CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 20, 2017

Wangi gila!

Hadiah.

Hari ini, enam pasangan hadir untuk upacara perkahwinan. Untuk mengelakkan ke'hilang'an mood secara mendadak, KakJojes memerlukan wangian yang sedikit lain dari selalu.

Jadi, perisa Vanilla inspired by The Body Shop dicuba. Eh, rasa macam nak makan tangan sendiri. Bau sebijik macam aiskrim vanilla tu. Kahkahkah.

Macam biasa #cekgoomarkonah akan cuba menggayakan ikut sukahati dia. Lipsetik lupa pakai katanya. 😒

Untuk yang suka tukar tukar bau ikut angin, boleh buat koleksi perfume inspired ni. Mudah bawak. Mudah sembur. Dan mudah habis. Kahkahkah. 

Berapa lama tahan nanti kita tengok sampai petang. 

Kalau nak, KakJojes ada lebih. Saja beli lebih. Kau orang kan suka tanya benda yang aku beli seketui dua. Okbai.


Nota : Seronok pagi pagi dapat hadiah walaupun dari diri sendiri. 😌

Aimi Nadiah Ramli
KakJojes Yang Sibuk

#nadearamly

Friday, October 6, 2017

Sabah : Kinabalu Park

Lepas selesai di Desa Dairy Farm tadi,
Kami pun turun nak ke destinasi seterusnya iaitu Kinabalu Park.

Taraaa..



Memang ada bayaran dikenakan ya kawan kawan.




Mari kita belajar geografi!





Posing lagi lah kan.
Kahkahkah.

Laluan pejalan kaki disediakan.
Dan serius kitorang berjalan hampir 10km jugak lah.
Nasib baik KakJojes bijak.
Pakai kasot sukan.
No heels heels okeh..









Lepas penat berjalan, kami melepaskan lelah diruangan yang disediakan.
Dan ini pandangan dari atas tempat parking kereta.



Belakang tu dah mula berkabus.
Hujan pun dah mula turun sikit sikit.
Kata orang, elok turun sebelum kabus tebal.







Dah, jom balik.




Boring tak tengok gambar?
Kahkahkah.

Nasib la.
Dah nak dekat setahun peram entri.
Matilanaakkk..

#kakjojes #nadearamly

Part 1 : Hariani

"Saya letak jawatan!"

Sampul putih itu dihempas ke meja.

"Puas hati?" Tambahnya lagi. Sambil bulat merenung wanita separuh abad dihadapannya itu. Wanita itu tersenyum sinis.

"You won't go far Hariani" ujarnya mengejek.

Hariani mengetap gigi menahan marah.

Kau siapa nak kata begitu. Kau bukan tuhan. Rezeki itu rahsia Allah. Dan kau akan menyesal orang tua. Kau pasti menyesal! Hati Hariani menjerit. Dalam. Tidak terlontar.

Hariani keluar sambil menghempas pintu bilik majikannya yang kini sudah menjadi bekas majikannya. Beg tangannya di kerusi dicapai dan barang-barangnya segera dikemaskan. Dia tidak mahu lagi berada di sini, di sekeliling manusia yang penuh pura pura, dusta dan mementingkan diri. Segalanya berakhir hari ini.

"Yani.."

Satu suara menegurnya. Hariani menoleh ke belakang. 

"Ya Encik Arman." Balasnya gagap. Terkejut. Hanya Nita, satu satunya rakan sekerja yang memanggilnya Yani.

"Jumpa saya di bilik saya sekarang.." kali ini, keras suara lelaki yang dipanggil Encik Arman itu.

Hariani mengangguk angguk laju. Tanda faham.

Alamak. mati aku!

Samb..

#hariani #nadearamly


Kehidupan dan kesyukuran

Kehidupan.

Tak kisah kau siapa, kasta kau apa, latarbelakang kau apa, ada masa kau kalah dengan emosi. Kalah dengan takdir. Dan kau salahkan diri atas apa yang dah berlaku.

"Salah saya. Kenal enam bulan terus kahwin". Katanya.

Kadang kadang bukan masa penentu segala. Bukan semua salah kita. Cuma, ia tentang bagaimana kita kawal dan terima semua yang ada sekeliling kita.

Kami menerima desakan mempercepatkan keputusan permohonan tribunal kes beliau asbab tidak tahan lagi di dera secara mental oleh pasangan. Dua tahun katanya cukup menderita.

Senyum. Angguk angguk tanda faham. Mahu beri orang faham, bukan senang. Yang bukan hanya dia sahaja mengalami begitu. Bukan hanya fail dia kami selami. Dan bukan masa beliau saja diambil kami.

Kalaulah beliau tahu ada pasangan sudah 32 tahun didera emosi, fizikal dan mental, pasti beliau rasa syukur walau sedikit.

Apa lagi mahu cakap? Tak perlu. Ada perkara kau tak perlu terangkan. 

Syukur! Itu saja akan buat kau gembira harung hidup ini. 

Psst, ada orang tanya KakJojes pakai baju apa hari ini. 😂😂😂


Aimi Nadiah Ramli
Masih Syukur

#kakjojesatwork #tribunal

Thursday, October 5, 2017

Adab kat mana?

MANNER = ADAB

■■■

Mari lihat dari 5W + 1H..

Apakah yang dimaksudkan dengan Manner atau ADAB?
Mengapa ada orang TIDAK ADA ADAB.?
Siapa yang selalunya TIADA ADAB?
Bila kita perlu BERADAP?
Dimana perlu kita BERADAP?
Bagaimana pula mahu menjadi seorang yang BERADAB?

Boleh jawab? Bagus.

Satu pesan #kakjojes, orang Islam ada tertibnya. 
Beri salam. Ucap selamat. Maaf sekiranya mengganggu.
Kemudian terus masuk ke isi penting. Atau tanyalah dengan berhemah.

Ingat!

Tona suara berdepan dan bacaan melalui maya banyak BEZANYA..

Anda tak suka orang memandang rendah terhadap anda?
Anda tak suka orang tak hormat anda?
Anda tak suka orang berkasar terhadap anda?
Anda tak suka dapat mesej tiba tiba tanpa mukadimah selesa..?
Maka, jangan sesekali lakukan ia.

.

"Pm". Mesej muncul tiba tiba di whatsapp.

"Assalamualaikum tuan/puan yang baik. Apa yang saya boleh bantu tuan/puan.?

Maafkan saya. Mohon pencerahan untuk maklumat yang tuan/puan mahu untuk saya bantu pihak tuan/puan." Sambil buat icon senyum dihujung.

Sentap?

Bagus jika tak. Okbai.

#nadearamly #kakjojes



Tuesday, October 3, 2017

Mee Goreng Campak Campak

Balik kerja semalam, singgah pasaraya Rapid. Dalam kepala fikir mahu masak mee goreng saja. Sebab tadi dah makan nasi goreng ayam.

Whatsapp housemate. Tak bluetick. Doa doa lah dia tak pergi makan memana balik sekolah karang. Nanti siapa pulak nak habiskan mee goreng tu pula kan.

Sampai rumah, terus bersilat kat dapur. Tengok tak bluetick jugak. Eh, selalu baca je whatsapp makcik ni. KakJojes teruskan masak sampai selesai.

Tengah mandi, macam dengar beliau balik.  Lepas tu beliau jerit dari bilik. "Emi, baru baca whatsapp ni.." Siap cakap belum makan. Mujur! Sekuali ha KakJojes masak. Dan makanlah kami dengan gembira. 

Nampak buah mangga epal. Kekah lagi. Buat pencuci mulut katanya. Kahkahkah. Cuba cakap apa benda yang paling best saat kau lapar tak kira masa. Makanan lah! Okbai.


Aimi Nadiah Ramli
Mood Masak Dah Datang

#kakjojesmasak