CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

Pixajoy : 4R laminated photo prints (48 pcs)

Selalu mak buat Photobook je kan. Kali ni mak cuba print gambar pula dari Pixajoy.

Okeh. First sekali kena beli voucher code dari Shopee lah. Mak dapat RM1 untuk 48 keping gambar bersaiz 4R. (harga kod promosi berubah ubah mengikut masa)


Dan macam biasa mak login ke Pixajoy dan masukkan gambar gambar yang dipilih tadi. Masa checkout, masukkan voucher code yang kau orang dah beli di Shopee tu. Klik order.

Kau tunggu lah ia sampai dan kau susun la dalam album gambar cantik cantik.




Kalau kau orang ada pada Zaman kamera kodak dulu, ia sama saja macam ni. Bezanya kau ada kos shipping la. Sebab takyah pergi kedai. 

Mak buat gini nak back to memories kononnya. Iyalah. Dulu dulu saja kita pergi cuci gambar di kedai. Tapi sebab teknologi dah makin canggih, kita hantar melalui online saja.



Tips dari mak.

+ pilih gloss paper instead of matte. Lebih cantik dan menawan.

+ beli voucher code masa tengah promotion di Shopee. Lebih murah berbanding voucher code dari website mereka dan banyak lagi diskaunnya.

+ voucher code ada expired time. So lepas beli, kena terus buat.

+ pilih gambar yang berkualiti. Kompom gambar meletop kebabom macam pakai DSLR!

+ seeloknya buat di laptop dari henfon. Lebih puas hati.

So, selamat mencuba!

Nota : Nanti try buat mug atau sarung bantal.

#makbebel #pixajoy #thankyoupixajoy #nadearamly 

Thursday, May 18, 2017

Tips Bahagia

Tips bahagia.

Orang tak suka kau? Biarkan. Mereka bukan hidup untuk suka kau. Dan kau pun bukan hidup nak suka orang. Tak hidup dek puji. Tak mati dek maki. 😉

Regards,
Classy woman.
KakJojes.

#sharing

Thursday, April 6, 2017

Positif..


Sejauh mana kau orang mampu dan terus positif kalau kau terus dipasakkan dengan benda benda negatif? Sebab tak ramai orang boleh melihat SEMUA yang ada disekelilingnya baik baik dan positif.

Orang tua tua pesan. Cakap benda baik. Fikir benda baik. Doa yang baik baik. InsyaAllah yang datang pun baik baik juga. 😊

Kalau merungut, tak ada usaha, bagi alasan, boleh sampai mana? Tanya ja. 

Nota : Gambar sekadar hiasan.



#kakjojespesan

Tuesday, October 4, 2016

Tips Privasi Facebook


Orang jojes memang selalu distalk..opsst!

Kawan KakJOjes mengadu beliau pernah kena sexual harrassment di Facebook.
Maka atas dasar ingin tahu dan prevention,
KakJOjes cuba la menggodek Facebook KakJojes berbekalkan laptop hadiah dari somi.
*mekaseh somi..muahciked*

Camana nak buat tu?
.
.
.

Go to setting. Then privacy.
Pergi ke 'Who can see my stuff?' klik Limit Past Posts.

Nanti Facebook akan tunjuk macam mana rupa Facebook korang lepas setting ni applied.



No friends to show.
Photos nothing to show.

Hanya profile picture dan cover photo yang sedang kalian gunakan sahaja yang nampak.

Setting untuk ADD FRIEND DISABLE jika kalian tidak berkawan dengan salah seorang daripada kawan di dalam friendlist KakJojes.

Camana nak stalk KakJojes?
Boleh tekan butang FOLLOW untuk tahu update terkini yang di set kan secara Public.
atau
ADD FRIEND sahaja lah.
Mudah kan?
Kalian juga boleh ke Setting yang lain untuk menentukan maklumat apa yang kalian perlu kongsi.
Juga siapa yang boleh menulis di dinding mukabuku kalian.
.
Feel free to share.
Semoga bermanfaat. :)

Monday, October 3, 2016

Tips gambar tidak dicuri di Facebook

Untuk gambar di Facebook, ia tiada setting seperti di blog atau web dimana kita boleh disable right click untuk org copy atau curi gambar kita tapi ada beberapa tips yang boleh kita gunakan.

1. Simpan foto yang anda rasa terlalu peribadi dan tidak upload dimana mana. Dalam erti kata lain, simpan sendiri sahaja lahhh..tengok sendiri. Gittu..

2. Configure privacy setting. Namun begitu, sesiapa juga boleh copy URL gambar kita dan share.
(Ini selalu saya lihat di komen page page yang menghentam seseorang bilamana facebooknya tidak dapat diakses. Dasyat!)

3. Tidak uplod gambar beresolusi tinggi. Orang akan guna sesuka hati. Yelah, gambar lawa. Hiks..

4. Boleh report terus ke Facebook kalau ada orang guna gambar dengan salah..Report!

5. Letak watermark pada setiap gambar. WAJIB buat untuk blog. Melainkan kalian berniat untuk bersedekah dan berkongsi penggunaannya.

You might be nobody today, but you may be somebody one fine day.

Selamat bercuti cuti.

Saturday, February 13, 2016

Tips : Cara Kesan Stalker & Silent Reader

CARA KESAN STALKER & SILENT READER

1. Login Facebook
2. Lepas tu , tekan right click tapi bukan pada gambar atau link ya.
3. Klik pada "View page source"
Akan keluarlah new tab yang mengandungi kod-kod profile Facebook kalian..Kalian tekan (Ctrl+F untuk search kata kunci ORDEREDFRIENDS/ONLINEPOLICY
4.Nampak banyak nombor bermula dari 10000 tak?Copy nombor itu lalu masukkan ke hujung link ini www.facebook.com/___________ 

So, sebab tu saya boleh kesan stalker & silent reader saya. kalau xbleh buat cuba sampai boleh.

#hayathijab
#tampilelegant

Sumber : Facebook Puan Hayati

Semoga bermanfaat. :)

Tuesday, January 26, 2016

Tips 'terima jemputan tambah rakan' di Facebook yang berkualiti

Asek entri berjalan je kan KakJojes ni.
Kali ni nak share tips tambah rakan di Facebook.

Umum tahu.
Facebook adalah medium terglamer abad ini.
Dan ramai menggunakannya sebagai platform untuk bisnes dan networking disamping share perkara perkara penting dengan sahabat.

Namun.
Berapa ramai yang tahu ADAB dan TIPS terima jemputan tambah rakan atau bahasa mudahnya CONFIRM friend request di Facebook?

Okeh.
Entri ini hanya untuk kalian yang mahu sahabat yang berkualiti.
Tidak hanya untuk LIKE.
atau STALKER.
Tetapi untuk jalinan ukhuwwah yang manis dan berpanjangan.
Serta networking yang berkesan.
InsyaAllah.

"As salam Tuan Puan,

Bagaimanakah saya dapat membantu Tuan Puan sekiranya permintaan Tuan Puan sebagai rakan fesbuk saya terima 'letak icon senyum' .

Salam Hormat 'letak icon senyum' "

Mudah bukan?

Akan ada dua kemungkinan impak dari tips ini.
Iaitu penerimaan negatif dan penerimaan positif.
Namun, anda sendiri tentukan siapa yang boleh masuk ke rumah anda bukan?

Selamat mencuba.

Credit to : Puan Haida Kamaruzaman


Sunday, November 30, 2014

Tips Suami Isteri : Kitaran Gila

Ingat lagi post kita pasal HORMAT dan SAYANG tu?
Tentang ‘Kitaran Gila’
Yang PERLU berlaku dalam sesebuah rumahtangga?

OKeh..
Kita jelaskan lagi keh.
Maksudnya disini ialah berkenaan suami dan isteri itu sendiri.
Berdasarkan pemahaman kita.
Seorang suami perlu MENYAYANGI isterinya supaya mereka lebih diHORMATI.
Kita pergi lebih detail.
Maknanya disini.
Sifat SAYANG itu perlu ditunjukkan.
Perlu diwujudkan.
Dan perlu ADA untuk isteri.
Dimana isteri akan lebih rasa dihargai.
Disayangi.
Dan dilindungi.
Secara otomatiknya.
Isteri akan patuh dan MENGHORMATI suaminya.

Logik juga jika dikatakan.
Dan dilihat dalam kehidupan seharian.
ISTERI kurang HORMAT suami.
Sebab..?
TIADA sifat kasih dan sayang akan isterinya.
Suami marah-marah.
TEngking isteri.
MElayan isteri buruk-buruk.
Korang ingat isteri nak respek?
SORRY…

Begitu juga sebaliknya.
ISTERI perlu HORMAT suaminya.
Dimana itu sebenarnya adalah wajib bagi seorang isteri.
Isteri perlu menghormati suami…
Supaya.
Suami dapat memberikan kasih sayangnya.
Bila isteri sentiasa cakap baik-baik.
Lemah lembut.
Dengar teguran.
Tak melawan.
Kan somi sayang…
Cuba korang (isteri) cakap kekasar.
Melawan.
Memberontak.
Buat sukati.
Tengok jap.
Somi sayang ke dak..

Sebab itu dipanggil kitaran gila.
Saling memerlukan.
Saling berkaitan.
Jika salah satu darinya terkurang.
Maka.
Masalah akan berlaku..

Cuba lihat semula.
Adakah benar?

Tepuk dada.
Tanya iman.


Wallahualam..

Monday, August 4, 2014

Tips berbual semasa beraya

Selain daripada hari kenduri...
Hari raya juga merupakan hari paling sesuai..
orang yang suka nak tahu berita terkini hiburan sensasi kita kan..
masa ni la nak tanya itu ini..
nak jadi manusia paling ambik berat...
paling baik.
paling tunjuk simpati..
ceh....
sooooo...
mari kita lihat ape tips tips untuk kita tak jadi seperti mereka...
sebabnya ..
sape tanye soklan mintak cepuk tu..
kira mereka memang kurang ADAB SOPAN..
dan KURANG ILMUnya..
kesiannnn...





nak ke jadi macam depa?
takmo kan...
jadi..
jom jadi lebih sensitip...
carik titik persamaan..
okeh?
zassss..
selamat hari raya....

Sunday, November 4, 2012

Tips : Kreatiflah untuk raih bahagia~


Semua orang impikan rumahtangga yang bahagia.
Sape kawen nak derita kan..
Macam aku penah buat entri sebelum nih, perkahwinan tu ialah kami dan kita, bukan saya dan awak.
Dan tuk kekalkan kebahagiaan dan kemanisan rumahtangga kita, ada beberapa tips yang aku nak share hasil dari bacaan dikala lapang cenggini..
Berikut disediakan beberapa tips yang boleh diikuti..

1) Digalakkan supaya melakukan kerja bersama-sama terutamanya aktiviti di rumah seperti memasak, mengemas ataupun beriadah. Misti seronot kan? :)

2) ahaa..tak ramai yang tahu, tido kat lengan suami mampu wujudkan satu perasaan yang cukup bahagia.
Suami akan merasa diri sangat diperlukan dan isteri pulak akan rasa dilindungi..
*betoll! ai buat itu..

3) Sekali sekala, kat umah, tuka lah gaya penampilan. 
toksah la pakai kain batek lusuh.
Cer sekali sekala pakai tight ke..
Pakai skirt ke..
goda goda sikit..
muehheheeh..
kannnnnnn~
well, u know ur husband's taste rite?

4) Kalau bergado ke bertengkar ke, cer ingat mende best. 
Camna pasangan layan kita masa tengah baik..
Buang pasaan negatif tu jauh2..

5) fahami sifat pasangan dan anak-anak..
InsyaAllah..

:)


Friday, October 5, 2012

Tips : Rancang percutian anda..

Ha, entri sebelum ni aku ade update pasal nak pi hanimun tu kannnn..

Kali ni nak share sedikit info yang aku bace dari buku Majalah Mingguan Wanita keluaran September tentang percutian tanpa risau pasal bajet..

Rasanye semua orang suke pi bercuti kan..
Sebenarnye tak perlu takot pasal bajet kalo kite bebetol plan..
Okeh, meh tengok sat ape yang aku dapat dari buku tu tadi...

1. Buat plan awal
Plan at least 4 bulan awal dari tarikh nak pi bercuti tuk carik tempat nak menginap, tempat nak pi, ngan kenderaan yang sesuai digunakan..
Dalam masa 4 bulan tu jugak boley kompol duwet lagi..hoho..
Cuma macam encik somi memang tabley nak plan sangat..
SEbab keje die memang ghope tu..
Skang maleh nak sentap sebab kekadang dah plan baek punye, tut tup, cancel..
So, plan kitorang selalunya adhoc..
kUi3..

2. Masa dan tempat menginap
kalo boleh elak dari pegi bercuti masa cuti sekolah atau musim orang raya raya kan..
Sebab rate dia misti mahal dari biasa.
Kalau pi hotel yang ade gomen rate lagi manggusss..
Boleh mintak rege gomen..
kui3..
Jadi boleh la bawak kad keje anda..kui3..
Pehtu tengok sape yang nak g.
Kalo pi dua orang, cariklah tpt yang selesa dan selamat.
Kalo pi reramai, better go for service apartment kot..
Kan..:)

3. Promosi
Kalau nak pi obersea, carik yang ade buat promosi pakej2 yang best best.
Make sure pakej tu manyak aktiviti.
Toksah malu nak tanye kat kawan2 yang penah pegi sane.
Mintak pandangan depa.
Skang ni pon MAS dan Air Asia pon ade buat manyak promosi rege tiket yang murah2..
Siyes..
Lelagi nak ade Malindo Airways ni kan..
Lagi la meka turunkan rege kot..

4. Tempah awal
Ha, macam hal tiket tadi..mane yang nk pi obersea..
boleh je book tiket awal2..
Murah pon murah..
Hotel atau tempat penginapan pon make sure dah tempah awal2..
So nanti takde la masalah sangat kalo last minit..

5. Bajet masa bercuti
Sedikan anggaran perbelanjaan.
Yang libatkan penginapan, makanan, pengangkutan, cenderamata dan sebagainya lah.
kalo pi obersea, make sure kita tahu kadar pertukaran wang negara yang kita nk pi tuh.
Pehtu senang jugak kalo nak bajet bajet nak beli ape tuk kawan2 kan..

6. Pengangkutan
Make sure kita dapatkan pengangkutan yang paling murah dan selesa serta mudah bergerak.
Pemandu pelancong pon mesti tahu selok belok kawasan yang kita nk pi tu dan untuk elak kita ditipu..

7. Sarapan percuma
Kalo dok hotel, makan je bekpes kat hotel tu..
Bukan tak sedap.
Sedap kot..
Banyak lak tu.
Dari situ dah boleh bajet dan jimat.
kan kan kan..

8. Masak sendiri
Kalao pi keluarga, mak mak kita misti nak masak.
Lagi jimat.
NI boleh kalo dok service apartment.
Kalao memalam lapo, beli la kudap2 ke, boleh kunyah2 time tengok tivi..

9. Beli sekadar perlu
Jangan membazir beli cenderamata.
Rancang dan beli tuk orang yang kita dah plan nak bagi awal2 lagi.
Atau tanye kat kawan2 kat mane tempat nak carik cenderahati yang cantik dan murah.
Okeyla kan dari takdeeeee..:p

10. Guna tunai
Kalau boleh, better pakai wang tunai.
Dari kad kredit yang manyak sangat tax tu inih.
Tapi terpulang kt individu..
Ade yang tak suka bawak cash.
Ade yang tak suke berhutang.
Jadi, pakai la debit kad.
hahahha..
Kalau bawak cash, make sure jaga cash anda elok elok..

Sekian saja tuk tips2 bercuti tanpa risau pasal bajet...

Aku banyak plan ni, tapi yelah.
Ekot availability encik seben.
Kalo tak, kerja saje lah carik duwet..

Kekadang kita pon nak tenang n rehatkan pikiran ye dak..
Mati la keje nonstop..

hihih..

OKeh, babai~