CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 9, 2017

Tahniah Jabatan Imigresen Lumut!

Terkejut.

Kau datang pukul 7.45 pagi, pasport siap pukul 8.15 pagi. Osem gila!

Semalam KakJojes dan suami ke Jabatan Imigresen Lumut.
Nak renew pasport.
Nak hanimun lagi la khenn.
Kahkahkah.

Jadi kami buat research sikit bukak pukul berapa.
Bawak apa.
Pakai camana.
Kau perlulah menjadi generasi yang rajin membaca gitu.
Hahahaha.

Okeh, ini yang kami dapati semalam.

Tak perlu bawak gambar macam dulu dulu. Bawak diri, pasport lama (bagi yang ingin memperbaharui) dengan kad pengenalan saja. Nanti, kau orang akan ditanya alamat mahu tukar atau tidak. Lepas itu, tangkap gambar, bayar. Selesai. Tunggu pasport siap.

Sambil duduk tunggu tu, kau baca la apa yang ada disekeliling kau. Faham dan hadam peraturan jabatan orang. Tak faham tanya. Depa pasti bantu.

Nak pergi buat pasport, rambut tu biar hitam. Mata pun. Kanta lekap berwarna tak boleh. Kita kan orang Asia. Hah, pakai baju gelap. Tudung pun. Oh, kaca mata tak boleh juga. Muka natural.

Hodoh pun kau jugak. Tuhan bagi gitu, syukur. Lawa lawa dalam pasport nak tunjuk kat siapa? Tanya je. Okbai.

Oh lagi satu. Datang awal. Tak ramai. 7.30 pagi depa dah buka. Buang perangai suka datang last minit. Bukan saja kau saja susah nanti, orang lain pun kau susahkan sama. Memudahkan orang lain kan ke bagus.

Tahniah kepada tim Jabatan Imigresen Lumut! Terbaik lah. Pantas, efisyen, tiptop! KakJojes dan suami sangat puas hati.

Okeh, dah boleh terbang. Zaas!


Nota : RM200 untuk lima tahun. Itu super osem!!

Nota tambahan : Tak ada lagi renew RM100 macam dulu dulu. Sekarang semua renew lima tahun terus. Kan ke senang.

Aimi Nadiah Ramli
Masih Teruja

#kakjojesbebel #nadearamly

No comments:

Post a Comment