CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 24, 2017

Kasih..

Pintu dikuak. Tiga orang masuk ke bilik sekaligus. Belum sempat KakJojes bertanya, lelaki separuh abad beruban putih bersuara memohon kebenaran masuk bersama anak lelakinya dan juga isterinya. Anak lelaki mereka memaut tangan ibunya erat, dan dipimpin sehingga duduk di kerusi dihadapan kami.

Misti ada sesuatu. Bisik hati KakJojes. 

Jika diikutkan, hanya pemohon sahaja dibenarkan berada bersama-sama ketiga tiga panel. Namun, atas budi bicara pengerusi, boleh dibenarkan dengan syarat hanya pemohon bersuara dan bercerita semasa sesi berlangsung.

"Saya kemalangan pada tahun 2011. Pada mulanya, saya masih nampak dan masih boleh bekerja namun lama kelamaan penglihatan saya semakin kabur."

Tenang beliau menjawab soalan KakJojes. Ya, kami perlu tahu sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi sebelum 'perpisahan' berlaku. Dan kau orang jangan ingat bertanya tentang kisah sedih dan bermain dengan emosi seseorang itu senang.

"Pada 2012, teman wanita saya mendesak untuk berkahwin namun keluarga saya tidak bersetuju memandangkan kesihatan saya yang semakin teruk dan tidak pulih pulih. Namun akhirnya saya terpaksa juga berkahwin pada 2013 setelah didesak teman wanita berkali kali.

Dan pada tahun 2014, saya terpaksa berhenti kerja kerana penglihatan saya semakin teruk sehingga sekarang.

Doktor juga mengesahkan saya tidak dapat melihat semula kerana saraf mata saya telah rosak disebabkan kemalangan itu."

Lelaki itu berhenti bercakap. KakJojes lihat ibu yang berada disebelahnya mengesat air mata. Dipegang tangan ibunya, diusap usap lembut. Memujuk mungkin. Bapanya masih tenang. Diam. Sesekali menggangguk perlahan.

"Dua punca yang saya boleh rasa kenapa isteri mahu berpisah adalah kerana kesihatan dan juga saya tidak lagi bekerja. Saya memang tidak mampu bekerja dengan keadaan saya begini."

"Tak apa lah Miss. Dia juga memang mahu berpisah." tambahnya lagi. Senyum. Kacak betul, eh!

Kau rasa masa ini apa KakJojes rasa dengan hormon up and down ni lagi, fuh! Tapi tetap kena menten professional walau dalam hati dah menangis nangis tak henti henti.

Selesai sesi, sebelum beredar, KakJojes bertanya apa rancangan beliau selepas semua ini selesai.

"Saya mahu ke kelas Braille. Saya perlu bangkit semula dan tidak mahu menyusahkan ibubapa saya lagi. Saya mahu bekerja. Mereka sudah tua dan cukup terkesan dengan semua ini." 

Ada keyakinan dalam kata katanya. KakJojes angguk angguk.

"Baik. Semoga berjaya. Kita jumpa lagi pada sesi kedua." 

"Thank you Miss, Mr Ong n Madam." Ujarnya sambil memegang bahu ibunya, dan berjalan keluar. 

Ah! KakJojes tak suka perasaan ini! 

Agaknya, berapa ramai pasangan suami isteri yang mampu susah dan senang bersama-sama ? Wallahualam.



Aimi Nadiah Ramli
Yang Kadang Emosi Terpeleot Jua

#nadearamly #kakjojesatwork #tribunal

Thursday, November 23, 2017

Kak Jokes The Untold Stories : Part 1

Oktober 2017.

Bulan sebelumnya, memang KakJojes sedikit sibuk dan penat dengan kenduri kendara. Untuk rekod, tahun ini dua kenduri kahwin adik kakJojes dan satu kenduri adik ipar KakJojes. Sebagai kakak yang osem, misti la kau antara orang kuat adik adik kau kan. Kahkahkah.

Dah nama pun kenduri. Penat tu mistilah ada. Penat tu pulak bukan hanya fizikal dan mental saja. Emosi pon sama. Tang emosi tu paling taktahan bila kau berat je hati nak balik Manjung. Sungguh!

Dah sebab tanggungjawab dan amanah yang kau pikul tu, nak taknak kena la balik juga kan. Haah, macam selalu, yang KakJojes shoot pepagi buta tu. Kali ni perjalanan agak jauh sebab terpaksa guna jalan Sungkai-Bidor tu, siap sesat barat entah kemana. Allahu, seram bila ingat semula!

Minggu yang KakJojes lalui seterusnya pula terasa lambat benar. Lagi lagi di pejabat. Tak sabar nak pukul 5, nak balik tidur. Baru hari isnin, dah tak sabar nak hari Jumaat. Tengahari jarang tidur dah jadi kuat tidur. Letih ya amat! Hujung minggu pula, KakJojes dah siap siap rancang nak rehat puas puas. Iyalah, penat tak habis lagi kononnya.

Masa ini, KakJojes masih taktahu apa sebenarnya terjadi pada KakJojes. 

..bersambung



#KakJojesTheUntoldStories #nadearamly 

Wednesday, November 22, 2017

Kongsi.

Kongsi.

[11/22, 5:08 PM] SERLOM Kak Nonie: Rasa macam nak tulis kat facebook. Share cerita kan.

[11/22, 5:10 PM] nadea ramly: Kan..dengar pendapat orang. Kita bukan nak mintak simpati, kita nak doa orang. Kakjojes pon nak share jugak tapi tu la nak menulis tuu. Kene jiwaaa. Nak mintak doa pon ada ayatnya.

[11/22, 5:14 PM] SERLOM Kak Nonie: Haha... Betoi. Jap lagi payah pulak interpretation orang ni kita risau. Kita nak mintak doa. Kot depa nak kata riak pulak.

[11/22, 5:15 PM] nadea ramly: Pahtu nak bagi orang baca dalam nada positif bukan senang. 

[11/22, 5:15 PM] SERLOM Kak Nonie: Ye betul tu. Banyak benda risau. Kaknonie pun bertahun baru ada kekuatan nak cerita ni. Sebelum ni nak tulis ja ayaq mata keluaq dulu.

.

KakJojes kongsi lagi perbualan kami petang tadi dengan nama sekali. Senang kau orang paham katanya.

Benar. Ada orang mencari kekuatan bertahun-tahun untuk berkongsi sesuatu. Yang hanya diri dan orang terdekat sahaja tahu. Asbab tidak mahu dikata riak, sengaja minta simpati dan sebagainya.

Masih memikir apa orang keliling fikir. Apa orang keliling cakap. Dan apa orang keliling anggap. Dengan harapan tiada yang terluka. Tiada yang terkesima. Tiada yang berduka.

Ada juga yang tidak kisah berkongsi rasa. Semua mahu dipapar. Semua mahu dicanang. Dah sifatnya manusia. Suka dipuji. Suka dirai. Suka diingati. Berilah. Kau tak rugi. Nama pun kehidupan.

Begitulah. Manusia yang unik yang Tuhan cipta untuk kau saling memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri. Juga saling melengkapi. Dunia ini bukan untuk kau seorang.

Positiflah senantiasa. Yang baik baik juga akan datang semula dekat kau. Tak ada yang baik, kau diam diam saja. Kalau catitan di bahu kiri itu kau nampak, pasti kau berjaga jaga.

InsyaAllah KakJojes akan kongsi kisah 'kehilangan' KakJojes selama ini dengan hashtag #KakJojesTheUntoldStories. Kemain hashtag kauuu. kahkahkahkah. Opst, dengan syarat, baca dengan suci hati. Okeh?

Nota : Terus teringat #kisahkutaksempurna dengan ayat, hidup ini bukan tentang kita aja. Ouch!

Aimi Nadiah Ramli
Baik Baik Aja

#nadearamly #kakjojesbebel