CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 30, 2017

Setengah tahun

Setengah tahun.

Esok, dah 1 Julai. Tidak pula rasa dah setengah tahun. Kalau kau hidup gembira, kau takkan pernah pun menyesal dengan masa lalu.

Tuhan itu Maha Kaya. Diberi apa yang kau perlu. Bukan apa yang kau mahu. Tinggal kau saja mahu syukur atau kufur. Rezeki pula, bukan takat kau boleh tukar baju raya baru, kesihatan yang baik pun rezeki yang kau perlu tahu. Bukan juga berapa orang anak kau mampu beri. Berapa ramai cucu kau boleh susuni. 

Hidup ini, ada turun naik. Kau selesa, kau gembira. Kau tak suka, beredar saja. Hati kau, kau jaga sendiri. Orang lain? Apa peduli. Hiduplah dalam realiti. Bukan drama macam kat TV.

Redha pula, mudah diucapkan. Nak buat MasyaAllah, tidak sesenang ucapan. 

Kawan kawan, hidup ini  #bukantentangkita saja. Ia tentang #kisahkutaksempurna. Apa kau dah sumbangkan, apa kau dah korbankan, simpan kejap-kejap. Teladan ada disekeliling kau. Samaada kau nak lihat ia sebagai pengalaman, atau kau buat buat tak faham. Hidup ini kan, pilihan.

Hello Julai. Please be nice to me kata orang Jawa. 😉

Aimi Nadiah Ramli
Bukan Penyanyi Korban Cinta


#kakjojesbebel #nadearamly

Sunday, June 18, 2017

Baju raya dah sampai. Yay!

Turun turun surau hari jumaat haritu, dah ada bungkusan atas meja.


Hah! Sampai dah.
Abaikanlah nota tu.
Nakal anak bebuah KakJojes ni.
Kahkahkah..

Yay! Dah ada baju raya!
Mekaseh kak Kin tailor KakJojes yang osem!
😘😘😘

Haah, tailor KakJojes yang kat Kedah nun.
Jauh tak? Kihkihkih..
Okbai.

#raya

Apa kau orang dapat dengan RM60?

Kau orang ada RM60 kat tangan. Nak singgah bank, malas. Jadi gunakan RM60 tersebut untuk beli barang barang dapur. Apa yang KakJojes dapat dari RM60 tersebut?

Untuk barang basah, KakJojes dapat udang besar RM10 (sekilo rm50), sotong RM14 5 ekor (sekilo RM28) dan ketam 3 ekor RM10. (Sekilo RM23).


Yang lain KakJojes beli ikan bilis dah kopek RM 10. Tempe dua ikat, ulam daun selom seikat dan cili merah 7 biji jumlahnya RM 5. Kacang bonces, karot sebatang dengan cauliflower pula KakJojes dapat RM 6. 

Dan paling penting, cili api hijau yang buat sambal hantu haritu dalam setengah kilo (agaknya) dan sebungkus cili burung RM 1 berserta pucuk gajus dengan jumlah RM 5. Cili burung ni yang kecik kecik kontot kontot tu. KakJojes taktahu la kau orang panggil apa.

Barang barang ini insyaAllah tahan maksima empat ke lima hari kalau KakJojes rajin masak. Kalau malas, makin panjang la masa tu. Kahkahkah.

Kalau ada orang kata, beli saja. Jimat pun jimat. KakJojes senyum saja. Kalau suka beli dan lebih mudah, buatlah. Kalau suka masak sendiri, teruskanlah. Selera kita kan berbeza.

Nota : Membeli berpada pada ya. Masak? Jangan berkira. 

Aimi Nadiah Ramli
Pengurus Rumah Separuh Masa

#kakjojes

Sampul Raya DIY

Semalam, ternampak kawan KakJojes share cara buat sampul raya DIY dari kertas pembalut hadiah dekat FB beliau. Saja lah baca dan tengok sampai habis. Menarik juga.

Pagi tadi lepas sahur, sambung la kemas apa yang patut. Sekali terjumpa lebihan pembalut hadiah segulung! Kachinggg!! Apa lagi. Kita DIY kan la jadi sampul raya.

Taraaaaaa!!! Baru dapat 5 keping. 5 keping kalau beli dah seringgit. Segulung kertas pembalut hadiah boleh dapat 12 keping sampul raya. Kau orang beli kertas pembalut yang tiga gulung seringgit tu. Jimat! Lain dari yang lain pun, ya.


Kau tengok. Ada ucapan congratulation lagi. Congratulation sebab dapat duit raya agaknya. Kahkahkah..

Nampak. Sama tak osemnya dengan sampul raya kuning Gene Martino tu? Ouchhh!

Nota : Tak banyak dapat sampul raya tahun ni. Semua nak jimat. Maka, buat saja sendiri. Hohoo..

#kakjojesdiy #sampulrayadiy

Thursday, June 15, 2017

Ramadan 18 : Cendawan Goreng Tepung

Ini sajalah. Tekak tengah perit. Padahal lama dah tak pergi karoke. Selera pun kurang. Boleh kurus ni. Kahkahkah..


Okeh tipu. Tepi tu ada semangkok sup ikan merah. Dan nasik. Okbai.

😘😘

#kakjojesmasak #ramadan18

Ketupat riben

Saja lah cubajaya. Maklumlah setahun sekali anyamnya. Ini kan warisan kita. 

Teringat masa zaman di MITCO Petronas dulu. Ada pertandingan menganyam ketupat. Masa itu, KakJojes peserta termuda. Masa itu lah. Kahkahkah. Dan mendapat tempat kedua. Ke pertama tah. Lupa.

Bangga juga la bila orang kata, eh, kau pandai menganyam? Ingat tau bergaya je? Iyalah. Dulu, rambut perang macam jambul jagung. Skirt kau tak pendek, tak sah. Kasot kau, kalau tak tinggi, bukan Emi lah. Mana lah orang percaya kau pandai menganyam ketupat ala ala gegadis desa. 

Emak lah ajar dulu. Gigih duduk sebelah emak. Tanya tanpa bosan. Emak pun, layan saja lah. Punya lah sabar emak agaknya. Kahkahkah.

Alhamdulilah dah kerja banyak tempat, ada la juga hasil tangan KakJojes bila tiba hari raya. Walaupun tak la hebat mana, boleh la kongsi ilmu dengan yang lain.


Ini KakJojes panggil ketupat bawang. Kat tempat kau orang, panggil ketupat apa?

#kakjojesmenganyam #ketupat

Ramadan 17 : Sotong Goreng Kicap

Weekend weekend selalunya masa untuk mengemas rumah la kalau kau orang bekerja.

Jadi weekend yang panjang haritu KakJojes ambil masa untuk kemas level bawah rumah yang besar gedabak tu. Wuuu.

Bayangkanlah bulan bulan puasa.
Tercabar betul rasa.
Tapi masak jangan dilupa. 
Kahkahkah.

Maaflah. Gambar goyang. Lapar sangat. Bersilat sental lantai dari dapur sampai garaj dari pagi sampai petang. Ini sajalah ha dengan nasi panas. Alhamdulilah syukur. Syukur ada tenaga nak masak lagi. 


Tabahlah.wuu..😭

#kakjojesmasak #ramadan17

Wednesday, June 14, 2017

Langkawi Surprise Heart..

Ada la kawan kawan tanya. 
Macamana nak buat kejutan untuk yang tersayang walaupun jauh diseberang lautan?

Lah.
Senang je dik non.
Delivery surprise sekarang ni banyak dah orang buat.
Kau tinggal contact dan deal serta pilih pakej mana kau orang nak.
Jangan la laki kau kat Pahang kau pergi upah surprise dekat Kedah pula.
Beragak sikit. Kahkahkah.

Idea membuat kejutan kepada somi tercetus sehari sebelum anniversary kami.
Itu pun tanya anak buah.
La hai.
Nampak tak, tak romantiknya KakJojes ni.
Huuu.

KakJojes cari di Facebook je.
Terus jumpa yang ni.


Dan KakJojes pun PM (personal message)..
Admin mohon tinggalkan no fon untuk mereka contact semula melalui whatsapp.

Weh!
Tak lama tu terus dapat pakej berserta harga sekali.
Dan diperkenalkan diri sebagai Kak Yanti.
Pantas!

KakJojes belek belek pakej mana best dan sesuai di bulan puasa ini.
Karang amik pakej kek, puasa.
Meleleh je air liur karang nengok kek tak boleh dimakan.
Kahkahkah..

Dengan Kak Yanti ni mudah betul urusan KakJojes.
Beliau bagi pakej, kakJojes pilih.
Kakjojes mintak nombor akaun.
Terus bayar.
Serius weh!
Mungkin sebab KakJojes bukan fussy customer. Ouchhh!

Selesai urusan semua, esoknya pada hari kejadian Kak Yanti whatsapp.


Kau nampak? Cergas!
Pantas! 
Berwibawa.
Hihihi..

Hantar sekali gambar jambangan bunga berserta cokelat untuk tatapan KakJojes yang jauh.
Gitchewww..

Dan KakJojes dirumah menunggu dengan sabar.
Teka teka jugaklah apa reaksi suami.
Misti kelako.
Hahahhaa.

Sekali, dapat whatsapp dari KakYanti.
Gambar somi pegang belon dan jambangan bunga tadi.
Wowwww!!
Dah selamat sampai.
Dup dap dup dap pulak rasa.


Tak lama kendian, dapat whatsapp dari somi pulak..

"Cukkkk!"

Katanya.

Alamak. Nak marah ke apa ni..😂😂😂
perasaan takut mula menyerang.

"Happy anniversary sayang. Terima kasih surprise ni. Next time, takmau tau. Seorang suami tak perlukan benda camni. Suami hanya mahu isteri yang setia dan menyayangi suaminya.."

Fuh!
Ingat nak marah.😂😂😂

Dan KakJojes balas.

"Setahun sekali somi. Apa lah sangat. happy anniversary too..😘😘😘😘"

Sikit sikit udah la kan.
Karang muntah pulak korang baca conversation kitorang.
Bersemut handphone karang.
Kahkahkah..

Kesimpulannya, surprise ini berjaya.
Dan tahniah diucapkan kepada Langkawi Surprise Heart iaitu Kak Yanti yang superduper osem.
Semoga Kak Yanti dimurahkan rezeki lagi.
Amin ya rabb..

Menggembirakan orang lain itu kerja mulia tahu?
😉


Alahaaaai.
Tersenyum simpul suamiku itu.
Hahahaha..

Kesimpulannya, KakJojes tersangat puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Langkawi Surprise Heart ini!
Keep it up!
Dont give up!

Boleh ke Facebook mereka atau ke blog mereka di
http://langkawi-surprise-heart.com/

Nota : Depa kata ucapan KakJojes brutal.
😂😂😂😂 

Doakan kami dipermudahkan semua urusan ya. Terima kasih. 😘😘😘

Happy anniversary somi!

Happy anniversary somi!

Suprise menjadi walaupun pada mulanya nak kantoi sebab pergi tanya beliau kerja ke tak esoknya. Padahal memang hari Sabtu, suami kerja. 

Eh, pelik ni tiba tiba tanya katanya. Terus la KakJojes kaber cecepat. Fuh! Selamat. Kahkahkah.

Saya tak ada hadiah istimewa mahupun mahal untuk anniversary kita, cuma saya mampu buat ini saja untuk kamu somi. Nak ajak candle light dinner jauh sekali. Maka, saya kautim dengan Kak Yanti di sana. 

Terima kasih Langkawi SURPRISE HEART atas perkhidmatan yang terbaik, cekap dan pantas! Sehari sebelum pula tu KakJojes request. Terus up jadi. Serius terbaik! Recommended! KakJojes sangat gembira..😘😘😘😘 


#anniversary #somi #10062011

Tuesday, June 13, 2017

Ramadan 16 : Soda Herbs katanya..

Panas lit lit..

KakJojes buat air ni. Katanya nama nya air soda herba. Gitulah.


Bahan bahannya?
Satu tin laici buah.
Serai.
Lemon.
Daun pudina.
Air soda bikarbonat.
Asamboi.
Ais batu.

Camana nak buat?
Titik serai.
Bukak tin laici dan campurkan semua bahan dalam satu bekas.
Last skali, letak ais. 
Gaul rata.

Tunggu waktu berbuka dan, hiruplah dengan tenang.
Nyamannn.

 Lauk? Sambal udang.
Sayur bayam. 

Selamat berpuasa. 😘

#kakjojesmasak #ramadan16

Sunday, June 11, 2017

Ramadan 15 : Sambal kuinin vs sambal hantu

Sempena anniversary semalam, semua tema pedas pedas. Oh, dalam mangkuk hujung nun asam pedas. Kahkahkah.


Itu dessert. Puding mangga. Air sunquick sejuk bancuh sendiri. 

Nak masak apa lah harini pulak?
Hmm.

#kakjojesmasak #ramadan15

Saturday, June 10, 2017

Ramadan 14 : Spageti Carbonara Pedas

Balik kerja semalam, terus pergi potong rambut. Cuci rambut sekali. Sekali di offer cuci muka pula. KakJojes ok saja. Alang alang.
Bukan selalu.

Sambil sambil tu, dok la fikir nak masak apa.
Nak menyinggah beli barang,malas. Karang tak sempat masak. Nak drive-thru, amboi kau hehari nak drive-thru, muntak monggek la nanti.

Terus decide balik saja,masak apa ada kat dalam peti ais. Nah kau. Jadilah ha.


Nama kemain. Spageti carbonara pedas. Siap ada sayoq. Fishcake, fishball. Cili padi toksah cakap. Tak tinggal punya. Rasa, entah. Kahkahkah..

Esok nak masak apa pulak lah.
Hmm..
Okbai.

#kakjojesmasak

Friday, June 9, 2017

Ramadan 13 : Mashwi Foldover Beef

Ramadan ke 13, KakJojes takde mood nak masak.
Sebab macam macam hal pula kat pejabat.
So otak pun dah penat.
Badan pun dah lesu.
CikJojes pon belom mandi.
Balik kerja bawak Cik Jojes mandi.
Baru la nampak licin bersihnyaaa..

Lepas tu apa lagi?
Drive-thru la apa lagi.


Korang ingat tak jem?
Jem oii!
Kahkahkah..

Nak tahu apa hasilnya?
Taraaaa..


Kawan kawan tanya.
Kenyang ke Nad?
Gila tak kenyang.
Kan nak kurus.
Nak diet.
Kahkahkah.

Okbai.

#kakjojestakmasak

Thursday, June 8, 2017

Ramadan 12 : Mee Goreng

Lauk apa taktahu nak masak. Goreng mee saja lah. Mee goreng basah tak basah sangat versi KakJojes. Nampak tak, nama pun dah panjang. Kahkahkah..

Balik kerja jam 4.30 petang. Singgah pasaraya TF dan beli barang laju laju. Masa ini kau rasa duit kau selamat saja sebab kau perlu beli barang yang perlu saja. Sampai rumah kau campak selendang kat sofa, kau bersilat lah kat dapur sedia bahan masak.

Lepas itu, mandi, solat rehat ambil napas, pukul 7 kau campak saja dalam kuali. Goreng dengan penuh kasih sayang dan hidang dengan hati yang besar, tanda kau berjaya lagi masak hari ini.

Tunggu waktu berbuka sambil kau doa lah apa yang kau orang mahu. Kata orang, berdoalah sebelum berbuka.☺


#kakjojesmasak #ramadan12

Wednesday, June 7, 2017

Ramadan 11 : Ikan masin dengan kobis masak lemak

Ramadan ke 11, lauk sempoi lagi. Sayur kobis masak lemak dengan ikan masin goreng tabur cili bawang. Perah limau sikit atas ikan. Meleleh air liur rasa. Kahkahkah.


Syukur!!. 😘😘😘

#kakjojesmasak #ramadan11

Ramadan 10 : Sambal belacan kuinin

Rezeki hari Isnin itu hari, kawan pejabat bawa dari kampung.
Dari pagi bau nya menggugat iman.
Siap buat perfume kereta sekejap la dek menyinggah ke Tesco membeli cili besar tadi. Gigih!

Sampai rumah, apa lagi. Cili besar, bawang besar dan cili api KakJojes sangai atas kuali dulu. Mak kata, tahan lama sikit sambalnya nanti. Dan tidak lah bau cili mentah. Gituw.

Belacan pula, kakJojes bakar. Kemudian, kau orang kisar dalam pengisar Panasonic kau tu bersama bawang dan cili cili yang dah kau sangai tadi. KakJojes masukkan sebiji kuinin yang dah dipotong dan kisar bersama. 

Sebiji lagi kau orang potong potong saja. Bahan kisar kau orang tadi, nah, campur sekali dan gaul rata. Letak gula dan garam sikit. KakJojes tak letak. Belacan KakJojes dah masen. Huhuk. Taraaaaa! Siap dah.


Ada isi ikan sikit tadi KakJojes goreng saja.

Entah kuini ke, kuinin, KakJojes tak pasti. Asal bunyi pun ok la kan. Kahkahkah.

KakJojes tak berapa pandai masak. Resipi yang KakJojes kongsi ni pun hasil carian Google. Dan cuba cuba sendiri. Jadi kau orang boleh cubajaya sendiri ikut citarasa kau orang okeh? 😉

Rajin KakJojes masak? Tepuk perut, tanya tekak. Nak beli di luar yang belum tentu kena selera atau nak masak sendiri dan kemudian terdampar kekenyangan? Okbai. 

Selamat berbuka semua. 😊

#kakjojesmasak #ramadan10

Tuesday, June 6, 2017

Ramadan 9 : Badak berendam. Mana badaknya?

Ramadan ke 8 itu hari.
Dengan nasi arabnya. Dengan popia nya.
Dengan cocktail nya.

Ramadan ke 9 pula dengan tomyam, bubur nangka, tauhu sumbat.
Ini nak buat kek durian pula katanya.
Pinsan makan banyak banyak. 😂😂😂


Nampak badak tak? Bagus.. 😁

#theramlis #family

Ramadan 8 : Nasi Arab katanya..😅

Dah macam tradisi, bila semua adik beradik balik, dapur emak, kami yang ambil alih. Katanya nak masak nasi arab hari ini. 

Kakak dia jaga troli, adik adik pergi cari barang yang masih belum lengkap. 
Bijak tak?
Kahkahkah.


Aih..aiskrim belakang ni menggoda betui.😅😅

Gambar nasi arabnya mana?
Al kesah nasi arabnya terlebih arab pula.
Kahkahkah..

Nanti la buat lain,snap lain.
Okbai.

#kakjojesdanadikberadik

Ramadan 7 : Air masak

KakJojes takdak lauk berbuka nak tunjuk Ramadan ke 7 haritu. Tapi KakJojes boleh tunjuk jalan untuk berbuka di hati KakJojes.
Cia cia cia..


Okbai.

Lepas habis kerja.
Shoot terus balik.
Sampai rumah mak jam 7.45 malam.
Syukur alhamdulilah.

Itulah kau.
Ada keluarga, baliklah.
Duit boleh cari.
Mak ayah?
Tiada galang ganti.

Balik rumah mak je, badan naik.
Lauk meriah betui!

Puasa pun tak kurus cemana lah.
Uwaaa..

#kakjojesbalikkampung

Kurta ke jubah?

Hari Jumaat haritu, tengahari kan rehat lama.
Kawan opis pula kata kebaya ada murah murah kat AEON.
So, KakJojes ajak la depa pergi.
Maka kami berempat bergerak la ke AEON.

Kebetulan KakJojes nak cari kurta.
Somi KakJojes jenis tak kisah. Jadi, bab baju semua serah bulat bulat dengan kita. Kita yang jadi bini pon pening. Lebih sadis, saiz laki sendiri pun kau lupa dah kenapa emi nadia. Kahkahkah.

Katanya nak jubah. Kurta pun ok. Dah lepas tu KakJojes kompius pulak. Oh la somi. 😂😂😂😂

Korang rasa jubah ke kurta ok?


Lepas dapat baju yang diinginkan, kami meneruskan pencarian baju raya di kedai kedai menjual baju raya.
Takkan pergi kedai beskal pula kan.

Dok la pergi satu kedai ke satu kedai.
KakJojes still tak jumpa baju yangnberkenan dihati.
Huhuhuk.

Tak apalah.
Tak ada rezeki.
Kawan KakJojes jumpa baju yang dia nak.
Dia fitting, kami berselpi lah.
Hahahak.


Kahkahkah.

Pantang nampak cermin!
😅😅😅

Monday, June 5, 2017

Ramadan 6 : Ikan selar goreng dengan cili kicap

Tengah pilih kacang panjang nak buat masak berbuka kononnya, KakJojes disapa wanita sebelah yang sedang asyik memilih kacang boncis. 

"Nak masak untuk berbuka ke tu?" Tanyanya.

Kakjojes menoleh ke wajah empunya suara lalu tersenyum manis.."Ya kak."

"Baguslah muda muda rajin masak. Esok kawen, senang. Orang laki ni kena jaga perut dia. Jangan dok makan luar je. Esok laki makan luar, ha, tak ke naya."

Baru je KakJojes nak jawab, beliau berkata lagi.

"Budak budak sekarang, nak kawen, seronok seronok. Tanggungjawab tah kemana. Tu yang banyak kes cerai berai. Masa bercinta dok berkepit semedang, kentut pon wangi, dah kawen, tak sampai setahun sebok nak bercerai. Tak tahan kononnya. Takut akak dik."

"Ya kak." KakJojes sengih. Ini kalau tak ada penutup perbincangan ni, ada yang berbuka kat sini karang.

"Esok kalau adik kawen, jangan harap kat laki semua. Lelaki sekarang bukan boleh harap. Akak ni nasihat je tau. Jangan rasa akak nak menyibuk ke apa ke.Tapi ingat tau. Kena taat dengan suami. Baru suami sayang. Eh, adik dah kawen ke? Rugi la, lawa lawa selim melim pandai masak lagi camni tak kawen lagi. Masa muda gini la nak beranak banyak banyak." katanya sambil jeling bakul KakJojes.

Okeh, tetibe nak sentap tang beranak tu. Boleh? 

Kemudian, beliau berkata lagi.

"Akak ni lain la, belum kawen lagi. Limited edition katanya. Hahhaa. Eh, lawa baju. Beli kat mana?"

.

Ujian sebenarnya. Nak tengok kau orang sabar ke tak. Penyudahnya, tak beli pun kacang panjang. Sebab dah tak boleh fokus. Hahahahha. Berubah lagi menu berbuka.

Ikan goreng dengan cili kicap diiring sup sayur bebola ikan untuk berbuka pada Ramadan keenam. Alhamdulilah. Cukuplah. Membazir amalan syaiton! Okbai.


#kakjojesteruji #kakjojesmasak