes dok bayang laut takda air.
Hahahaha..
Dasyat tak pemikiran.

Tak jauh pun, lepas tu kakJojes sampai kat jeti tu.
Kami diberi satu pelekat yang kene lekat kat baju supaya ejen yang handle kami tu kenal dan boleh cam.


Masa sampai tu kat jeti memang ramai dah.
Kami juga kene ingat nombor bot kami.
Okeh, kita selpi dulu.


Tak lama tu kami dapat naik bot..
Yayyyyy!
Seperti yang dijanjikan, bot kami memang tak ramai.
Kami amik pakej RM30.
Korang ade bace RM25 kan.
Ha, tu kene dok berimpit.
Penuh bot.
Kami punye bot dalam 11 orang ja..
Ilek. Selesa tau.



Mula mula tu abang bot bawak ilek je..
Tak lama kendian, wooo, lajuuu..
Abeh air masen memercik masuk ke mulut.
Hahahahha…
Lawakkkkk…

Okeh, lebih kurang 15 minit perjalanan, bot diberhentikan di satu tempat.
Dan abang bot suruh tengok kiri.
Taraaaaaa..



Tercapai jugak impian KakJojes nak tengok depan mata.
Yang orang dok kata memang ade bentuk seorang wanita mengandung sedang berbaring.
Korang Nampak tak?
KakJojes Nampak jelas!
Subhanallah..
Besar kuasaMu Ya Allah.

Perjalanan kami diteruskan.
Dan tak lama kendian, yayyy..
Kami dah sampai..




Kami diberi 1 jam.
Kami diingatkan semula nombor bot sebab nanti nak naik semula bot yang sama tuk ke destinasi seterusnya.

Okeh, posing jap.



Dulu, kata blogger, tak kene bayar.
Sekarang, ada bayar ye adik manis.
Ala, RM3 saje.
Kanak-Kanak bawah 6 tahun FREE.

Untuk ke tasik tu.
Korang kene jungle trekking sikit.
Ada la dalam 5 ke 8 minit mendaki turun dan meneruni cerun tu.
*mengah juga la KakJojes walau selalu pegi zumba pon..hahahahahha..

Lepas Nampak je tasik tu , gembira sungguh rasa..
Yayyyyyyy!
Pahtu dok teringat kawan-kawan soh minum air tasik tu pulak.
Hahahaha..
Hijau tasiknya..
Nama pun tasik..

Posing lagi.



Memang agak ramai la masa KakJojes sampai tu..
Pelancong asing pon ramai.
Pelancong tempatan pun ada.
Ada yang hanya rendam rendam kaki.
Ada yang nak naik kayuh kayuh kat kaki tu.
Dan mandi manda ofkos laaa..

KakJOjes tak reti berenang.
Maka perlu sewa life jacket.
RM5 saje.
Lepas pakai tu, takut pulak nak turun.
Kah3..
KakJojes tak reti berenang dan kalau masuk air kene pijak dasar.
Ni nak pijak celah mana.
Dah la belagak taknak yang kat kolam yang depa sediakan tu..
Nak yang tasik lepas tu ja.
Hahahahaha..

Dok tepi tebing tu, siap nak cakap kat hubby,
Takot.
Tapi tak sempat cakap, beliau dah tolak kakjojes.
Dan bedebushhhhhh..

KakJOjes jatuh ke dalam tasik..
Tenggelam sikit la.
Pahtu tertelan air tasik tu.
Tawar…
Uuhuhuhukkk..
Kembang tekak sat..

Takpa la tertelan kan.
Hahahhahaha..

Somi lama tak berenang.
Seronok la tuuu..




KakJojes yang pakai life jacket ni tekedek kedek dalam air berenang.
Kah3..
Malu pulak rasa.
Tapi apedehal.
Selambaaa sudahhh…

15 minit sebelum cukup 1 jam.
Kami mendaki semula jungle trekking tersebut tuk kembali ke bot.
Hohoooo..

Tengah tunggu bot ha.
Ramai kat jeti wehh..

Lepas naik bot, kami ke destinasi seterusnya iaitu Eagle Feeding..
tak jauh sangat la dari Tasik Dayang Bunting tu..
Sini kalau ekot pakej katenye sejam kat situ.
tapi takyah lelama pon takpe.
sebab tengok burung makan saje.
ha, nampak tak?


Okeh, destinasi ketiga ialah ke Pantai Beras Basah.
dok tanya somi.
Mana beras yang basahnye..
Beliau hanya diam membisu.
hahahahha..


OKeh, sampai dah..
banyak gamba kami berdua je la..
dah nama pon berdua.
pahtu ada yang tak brani nak post sebab seksi seksa bekgron nye.
Kami tak mandi kat sini.
sebab berpasir..
Malas tukau baju juga.
hahahhaa..
so kami lepak lepak.
makan.
sebab kebuloq gila tadi dah.
wuuu..

layan la nah ha gambar-gambar okeh.















Kami  pulang semula ke jeti dengan perasaan yang gumbira..
gila ko tak gumbira.
berjimba dengan suami tercinta..
hahahahaha..

Semoga berjumpa lagi.

Ada cerita best Kak Jojes cerita lagi okeh.
zasss..