CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 31, 2017

Ramadan 5 : Nasi Goreng Cili Api Udang

Campak bahan bahan masak, prappp, siap! Lejen tau apa? Cili api yang kau tumbuk tadi kau gaul dengan nasik dulu. Baru masok dalam kuali.

Api? Besar sikit lah. Jadi kau takde la komplen nasik kau tak pedas. 


Berbuka dah kan? Alhamdulilah..

#kakjojesmasak #kpimasak

Tuesday, May 30, 2017

Ramadan 4 : Kari ikan dengan sawi goreng

Kari ikan dengan sawi goreng untuk berbuka tadi. Syukur alhamdulilah.


KakJojes masak kari weh! Terima kasih yang beri cadangan tadi.

KPI hari keempat Ramadan, tercapai.

#kakjojesmasak

Anak awak ada di dunia, anak saya ada kat syurga..

Semalam, KakJojes kongsi satu entri berkaitan anak di Facebook KakJojes.
Berserta caption lah opkos kan.

"Tak ada anak bukan JENAYAH. 

Fundamental begini, patut juga dipasak untuk orang orang keliling supaya tidak ada lagi soalan soalan berbaur 'riak'. *terus teringat kisah lubang macam jamban.*

Sensitif sikit. Kau orang bukan tahu apa pasangan itu lalui. Dan tak ada sebab juga untuk mereka bercerita kepada kau orang. Kau fikir kau siapa. Kata Mawi dan Syamsul Yusof. Bukan KakJojes kata tau. Kahkah.

Oh. Jangan kata kau orang faham selagi kau orang tak lalui hakikat sebenar yang orang tu lalui. Okeh?

Selamat bekerja di Ramadan ketiga. 😘

#kakjojesbebel*


Dan ramai juga sahabat KakJojes 'share' di Facebook masing masing.
Tapi ada satu post yang buat KakJojes tertarik dan ingin pula berkongsi disini.

"Orang yg takde anak selalunye ok je. Happy lagi ada bila hidup ber2 je. Honeymoon hari2 tau. Orang luar je dok fikir kesian kat kami ni. Motip? Setakat ni belum ada lagi kawan2 or saudara mara mulut puaka tanya soalan pelik2 psl anak. Benda biasa, org buang anak ko kecam, org takde anak pun ko kecam. Kalau org kecam ko pandai plk sentap? Bila Allah nak bagi, akan ada lah. Relax2 sudah. Kalau korg cakap nikmatnya ada anak penyeri rumah tangga, meh aku nak cakap nikmatnyaa bila hidup ber2 sahaja. Hari2 fefeling pengantin baru. Masa hanya untuk each other, tak terbahagi tau. Cuba igt balik time korg baru kawen dulu, syok kan? Haa kami berperasaan mcm tu bertahun2 tau, gila tak syok. Kau tanak masak ke, tanak kemas rumah ke, nak bgn tdo pkl doblas ke, sukati kaulah takde ape mslh. 

Tapi walaupun happy bahagia, bkn la bermaksud kami2 ni taknak ada baby lgsg, so of course la kena berusaha setiap hari. Ehh 🙈🙈🙈

Edit: tambahan lagi, kite bukan tak ada anak tau. kite ada anak, tapi Allah sayang anak kite, Allah ambil awal. anak awak ada di dunia, anak kite kat syurga. tak ada beza awak dengan saya, dan tak ada beza saya dengan mereka2 yang belum ada rezeki mengandung. kita semua sama sahaja. "

"Haha ntahla. Maybe sesekali depa tringin jgk nak dating2 mcm kita, jln2 sana sini senang takda *handbag*. Sama la mcm kita trign nak ada baby, jaga baby, htr anak sekolah, sama mcm depa dok buat jgk. So benda2 ni ada pro n cons nye, kita manusia kena pandai nilai. Rezeki masing2. Ada bahagiannya. Kita tak blh tamak. Kita dh dpt byk dh Allah bagi. Takkan Allah nak bg semua. Kan. ❤"

"InsyaAllah zaman sekarang ni manusia dah berfikiran terbuka. kena fikir 1 je, iaitu Syukur. kite selalu trigt kat kawan kite ada sorang, lepas kawen terus branak, lepas beranak, mengandung lagi, dan seterusnya, skrg anak dah 5. muda lagi, umur kite nad. itu rezeki dia, tapi dia selalu mengadu penat, takde masa rehat, suami tak tolong jaga anak. nak beli barang untuk anak2 duit tak berapa cukup (sebab dia tak blh kerja, anak ramai kan). dia selalu cite trign 1 hari je untuk diri sendiri, pg shopping brg2 diri, bercantik2. so bila kite fikir2 psl ni, esp blh la relate dgn kamu kak jojes kan, hehehh =P hari2 pasang badan, beli itu ini, makan itu ini, itu rezeki bahagian kita. rezeki bahagian dia mungkin dia byk anak, tapi rezeki bahagian kita benda2 yang dia takde dan dia teringin tu. Allah Maha Adil, kita kena sentiasa bersyukur. kite pernah cakap kat husband kite, 'syg, kalau kite ada baby, life kite akan perfect. tak ada apa lagi yang kita nak usahakan. kite dah puas hati dgn career, family semua happy. cuma kurang 1, kita just takde baby je. kalau ada baby semua akan perfect.' tapi bila kite fikir2 balik, mana ada org yang perfect dlm dunia ni. Allah bagi sama rata dah. kita kena bersyukur je. apa yg kite ada kak jojes oi, org lain terign sangat2 sampai menangis2 depa teringin. so lets lah bersyukur."

Hah! 
Padu ke idok?
Lets lah bersyukur katanya. Kihkihkih.

Tabahlah wahai wanita yang diuji tanpa anak.
Kalian sebenarnya, hebat!

Sumber:
FB Aimi Nadiah Ramli
FB Adila Ismail

Monday, May 29, 2017

Ramadan 3 : Spageti aglio olio ololololo..

Kau orang tahu. Tadi cadang nak masak lain. Sampai ke Pasaraya TF nampak spageti pulak. Terus tak jadi nak masak sup sayur bebola ikan.

Jadilah spageti goreng versi KakJojes asal hado. Kahkahkah. Maka, KPI memasak untuk Ramadan ketiga, berjaya!


Esok kena gigih lagi! 😉

#kakjojesmasak

Sunday, May 28, 2017

Ramadan 2 : Sup daging potong gegemuk

KakJojes masak lagi. Hoho. Hari ini menu berbuka, sup daging potong gegemuk dan agar agar laici dua kali buat baruu jadi. 


Tak berjodoh agaknya pakai serbuk jeli tu. Pakai agar agar juga jadi. Jangan heran daging tu. Memang potong gemok gemok supaya puas makan karang. Nipis nipis karang lahai. Celah gigi je. 

Gila tak empuk! Dah kena hempuk dalam noxxa dengan high pressure. 😂😂😂

So KPI masak di bulan Ramadan untuk dua hari ini berjaya. Yay!

 #kakjojesmasak

Saturday, May 27, 2017

Ramadan 1 : Siakap stim portugeese versi KakJojes..

Semalam. Nampak siakap. Beli lah seekor. Masa tu, takde idea nak masak apa. Sehinggalah idea datang secara tiba tiba waktu hampir hampir dah nak berbuka. Memang KPI Ramadan kali ini, nak lebih rajin masak katanya.

Maka, dalam masa LIMA minit HIGH PRESSURE dalam periuk Noxxa kau yang tersengih tu, jadilah siakap stim portugeese versi KakJojes. Elok saja nasi kau dah masak, ikan kau pun siap, azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka.

Apalagi kan. Allahumma lakasumtu wabika amantu wa'ala rizqika aftortu. Ngap! Setengah ikan habis. Setengah lagi kita makan sahur nanti. Kalau nak resipi, nanti komen ya. Orang tak berapa rajin macam KakJojes ni haruslah resipinya yang paaaaaaaling mudah. Okbai.

Selamat bertarawikh. Nak hashtag #doneberbukapuasa jugak! Kahkahkah.


#kakjojesmasak

Tuesday, May 23, 2017

Peraturan baru group whatsapp..

PENGUMUMAN
Peraturan baru group Whatsapp...

Bermula hari ini terdapat tarif tertentu bagi keadaan tertentu:

1. Senyap je rm 2.50
2. Baca tak komen rm 5.00
3. Tersinggung- denda rm 15.00
4. Buat kawan tersinggung - denda rm 49.00
5. Posting berlagak - denda rm 150.00
6. Menyebar cerita palsu - denda rm 280.00
7. Keluar group - denda rm 350.00

Tarif belum termasuk GST 6%

Wang terkumpul akan dibelanjakan untuk jamuan buka puasa bersama nanti😁

.

Whatsapp ini dihantar oleh salah seorang dari ahli grup whatsapp dan terus grup meriah dek takot kena caj mengikut denda yang ditetapkan. Hahahahhah.

Selain dari tujuh (7) caj yang tersenarai, terdapat tambahan caj termasuklah REMOVE ahli secara PERCUMA oleh ADMIN dan juga caj senyap-tak-respon tetapi menyebarkan maklumat kepada grup lain dengan nilai RM 1,000 denda. 

Diantara hasil dapatan perbincangan grup underground KakJojes bersama #binibinikugengster54 ialah:

➡ Posting berlagak tunjuk baju cantik pun kena
➡ Jangan guriskan hati kawan post makanan sedap termasuk status whatsapp
➡ Gambar kain pon buat hati terguris
➡Lipstik pun sama 😏.

Okeh, nah belanja gambar lipsetik FAME Fuschia. Denda tak terpakai sebab up kat Facebook, bukan whatsapp. Kahkahkah. Okbai. 


#kakjojesbebel #bakarline

Monday, May 22, 2017

Setahun sekali..

Setahun sekali.


Ambik gambar begini, setahun sekali. Itupun, bersebab. Kalau tak, tak ada.

Gambar rasmi 2017 yang pertama. Semoga pipi tu lagi kembang saban tahun. Faktor usia katanya. Kahkahkah.. Tak kisahlah. Asalkan kau orang gembira. Bahagia. Sihat sentosa. Hidup kau, kau yang pilih jalannya. Nak sedih sentiasa? Sila sila. 

Fuh! Flash dia, buat dunia kelam seketika. 

#kakjojesatwork #nadearamly

Friday, May 19, 2017

Songket Peplum Hijau

Saje lah test topi osem ni. Sesambil nak tunjuk baju KakJojes yang hijau mak kau hijau tu. 

Baju peplum tu lama dah siap tapi idak la sempat nak pakainya. Maklongla, pakai baju ni ekot mood.
So bila ramai tanya hijau mana hijau mana.
Maka pakai la jugak hijau kaw kaw ni.


Eh, masuk pulak warna topi dengan baju kitorang. 😂😂😂 

Orang cakap songket buat kebaya saja lawa. Siapa cakap?
Ramai kata lawa KakJojes buat peplum ha. 
Pergi bank pon ada tegur kata baju beli kat mana.
Tempah diknon.
Saiz kakJojes ni macam tiang bergerak.
Kena custom made. 😂😂😂

Mana KakJojes beli kain?
Detail ada kat bawah.

Kain songket : Kain Pasang Nadimora.
Tailor : Puan Eqin Azizan
Nama baju : Songket Peplum

Atau boleh ke blog 
www.nadimorana.wordpress.com

Kalau nak tengok banyak banyak kain sampai rambang mata lah.

Psssttt, cantik ke idok????
Okbai.

#kakjojesatwork #ootd

Thursday, May 18, 2017

Tips Bahagia

Tips bahagia.

Orang tak suka kau? Biarkan. Mereka bukan hidup untuk suka kau. Dan kau pun bukan hidup nak suka orang. Tak hidup dek puji. Tak mati dek maki. 😉

Regards,
Classy woman.
KakJojes.

#sharing

Wednesday, May 10, 2017

Clear wardrobe. Murah murah!


Nampak tulis apa situ?
KakJojes nak clear wardrobe! Hoho..

Bila weekend, kemas kemas la open closet ni.
Nampak macam menjerit jerit dah tempat penyangkot baju tu.
Jadi KakJojes nak jual as pre loved murah murah baq ang..

Kebanyakan baju KakJojes pakai sekali, pahtu boring.
Dan ada jugak sebenarnya dah tak muat.
😒😒😒😒
Ada jugak tak pernah pakai sebab masa beli tak fitting.
Perasan muat.
Nah kau, rasakan.

Okeh, jadi nak raya ni mari clearkan wardrobe!
Zasssss!

1. Norie Signature Jubah


🌷 Saiz M
🌷 Warna Soft Pink
🌷 Bahu 16"
🌷Dada 36"
🌷Labuh baju 57"
🌷Kain lembut dan mudah gosok
🌷RM 35 belum masuk postage

Sebab nak letgo : KakJojes dah tak muat. 
Sekarang badan naik dengan gembira. Kahkahkah.

Contoh di badan.



2. Jubah Dress Pink Peach


🌷 Saiz M
🌷 Warna Pink Peach
🌷 Bahu 16"
🌷Dada 36"
🌷Labuh baju 141 cm
🌷Material chiffon dan mudah gosok
🌷RM 30 belum masuk postage

Sebab let go : takmo pakai dah. Huuu..

Contoh kalau dah pakai.



3. Jubah Cotton Baby Blue


🌷 Saiz M
🌷 Warna Baby Blue
🌷 Bahu 17"
🌷Dada 38"
🌷Labuh lengan 21.5"
🌷Labuh baju 54"
🌷Kain lembut dan mudah gosok
🌷RM 20 belum masuk postage

Sebab letgo : Senteng. Pakai sekali saja.


4. Jubah Stripe


🌷 Saiz S fit to M
🌷 Warna Biru Gelap
🌷 Bahu 14"
🌷Dada 33"
🌷Labuh lengan 23"
🌷Labuh baju 56"
🌷Tak perlu gosok
🌷RM 20 belum masuk postage

Sebab letgo : Dah meninggi. So rasa macam pergi sawah. Pftffttfttt..Baru pakai sekali..

5. Jubah Biru Gelap


🌷Saiz S fit to M
🌷Warna Biru Gelap
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 16"
🌷Labuh baju 56"
🌷Dada 40"
🌷Labuh lengan 23"
🌷Ada poket
🌷RM 20 belum masuk postage

Sebab letgo : Taknak pakai dah. Sebab rasa macam senteng juga.. Adehhlaa.😅😅

Gambar masa belum meninggi.😂😂



6. Jubah Dress Princess Cut Maroon Kelabu


🌷Saiz S fit to M
🌷Warna Maroon Kelabu
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 16"
🌷Labuh baju 55"
🌷Dada 34"
🌷Labuh lengan 24"
🌷RM 25 belum masuk postage
🌷Material Sretchable dan sejuk
🌷Princess cut

Sebab letgo : Ketat. Membesar dengan jayanya. Hahahahha..

Gambar kurus dulu.



7. Jubah Dress Princess Cut Bunga Pink


🌷Saiz M
🌷Warna tanah hijau gelap
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 16"
🌷Labuh baju 59"
🌷Dada 34"
🌷Labuh lengan 24"
🌷RM 25 belum masuk postage

🌷Material Sretchable dan sejuk
🌷Princess cut

Sebab letgo : Dah tak pakai. 

8. First Lady Baju Kurung Cutting


🌷Saiz S
🌷Warna Royal Blue
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 14"
🌷Labuh baju 38"
🌷Dada 36"
🌷Labuh lengan 23"
🌷Pinggang 26"
🌷Punggung 38"
🌷Labuh Kain 39"
🌷RM 15 belum masuk postage

Sebab letgo : tak muat..Geram betul. Itulah, asyik makan sajeeeeee..😁😁😁😁

9. Baju Kurung Moden Ungu


🌷Saiz M
🌷Warna Ungu Lembut
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 15"
🌷Labuh baju 34"
🌷Dada 36"
🌷Labuh lengan 22.5"
🌷Pinggang 30"
🌷Punggung 38"
🌷Labuh Kain 40"
🌷RM 25 belum masuk postage

Sebab let go : Almari dah penuh. Baju ni KakJojes tempah. Ekot ukuran KakJojes. Pernah pakai masa Mess Dinner tau. Ouchhh!

Gambar mess dinner. Masa ni nampak kembung sikit sebab tengah pregnant. 😂😂😂



10. Baju Kurung Pahang Gene Martino


🌷Saiz S
🌷Warna Kuning Mustard
(warna berbeza sedikit atas faktor pencahayaan)
🌷Bahu 14"
🌷Labuh baju 38"
🌷Dada 36"
🌷Pinggang 26" to 29"
🌷Labuh Kain 38"
🌷RM 40 belum masuk postage
🌷Kain kipas belakang
🌷Condition 10/10

Sebab let go : Tak muat! Perasan kurus. Tu la sebabnya. Pakai? Sekali je. Kain tak pakai sebab tak muat. 😒😒😒


11. Kebaya Cotton Leher Mandarin


🌷Saiz M
🌷 Material : Cotton Lembut
🌷Warna Biru Laut
🌷 Bahu 15.5"
🌷 Dada 34"
🌷Labuh lengan 22"
🌷Labuh Baju 36"
🌷Pinggang kain 28"
🌷Punggung 36"
🌷Labuh Kain 38"
🌷 Mudah gosok

Sebab let go : Tak muat! grrrr! 


12. Baju Kurung Jakel


🌷Saiz : S fit to M
🌷Warna Hijau
🌷 Bahu 15"
🌷Labuh lengan 23"
🌷Labuh Baju 39"
🌷Pinggang 28"
🌷Labuh Kain 39"
🌷 kain lembut dan mudah gosok

Sebab let go : Takmo pakai dah. 


13. Baju Kurung Moden Pua Kumbu


🌷Saiz XS
🌷Warna Biru Gelap
🌷 Bahu 13"
🌷 Dada 30"
🌷 Labuh lengan 19"
🌷Labuh Baju 27"
🌷Pinggang 24"
🌷Punggung 34"
🌷Labuh Kain 36"
🌷 Condition 10/10

Sebab let go : Dah tak muat. Membesar dengan jayanya. Kahkahkah.


14. Blouse hitam 


🌷Saiz S
🌷 Material : Chiffon
🌷Warna hitam
🌷Bahu 13"
🌷Labuh Baju 29"
🌷berbutang
🌷RM 12 belum termasuk postage

Sebab letgo : Tak muat. Grrr..


15. Blouse Emerald 


🌷Saiz M
🌷 Material : Crepe
🌷Warna emerald green
🌷tak pernah pakai
🌷RM 15 belum termasuk postage

Sebab letgo : Tak kena dek jiwa. 😂😂😂


16. Blouse Pink ala Nealofa



🌷Saiz S fit to M
🌷Warna pink lembut
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 24"
🌷Labuh lengan 21"
🌷RM 20 belum termasuk postage

Sebab let go : Tak pakai. Rasa ladies sangat. 😂😂😂😂

Pakai skali je.



17. Peplum Hitam Gold


🌷Saiz S
🌷Warna hitam gold
🌷Bahu 13"
🌷Dada 28"
🌷Labuh Lengan 22"
🌷Labuh Baju Depan 20"
🌷Labuh Baju Belakang 28"
🌷Pinggang 26"
🌷RM 20 belum termasuk postage

Sebab let go : Sekarang pakai dah ketat. Somi tak bagi. 😘😘😘😘



18. Peplum Ungu 


🌷Saiz M
🌷Warna ungu gelap
🌷Bahu 16"
🌷Dada 36"
🌷Labuh Baju 26"
🌷Labuh lengan 21"
🌷 Pinggang 34"
🌷RM 15 belum termasuk postage
🌷ada tali untuk ikat di belakang

Sebab let go : Tak pakai dah. Wuuuu..


19. Blouse Pochahontas 


🌷Saiz S fit to M
🌷Warna biru
🌷Bahu 14"
🌷Labuh Baju 29"
🌷Labuh lengan 23"
🌷RM 12 belum termasuk postage

Sebab let go : Tak pernah pakai dan tiba tiba tak berkenan. 😂😂😂😂


20. Blouse Merah



🌷Saiz M fit to L
🌷Warna merah
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 26"
🌷Dada 38"
🌷Ada zip di belakang
🌷RM10 belum termasuk postage

Sebab let go : besar sangat pulak rasa..😆


21. Sleeveless blouse kuning


🌷Saiz XS fit to S
🌷Warna kuning bunga bunga
🌷Material chiffon
🌷Bahu 13"
🌷Dada 32"
🌷Labuh Baju 24"
🌷RM 5 belum termasuk postage

Sebab let go : Tak pakai dah..


22. Sleeveless Belang Belang


🌷Saiz S
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 22"
🌷Dada 34"
🌷RM 5 belum termasuk postage


23. Couple set Tshirt


🌷Saiz S dan M
🌷Warna biru kotak kotak

Lelaki
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 25"

Perempuan
🌷Bahu 11"
🌷Labuh baju 22"

🌷RM 15 belum termasuk postage

Sebab let go : Semua dah tak muat..Membina badan betui..😂😂😂


24. T shirt ropol leher


🌷Saiz S
🌷Warna pink ungu
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 29"
🌷RM 10 belum termasuk postage


25. T shirt lengan panjang putih


🌷Saiz S
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 28"
🌷RM 7 belum termasuk postage


26. TShirt Putih


🌷Saiz M
🌷Warna putih
🌷Bahu 15"
🌷Labuh Baju 28"
🌷RM 7 belum termasuk postage


27. Cardigan kelabu gelap


🌷Saiz S
🌷Warna kelabu gelap
🌷Bahu 14"
🌷Labuh Baju 20"
🌷Labuh lengan 18"
🌷Lengan quarter
🌷Butang di depan
🌷RM 10 belum termasuk postage


28. Cardigan butang bawah


🌷Saiz XS
🌷Warna kelabu gelap
🌷Bahu 13"
🌷Labuh Baju 14"
🌷Boleh butang
🌷RM 5 belum termasuk postage


29. Cardigan Kelabu


🌷Saiz XS
🌷Warna kelabu terang
🌷Bahu 14"
🌷Butang atas hanya hiasan
🌷cardigan separuh
🌷RM 5 belum termasuk postage


30. Cardigan hitam


🌷Saiz XS
🌷Warna hitam
🌷Bahu 13"
🌷cardigan separuh
🌷Material cotton
🌷RM 5 belum termasuk postage

Sebab let go : Tak muat. Heeee..


31. Skirt labuh bertalipinggang


🌷Saiz M
🌷Labuh Kain 42"
🌷Pinggang 28"
🌷A cutting
🌷tak jarang dan tak panas
🌷RM 15 belum termasuk postage

Sebab let go : takmo pakai skirt dah..😂😂😂😂



32. Skirt labuh chiffon


🌷Saiz M
🌷Labuh Kain 43"
🌷Pinggang 27"
🌷Navy blue
🌷Material chiffon
🌷A cutting
🌷tak jarang dan tak panas
🌷RM 20 belum termasuk postage

Sebab let go : tak pakai. Rimas. 😂😂😂


33. Seluar kotak kotak


🌷Saiz M
🌷Labuh Seluar 42"
🌷Pinggang 28"
🌷tak jarang dan tak panas
🌷RM 15 belum termasuk postage

🌷 🌷🌷🌷

Rasanya itu dulu la kot..
Kalau ada berkenan kau orang whatsapp je KakJojes di 0134804519.

Kalau ada lagi nak let go KakJojes habaq na..
Okbai..