CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 30, 2017

Hanger shawl DIY

Hanger shawl.


Haritu, beli dua. Tak cukup. Pergi DIY cari lagi. Tup tup, warna biru tinggal dua. Terus beli tak fikir apa. Jadilah, buat sangkut shawl selai dua. Ini pun, malas nak melipat sebenarnya. Maka, kita gantung semua. Kahkahkah.

Satu penyangkut boleh letak enam belas helai. Setiap satu barisannya muat tiga atau empat shawl. Ada empat barisan, maka enam belas jumlahnya. KakJojes beli di DIY. Harga satu RM 4.30. 

Untuk masa ini, cara ini sahaja yang sesuai untuk KakJojes yang tak berapa rajin mengemas ni. Nantilah, kalau ada idea lain yang lebih jimat ruang, kita cuba. 

Oh, penyangkut ini dibalut dengan kain baldu. Jadi, kalau kau orang dah gosok shawl, sangkut saja di atasnya. Nescaya shawl kau orang pun tak melorot. Terletak menawan saja di situ. Tak perlu pakai sepit bagai. Leceh.

Jangan tanya balik ke tidak. Sentap! Kahkahkah. Okbai.

Nota : Kalau ada idea simpan shawl, kongsi kongsi ya. 😉

Aimi Nadiah Ramli
Suka Buat Shawl

#nadearamly #kakjojesbebel

Friday, August 18, 2017

'You have a memories to look back'

Alfatihah.

Bila Facebook buat notifikasi 'You have a memories to look back', ia bukan sahaja buat kita sedar akan kenangan yang dah berlalu. Tetapi juga untuk orang yang telah meninggalkan kita.

Hari ini, genap setahun arwah bos KakJojes meninggalkan kami warga JPN Manjung khususnya. Tak sedar. Tak terasa waktu sudah setahun. Al fatihah untuk arwah.


Hari ini juga, KakJojes cuti. Mahu luangkan masa bersama suami. :-)

Semoga kalian baik baik saja. 

Salam jumaat.

Aimi Nadiah Ramli
Kadang-kadang Emosi

#kakjojesmasak #nadearamly

Thursday, August 17, 2017

Jagung manis

Semalam, lori pasar tani datang.
Enam tongkol, lima ringgit.
Berlumba-lumba kami membelinya. 

Malam ini sambil cuci kuali masak sambal sotong tadi, rebus la dua tiga tongkol jagung.
Kata suami, kamu tak kenyang lagi kah.
KakJojes kata, ini kudap kudap malam.

Tengok-tengok tinggal dua kerat saja.
Lain beliau dah ngap.
Eh, tadi kata saya ya.


Manis. Sedap.
Sambil sambil tengok The Mummy Return ni.

Aimi Nadiah Ramli
Ada Geng Makan

#kakjojesmasak

Wednesday, August 16, 2017

Masak Lemak Cili Api Wan Lang

Suami request Masak Lemak Cili Api Daging Salai macam Wan Lang beliau. Alamak!

Maka, balik kerja tadi, terus pergi beli daging salai dalam peket, (KakJojes pernah cerita dulu) cili api hijau yang sedikit kedut, dan santan di pasaraya TF. Gigih!

Apa yang KakJojes ingat, Wan Lang kata cili dan bawang yang dah kisar tadi kau masak atas api sampai kering baru masukkan santan. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. 

Dan hasilnya, beginilah. Melambung-lambung KakJojes dipuji suami sebab kali ini berjaya betul masak masakan kegemaran beliau. Gila ah! Kahkahkah.


Itulah. Masak-masak ini, tanyalah dengan orang yang lebih arif di dapur. Kau yang seminggu sekali ke dapur tu, ringan-ringanlah mulut bertanya. Orang orang lama ini, banyak petuanya. Atas kau nak rajin bertanya atau buat taktahu saja.

Somi KakJojes ni, darahnya ada Negeri Sembilan sedikit. Jadi kau faham-fahamlah pedas dia nak level mana. Kau yang jadi bini pun, gigihlah layan tekak suami kau nan sorang tu. Pahala dapat, puji pujian pun dapat. Hilang semua penat bersilat tadi. Kahkahkah.

Orang kata, suami ini perlu jaga perutnya. Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Yang Suka Dipuji Suami

#kakjojesmasak

Lunch date!


Tiba-tiba somi whatsapp.

“Mini, jom lunch.”

Boringla tu kat rumah. hahahah..

Berbunga-bunga pulak kan hati si mini. Lalu membalas,

“Jom. Kat mana?”

“kat hatimu.” 

Balas si suami sambil hantar icon smiley ada love love kat mulut.

Cis!! Hahhaha. 
Sempat dia merudumkan mood bini dia nih. 
Elok je sampai, masok kereta, beliau tanya nak lunch kat mana.

Erk! Macam tak ada jawapan.

Okeh, kita pergi AEON.
Dia tanya, dia jawab.
Hah, sukati lah somi.
Kita, ekot saja. Hahahaha.

Maka, ber lunch date la dengan somi di Black Canyon.


 Sejuk sejuk ni hirup sup sedap..!
Memang order sup dengan green tea matcha hot lagi.
Sejuk weh!

Petang ni macam tak masak juga je. Kahkahkah..okbai.

#kakjojesdansomi


Tuesday, August 15, 2017

Berangan..

Berangan tanya somi, nak makan apa. Kononnya nak masak spesial la kan. Sekali dah menggigil kelaparan. Elok je beliau sampai, terus cari kedai. Kahkahkah.

Bab berangan nak masak best, bagi kat ko kan eminadia. Tak boleh la plan pun. Semedang tak jadi. Esok la keh saya masak somi. Kalau rajen..Mekasehhh! 


Nota : Jangan kejap lagi beliau ajak pergi tengok wayang udah la. 

#kakjojestakmasak

Insuran : Saja nak pesan..

Hai korang!
Pertama sekali KakJOjes nak pesan. 
Yang entri ini hanya berdasarkan pengalaman KakJojes dan kawan-kawan sendiri.
Ia hanya peringatan untuk diri sendiri dan juga rerakan sekalian yang masih ambil remeh dan tak kisah sangat ada insuran ke tak.
Maka, silalah baca dengan suci hati ye.

PEngalaman lama sangat ke nak share tu?
Khenn, boleh la nak kongsi kongsi.
Ini insuran kedua KakJojes ambil lepas surrender yang pertama itu hari.
Jadi, kita mulakan dengan bismillah okeh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau kau orang dengar insuran, misti ajet ajet kata KakJOjes jual insuran kan.
Maaf, ini bukan entri menjual
Ini entri pengalaman sendiri.
Diulang.
Pengalaman sendiri.
dan kawan kawan.

 KakJOjes bukan ejen insurans.
KakJOjes ejen kain pasang.
Kau orang cari Kain Pasang Nadimora kat Facebook dan
sila LIKE laju-laju.
Mana tahu dapat hadiah kain FREE kan.
*okeh, promot*
kahkahkah.

Okeh, ada beberapa perkara korang kena TAHU dan kena AMBIL TAHU kalau kau orang sedang atau tengah ambil insuran.
Mahupun yang baru nak ambil insuran.

Sekali lagi, baca dengan suci hati.

1. Kenali dan faham polisi betul betul

Mula-mula misti korang macam malas je nak ambik tahu sebab malas nak dengar ejen tu membebel kan. 
Dan korang rasa korang tak kisah sangat janji masa claim, duit korang dapat balik.
Jangan tak mengaku oi.
kakJojes pun begitu jugak dulu.
Tapi sebagai orang yang dah pernah ambik insuran,
KakJOjes nak nasihat jugak supaya korang kena tahu dan
ambil tahu kalau korang betul betul nak amik insuran.
Maksudnya polis polisi yang akan korang ambik tu lah.
Nak ambil untuk kemalangan ke.
Untuk sakit wanita ke.
Yang ada medical kad ke.
Yang cover eksiden ke.

Ha, itu belum masuk bajet pula.
Yang murah ke.
Yang mahal ke.

Kau orang kena faham dan hadam betul-betul.
Nak survey tanya kawan-kawan korang untuk second oponion pun tak masalah.
Sebab kau orang yang nak membayarnya khenn.

Banyak pilihan kampeni insuran sekarang.
Tanya dorang apa yang cover, apa yang tak.
Kekadang ejen ni ada yang tak jujur.
KakJojes tak cakap semua ya.
Ada.
Ada yang begitu.
Asalkan kau orang sain, cukup.

Kenapa kena tahu dan faham?
Karang kejap lagi kau mendudu je pergi hospital swasta sekali tak cover pulak siapa nak bayar?
Korang jugak kan.

Lepas tu komplen saja kerja kau.
Pergi hospital kerajaan takmo.
Belagak.
Konon-konon insuran korang tu kaber semuaaaaaaa benda la yang korang bayar tu.
Maka, tolong ambil tahu.


2. Kenali ejen anda 

Lepas saja kau orang dah mohon dan lulus polisinya,
simpan nama, nombor telefon ejen insuran korang.

Kalau korang rajen, pergi la cek betul ke dia ejen untuk kampeni insuran tu.
Selalunya takpayah cek pon takpe..
Sebab depa ni ade je update update pasal insuran depa kat Facebook kan.

Lepas tu kau orang boleh tengok testimoni depa.
Camana dia layan klien dia.
Camana dia buat awareness tuk produk dia.
Benda siasat siasat ni korang kan pandai lagi.
Tapayah ajar dah.
Kahkahkah. 

Macam KakJojes, memilih sikit.
Suka ejen yang cool.
Yang takde la macam 'menjual' sangat insuran dia tu semedang.
Takde la rasa insuran dia tu paling hebat sampai burukkan kampeni insuran lain.
Ha, gitu.

Eh, KakJOjes kan gitu.
Hahahhaha.

Jangan kenal lelebih sampai ekot pergi karoke ye.

3. Buat AUTODEBIT

Sila buat autodebit dari akaun korang siap-siap.
Tak rugi pon plus korang tak payah tengok pon duit keluar dengan jayanya.
Kahkahkah.

Maksudnya, tak la terasa sangat nak bayar cash.
hahahahaha..
Tau sangat korang tu pantang la nampak belen duit banyak lagi,
habis semua nak beli.
Pahtu lupa bayar.

Karang insuran ko lapse baru tahu.
Ada kes juga dulu tak buat autodebit, 
ejen pulak tak buat payment klien.
Padahal kita dah bayar ni oi on-time.
On-time ye.
Takde lambat-lambat.
Lepas tu dapat call pulak tiap-tiap bulan kata kita tak bayar.
Padahal?

Kita ni pulak siap memarah lagi orang yang call tu padahal dia tak salah pun.
Dia hanya menjalankan tugas.
huhuhuhu..

Dan kau pon ber husnudzon sampailah kau dapat surat yang insuran ko sebenarnya tak dibayar pon oleh ejen korang.
Haru tak? 
Haru weihhhh!!!

Ejen korang pula pergi joli duit-duit kau yang kau terlalu berhusnudzon sangat tu.
Ha, menganga kau nak tagih hutang padahal itu duit korang sendiri.
Insuran ko lapse.
Duit ko dijoli.
Kau pulak dapat surat suruh clear payment.
Serabot oii.
 
Orang sekarang berhutang mana reti malu.
Kita yang mintak hutang pulak yang malu apehal. 

Masa tu korang nak salahkan siapa?
Salahkan diri sendiri la pergi percaya.

Yela.
Dah kata kawan kan.

4. Tahu apa korang bayar

Korang kena tahu apa korang bayar.
Kena berbalik kepada poin nombor satu.
Selagi takde isu berbangkit memang kau pon bayar saja kan.
Asalkan kau pergi hospital GL kau lulus, kau pon okay saja.

Kes KakJojes, sepatutnya ada tiga polisi, tapi dapat dua saja.
Rupanya satu lagi polisi disimpan oleh ejen lama.
Bila ada lapse, ejen baru akan inform korang.
Yang korang ada tunggakan.

Dan kau pon mula heran apamenda la pulak kena bayar ni.
Padahal ko buat autodebit kan.
Tak mungkin la ada tunggakan pulak.
 
Masa tu juga kau terkial-kial nak print semua rekod transaksi
dan semak sesatu betul ke ada bayar. 
Dan sama ke tidak amaun tu. 
*baru padan muka kau*

Sekarang pun rasanya semua insuran ada hantar email notifikasi pemberitahuan samaada dah buat bayaran dan tolak dalam akaun korang ke belum.
Jadi boleh je keep track dari situ selain dari cek transaction history kat online banking korang tu. 

Ini karang orang kata, dah terhantuk baru melatah. 
Sesal kemudian tidak berguna.

Jadi kau orang kena tahu bayaran itu untuk apa.
Dan masa tu kau pon mula sedar yang kau tak ambil peduli pun payment-payment tu sebelum ni sebab kau dah banyak duit tak terkira.
kahkahkah.


5. Jangan mudah percaya dan suruh ejen buat
keputusan untuk pihak korang

Ini, malas macam KakJOjes.
Aku percayaaaaaa saja.
Iya kan apa dia cakap.
Yelah.
Kawan la katakan.

Dapat kawan hanat, nak pekena korang,
tak ke naya?
Sentiasa ada rasa tak percaya sikit walaupun itu kawan korang.
Waima kawan baik.
Sebab yang selalu kaki backstab ni kawan-kawan korang juga.
Yang tau korang ni macam mana.

Setiap kali ada apa-apa, 
suruh ejen korang bitahu korang supaya korang tak terpinga-pinga dikemudian hari.
Maklumlah, terma insuran ni banyak.

kakJOjes pon baru la harini keep in touch dengan ejen yang handle insuran KakJOjes sebab tiba-tiba kena bayar benda lain apehal kannnn..
*padan muka aku* 

Rupanya ejen lama pergi tambah satu lagi polisi.
dan tak beritahu KakJOjes.
Aiyohhh...

Jadi, tolong tanya betul-betul dengan ejen korang dan minta beliau beritahu korang sekiranya ada apa apa tambahan polisi yang korang perlu tahu.

Pastikan keputusan semua korang yang buat.
sebab korang yang nak bayar nanti tu.
Korang bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan korang tau.
Jangan sok salahkan orang pulak.
kalau pelupa sila rekod. 
Banyak makan semut kan? 


6. Tanya

Ini juga.
Tolongla tanya ejen korang sampai dia bosan.
hahahahaha.

Sebabnya rakyat marhaen macam kita ni,
dengan ekonomi macam ni,
setiap sen amatlah berguna. 

Dan opkos la kau banyak taktahu pasal dunia insuran yang orang dok takot sangat tu kan.
Jadi, TANYA.

Ejen yang baik akan jawab semua soalan kau dengan gembira
dan layan kau punya ke 'blur' an terma-terma itu dengan jayanya.
hahhhahaha..

Always get second opinion.
Ala, kau orang kan banyak kawan.
Kat Faceb0ok tu sampai lima ribu takkan satu pon tak leh jadi pakar rujuk.
Ye dak.

Saja habaq. 
Ada orang kata, malu bertanya, sesat jalan.
Dah sesat, baru nak pakai waze.
Eh!


7. Tawakal

Ini, last benda yang kau boleh buat lepas kau dah usaha dan buat semua benda tu.
Kalau jadi juga, itu memang ujian la untuk korang.
Semoga korang semua dijauhi dari benda benda tak best.
aminnn...

Kadang-kadang, 
JUmpa orang tak berapa best pun ujian.
Jumpa orang best pun ujian.
Kita kan manusia.
Mana terlepas dari ujian.

Cumanya nak pesan.
Bab duit ni tolong la ambil berat sikit.
Bukan berkira.
Tapi payahnya cari duit.
Kita saja tahu.

Dan bab makan duit tu pon nak pesan.
Tolong la jujur.
duit tu jadi darah daging kita.
Nak bagi makan anak bini laki mak pak semua.
Mana berkatnya kalau sumber pon haram kan?
Saja lah bebel. 

KakJOjes tak kata semua ejen tak jujur ya.

Ada sebilangan sahaja.
dan ada KakJojes jumpa yang betul betul commit dengan kerja mereka.

 KakJOjes amik insuran ape sekarang?
KakJojes ambil MAA Takaful dari Tuan Azzam Fadhli Roslan.
Yang cover Life, Medical dan PA.
 Coverage yang complete juga la untuk KakJOjes yang jojes ni.


Nak cerita panjang tak reti la sebab KakJOjes bukan orang insuran.


Jadi kau orang boleh la terus add beliau kat Facebook
atau hubungi terus di talian 
+6012 348 8384.

InsyaAllah beliau akan bantu sebaik mungkin.
7 tahun kerja weh.
Sama macam KakJOjes.
Layak dapat award dah.
Award kesetiaan.
dan ketaatan.
kihkihkih.

Ini gambar beliau.
*curik dekat profile whatsapp.hahahah*

Mesra disapa abam di Facebook beliau.
Pergi la stalk sekarang.
kahkahkah.

Oh ya.
Selama setahun setengah pakai MAA Takaful ni, 
Alhamdulilah, KakJOjes puas hati.
*ber insuran sejak 2011*

Haritu admitted kat Hospital Pantai Manjung sebab Pneumonia tu, 
laju je GL approve.
Alhamdulilah.

Nak cover banyak, kena la bayar banyak kan monthly.
Gitu..

Ala, kerja kerajaan pun amik insuran ke?
Terpulang.
Atas masing-masing.
TAkmo pon takpe.
Bukan KakJOjes bayar.
Korang jugak nak bayar.
hahhahaha. 

Eh, sudahlah.
nanti jumpa lagi entri lain.
boiiii.. 

Disclaimer : KakJOjes bertanggungjawab atas apa yang KakJojes tulis tetapi tidak bertanggungjawab atas apa yang kalian faham dan rasa.

Kemaskini terkini : Terus dapat bukti resit pembayaran tunggakan yang haritu tu pada hari yang sama KakJojes buat pembayaran. Gila cargas abam insuren KakJojes!