CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 10, 2018

Harap mak tak lapar. 😂

Makan malam.


Disebabkan kamu mengeras semalam dan pakej kejang betis menyerang mak, pagi tadi sakit pinggang pula datang menyinggah. Makanya mak tak mampu bangun pergi kerja.

Mak berehat saja dirumah sehinggalah mak buat keputusan nak ke klinik, jenguk apa kamu buat didalam. Risau nak. Risau. Dan apak pun setuju dari kejauhan.

Sebab ada promosi best 3d/4d kat klinik mak pergi tadi, maka pun beranganlah dapat tengok muka kamu kononnya. Iya lah, boleh lah mak cerita kat apak betapa bestnya tengok kamu kat dalam nun khenn..

Sekali, tak ada rezeki. Habis muka kamu tutup dengan tangan. Tak cukup tu, kaki kaki sekali kamu guna punya nak suprise kat mak katanya. Puas doktor kutil kamu suruh ubah posisi. Mak pun dah baring kiri kanan atas bawah dah, tapi kamu watlek watlek watpis saja.

Nak apak balik juga gamaknya ni ya. Anak apak sungguh!

770gram sekarang dan perlu hit berat minimum 2.5kg nanti. Tak apa. Janji kamu sihat okeh? Mak pun bertambah tambah sihat. Kahkahkah.

Harap mak tak lapar tiba tiba karang. 😴

#kakjojesbebel #makiskuatmakan #26w2d

Tuesday, March 6, 2018

Kena minum air gula? Alamak!

KakJojes kena minum air gula?


Ya. Dah dapat temujanji pun. Kahkahkah. Tak apa. Ini antara ujian dan dugaan kau nak jadi mak yang osem dan gagah perkasa. 

Disebabkan KakJojes ini suka membaca dan menelek setiap biji butir yang misi misi tulis, ini antara yang KakJojes dapat dan kongsi dengan kalian. Yang dah tahu, tak apa. Kita kongsi pengalaman positif sama sama. Yang tak tahu, boleh mula belajar dan ambil tahu.

Sebelum itu, post kali ini agak panjang. Dan KakJojes tahu kalau kau orang tak baca sampai habis. 😎

Okeh, pertama sekali, MGTT tu apa? Kat buku ada, kat borang refer appointment pun ada.

MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test ialah ujian darah yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak.

Nampak? Bagus.

Ini pula adalah antara kenapa kau orang kena juga minum air gula walaupun kau awalnya fefeeling tak kena dan takkan kena.

1) Umur lebih 35 tahun
  
2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg

3) Sejarah keluarga ada diabetes 
   
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM).

5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan.

6)Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation.

7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu. 
Haaaaa...ini laaa puncanya,.ini puncanya..

8) 2 kali glycosuria
Glycosuria ni maksudnya kerap kencing. Itu hasil google lah. Muahahah.

9) Recurrent UTI/ Candidiasis 
Candidiasis itu ialah penyakit bawaan kulat ataupun yis yang menyebabkan jangkitan di tubuh manusia. Jenis yang biasa dijumpai ialah Oral Candidiasis (jangkitan pada mulut), candidal vulvovaginitis (yang kita dok kata keputihan tu) dan diaper candidiasis yang menyerang bayi. 

Keputihan ini pun katanya bahaya untuk kandungan. Tapi ada juga orang kata masa mengandung ada itu normal. Cumanya bila dah berlebihan, misti lah bahaya. Bahaya apa? Kau orang cari sendiri ya. 

10) Polyhydramnios
Ini maksudnya air ketuban berlebihan dalam bahasa mudahnya.

Kau nampak. Air ketuban lebih pon tak boleh, kurang pun tak boleh. Jadi teruslah berjumpa doktor sekiranya kalian rasa pelik pelik saja masa mengandung. 

11) Sejarah melahirkan bayi 4kg ke atas. 

.

Ini semua ada dalam buku pink korang tu kalau rajen membaca. KakJojes cari maklumat tambahan sebab suka baca benda benda yang kita taktahu.

Dengan nurse pun KakJojes tanya je buat muka selamba. Tidak la dimarahnya kau. Lagi suka kau orang tanya tanya. Benda kau nak tahu kan. 

Jangan pi buang masa tanya dalam grup Fesbuk tak bertauliah udah la. Ini maksud double line UPT pun kau dok tanya dalam tu, kau ni dah kenapa. Eh, saja habaq. Kahkahkah.

Oh. Berat harini 68kg. Berat dua minggu lepas 66kg. Kau rasa kau dah tahu kan kenapa KakJojes kena minum air gula. Okbai.

Nota : HB ok. BP ok. Baby alhamdulilah ok. Batuk saja belum ok.

Psstt,.! Sedap ke air gula tu? 😅

#kakjojesbebel #mgtt #nadearamly #26w

Saturday, March 3, 2018

Good job anak!

Mak dah tersandar kekenyangan.


Duduk sebelah meja anak anak muda (Mak memang tau mak dah tua) sambil terdengar mereka bersembang buat mak teringat balik zaman zaman mak muda macam depa. 

Keluar beramai-ramai sambil sembang hal dunia. Dah rasa besar sangat dah kononnya. Dah rasa susah betul hidup dalam dunia mencabar ni katanya.

Tapi bila dah tertingkatnya usia, mak sedar yang hidup ni banyak lagi cabaran yang kau kena hadap. Kena tempuh. Kena telan. Dan dunia kau pun akan mula berubah dari seramai-ramai kawan dan akhirnya kau seorang juga yang perlu hadap hidup kau.

Walau susah camana pun. Walau perit camana pun. Walau getir camana pun.

Mak mungkin baru nak lalui fasa ada kamu dalam rahim mak. Sebab mak tahu, Tuhan tahu bila mak 'mampu' bawa kamu tanpa apak disisi. Tuhan tahu mak belum puas manja manja dengan apak. Hahaha. (Mak memang mengada! Heh!)

Ketahuilah anak, kita perlu kuat lagi. Sebab ada lagi orang tak bernasib baik macam kita. Mak masih mampu bawak kamu jalan jalan shopping walau apak tak dapat teman. Mak masih mampu memandu sendiri ke klinik. Mak masih mampu makan apa yang mak nak.

Cuma sekarang, bantu mak cari barang kamu sedikit sedikit ya. Mak harap perangai membeli belah sampai lupa daratan ini kamu tak warisi. Mak yang susah hati nanti. Kahkahkah.

Dah dapat makan ayam kan. Kita sambung shopping okeh? 

Good job anak! 😘

#kakjojesbebel #nadearamly

Fakulti yang tinggal kenangan..

"Fakulti kita hnya tinggal kenangan Aimi Nadiah Ramli..Lecturer pun berpisah..ada yg still di SI..Tapah..dan kampus lain...since OM merged under Buss..

Semua hanya memori yang segar dalam ingatan coretan sejarah zaman diploma.."

.

Semalam, KakJojes berkesempatan datang semula melawat tempat yang beri ilmu sebelas tahun yang lepas. Sempat juga meronda, mengimbau kenangan lama di UiTM Seri Iskandar Perak.

Banyak sungguh perubahan termasuklah fakulti kami, Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Dah jadi fakulti lain gamaknya. Huuu..

Ya, course kami tidaklah glamer mana tapi bangganya bila, ramai pemegang diploma kami menempatkan diri dalam sektor awam.

Cuma, sudah jadi kenangan kata sahabat KakJojes yang kini bekerja pula sebagai salah seorang pegawai di UiTM. 

Sungguh! Kenangan #OM114 yang rare!


Nota : Oh, ini dewan makan. Zaman KakJojes, masih ada kupon makan. Alhamdulilah sampai habis belajar, subsidi makan ini KakJojes guna sepenuhnya. Bersama rakan rakan #gengcicahronggeng. Miahahahhaa..Ah, rindu!

#throwback #20042007 #pengurusandanteknologipejabat