KakJojes kena minum air gula?
Ya. Dah dapat temujanji pun. Kahkahkah. Tak apa. Ini antara ujian dan dugaan kau nak jadi mak yang osem dan gagah perkasa.
Disebabkan KakJojes ini suka membaca dan menelek setiap biji butir yang misi misi tulis, ini antara yang KakJojes dapat dan kongsi dengan kalian. Yang dah tahu, tak apa. Kita kongsi pengalaman positif sama sama. Yang tak tahu, boleh mula belajar dan ambil tahu.
Sebelum itu, post kali ini agak panjang. Dan KakJojes tahu kalau kau orang tak baca sampai habis. 😎
Okeh, pertama sekali, MGTT tu apa? Kat buku ada, kat borang refer appointment pun ada.
MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test ialah ujian darah yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak.
Nampak? Bagus.
Ini pula adalah antara kenapa kau orang kena juga minum air gula walaupun kau awalnya fefeeling tak kena dan takkan kena.
1) Umur lebih 35 tahun
2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg
3) Sejarah keluarga ada diabetes
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM).
5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan.
6)Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation.
7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu.
Haaaaa...ini laaa puncanya,.ini puncanya..
8) 2 kali glycosuria
Glycosuria ni maksudnya kerap kencing. Itu hasil google lah. Muahahah.
9) Recurrent UTI/ Candidiasis
Candidiasis itu ialah penyakit bawaan kulat ataupun yis yang menyebabkan jangkitan di tubuh manusia. Jenis yang biasa dijumpai ialah Oral Candidiasis (jangkitan pada mulut), candidal vulvovaginitis (yang kita dok kata keputihan tu) dan diaper candidiasis yang menyerang bayi.
Keputihan ini pun katanya bahaya untuk kandungan. Tapi ada juga orang kata masa mengandung ada itu normal. Cumanya bila dah berlebihan, misti lah bahaya. Bahaya apa? Kau orang cari sendiri ya.
10) Polyhydramnios
Ini maksudnya air ketuban berlebihan dalam bahasa mudahnya.
Kau nampak. Air ketuban lebih pon tak boleh, kurang pun tak boleh. Jadi teruslah berjumpa doktor sekiranya kalian rasa pelik pelik saja masa mengandung.
11) Sejarah melahirkan bayi 4kg ke atas.
.
Ini semua ada dalam buku pink korang tu kalau rajen membaca. KakJojes cari maklumat tambahan sebab suka baca benda benda yang kita taktahu.
Dengan nurse pun KakJojes tanya je buat muka selamba. Tidak la dimarahnya kau. Lagi suka kau orang tanya tanya. Benda kau nak tahu kan.
Jangan pi buang masa tanya dalam grup Fesbuk tak bertauliah udah la. Ini maksud double line UPT pun kau dok tanya dalam tu, kau ni dah kenapa. Eh, saja habaq. Kahkahkah.
Oh. Berat harini 68kg. Berat dua minggu lepas 66kg. Kau rasa kau dah tahu kan kenapa KakJojes kena minum air gula. Okbai.
Nota : HB ok. BP ok. Baby alhamdulilah ok. Batuk saja belum ok.
Psstt,.! Sedap ke air gula tu? 😅
#kakjojesbebel #mgtt #nadearamly #26w
No comments:
Post a Comment