Pintu dikuak. Tiga orang masuk ke bilik sekaligus. Belum sempat KakJojes bertanya, lelaki separuh abad beruban putih bersuara memohon kebenaran masuk bersama anak lelakinya dan juga isterinya. Anak lelaki mereka memaut tangan ibunya erat, dan dipimpin sehingga duduk di kerusi dihadapan kami.
Misti ada sesuatu. Bisik hati KakJojes.
Jika diikutkan, hanya pemohon sahaja dibenarkan berada bersama-sama ketiga tiga panel. Namun, atas budi bicara pengerusi, boleh dibenarkan dengan syarat hanya pemohon bersuara dan bercerita semasa sesi berlangsung.
"Saya kemalangan pada tahun 2011. Pada mulanya, saya masih nampak dan masih boleh bekerja namun lama kelamaan penglihatan saya semakin kabur."
Tenang beliau menjawab soalan KakJojes. Ya, kami perlu tahu sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi sebelum 'perpisahan' berlaku. Dan kau orang jangan ingat bertanya tentang kisah sedih dan bermain dengan emosi seseorang itu senang.
"Pada 2012, teman wanita saya mendesak untuk berkahwin namun keluarga saya tidak bersetuju memandangkan kesihatan saya yang semakin teruk dan tidak pulih pulih. Namun akhirnya saya terpaksa juga berkahwin pada 2013 setelah didesak teman wanita berkali kali.
Dan pada tahun 2014, saya terpaksa berhenti kerja kerana penglihatan saya semakin teruk sehingga sekarang.
Doktor juga mengesahkan saya tidak dapat melihat semula kerana saraf mata saya telah rosak disebabkan kemalangan itu."
Lelaki itu berhenti bercakap. KakJojes lihat ibu yang berada disebelahnya mengesat air mata. Dipegang tangan ibunya, diusap usap lembut. Memujuk mungkin. Bapanya masih tenang. Diam. Sesekali menggangguk perlahan.
"Dua punca yang saya boleh rasa kenapa isteri mahu berpisah adalah kerana kesihatan dan juga saya tidak lagi bekerja. Saya memang tidak mampu bekerja dengan keadaan saya begini."
"Tak apa lah Miss. Dia juga memang mahu berpisah." tambahnya lagi. Senyum. Kacak betul, eh!
Kau rasa masa ini apa KakJojes rasa dengan hormon up and down ni lagi, fuh! Tapi tetap kena menten professional walau dalam hati dah menangis nangis tak henti henti.
Selesai sesi, sebelum beredar, KakJojes bertanya apa rancangan beliau selepas semua ini selesai.
"Saya mahu ke kelas Braille. Saya perlu bangkit semula dan tidak mahu menyusahkan ibubapa saya lagi. Saya mahu bekerja. Mereka sudah tua dan cukup terkesan dengan semua ini."
Ada keyakinan dalam kata katanya. KakJojes angguk angguk.
"Baik. Semoga berjaya. Kita jumpa lagi pada sesi kedua."
"Thank you Miss, Mr Ong n Madam." Ujarnya sambil memegang bahu ibunya, dan berjalan keluar.
Ah! KakJojes tak suka perasaan ini!
Agaknya, berapa ramai pasangan suami isteri yang mampu susah dan senang bersama-sama ? Wallahualam.
Aimi Nadiah Ramli
Yang Kadang Emosi Terpeleot Jua
#nadearamly #kakjojesatwork #tribunal
No comments:
Post a Comment