Jarum Mas.
Ada satu bukit di Kampung Jawa FRIM dipenuhi dengan rumput kehijauan sejuk mata memandang. Di kawasan atasnya dan sekitarnya pula dipanggil Kampung Jawa.
Masa kecil-kecil dulu, boleh kata setiap petang KakJojes dan rakan-rakan akan bermain disitu. Paling ingat, kami main gelongsor atas sofa yang sudah tidak digunakan lagi. Meluncur laju ke bawah kauu. Fuh! Budak-budak. Tahu seronok saja.
Dan dibukit itu terdapat satu tumbuhan yang bernama Jarum Mas. Halus saja bentuknya. Memang begini. Sama. Beza cuma warna. Dah masuk botol kan. Hahaha.
Kau cuma perlu cari dicelahan rumput-rumput dan cabut hingga akarnya. Masa itu berlumba-lumba siapa dapat paling banyak. Merangkak-rangkak lah sampai comot baju dan seluar kau.
Selepas beberapa tahun, KakJojes terjumpa minyak Jarum Mas di Langkawi masa asyik merayap-rayap seorang diri. Jauh kauu sesi pertemuan semula. Kahkahkah.
Tak fikir panjang, KakJojes terus beli. Teruja jumpa mainan masa kanak-kanak dah jadi minyak. Ini agaknya dulu-dulu depa kata boleh buat ubat.
Ubat masa kaki kau terseliuh. Ubat masa kau berguling sakit senggugut teruk. Ubat masa perut kau masuk angin tak boleh kentut.
Best ke KakJojes minyak Jarum Mas tu? Tak best tak habis lah sampai tinggal gitu. Huuuuu.
Tunjuk minyak ini, kau orang tahu apa tandanya? Kena gigih terbang balik Langkawi lah. Kahkahkah. Okbai.
Aimi Nadiah Ramli
Suka Main Gelongsor
#kakjojesbebel
No comments:
Post a Comment