CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 14, 2018

Mak suruh pesan..

Mak kata, esok raya. Rendang nenek saya pun dah bau satu rumah ni. Aaaaa..

1. Mak ada sediakan hand sanitizer. Jadi sebelum pegang saya, boleh picit dan ratakan ke tangan acik angkel semua. Bukan apa, kebersihan kan amalan mulia. Gitchewww!

2. Saya tahu saya comel macam mak. (okeh, mak yang kata) Jadi, kalau nak cium saya, cium apak saya dulu.

3. Apak saya dah berenti merokok. Jadi, asap asap ni sangat la sensitif kat saya. Mak pernah marah orang hisap rokok depan dia masa dia mengandungkan saya dulu. Gengster tak mak saya?

4. Acik angkel nak membawang, Aisyah tak kisah. Tapi jangan cakap mak saya gemok.

5. Apak kata, kalau terlupa bawak duit raya untuk saya, nanti apak bagi nombor akaun.

6. Kalau nak tanya mana dapat nama Maritza tu, sila tanya apak saya terus.

7. Kalau nampak baju saya besar besar belaka, ketahuilah mak memang belikan new born punya saiz. Tapi sebab saya ni cutting model macam mak, acik angkel pepaham saja lah ya.

8. Mak saya pakai baju raya? Eh, biarlah dia.


Nampak penumbuk saya? Haaa, sembilan bulan prektis tau. okbai.

Mak kata, berpesan pesan kan amalan mulia. Selamat hari raya! ☺

#AisyahMaritza #nadearamly

Tuesday, June 12, 2018

Aisyah Maritza Binti Mohd Asyrani

Aisyah Maritza binti Mohd Asyrani.

4:31 pm itu besar rahmat mak duhai anak. Setengah jam mak bertarung nyawa. Sakit? Tak sakit bukan beranak la namanya. Wuu.

Mak ingat lagi, jam 6.30 pagi hari itu, mak mula rasa memulas. Ingatkan sakit perut biasa. Masuk jam 7.30 pagi, kekerapan sakit menjadi sepuluh minit sekali.

Apak ajak pergi hospital. Emak mak juga suruh ke hospital. Yang mak ingat, mak pakai peplum hari itu. Kahkahkah. Dengan kain batik. Kau nampak, mak masih nak melawa dalam sakit.

Ujian CTG menunjukkan ada kontraksi. Dan kata doktor, jalan dah buka 2cm. Mak disuruh duduk dulu dikerusi. Sakit makin kerap. Duduk salah. Jalan pun salah. Tak lama kemudian, doktor panggil mak lagi sekali. Dan kali ini, 4cm pula. Eh, cepatnya.

Mak makin kerap sakit. Hilang dah kejojesan mak masa tu. Muka berkerut kerut menahan sakit. Masuk jam 2 petang, mak makin sakit. Mak suruh nurse cek jalan kamu lagi. Masa ini mak rasa darah dah mula keluar.

5cm. Kata nurse.
Mak disuruh baring di katil. Menahan sakit yang mak tak pernah rasa sesakit ni. Mak genggam besi katil. Mak panggil lagi nurse. Mak serius tak tahan nak.

7cm!

Tak lama kemudian nama mak dipanggil dan mak ditolak ke labour room. Sampai disana, mak dimonitor dengan mesin CTG lagi.
Mak merayu pada nurse. Mak tak tahan. Namun mak terus disuruh bertahan.

Datang seorang doktor melihat keadaan mak dan tiba tiba beliau berkata.

Dah full!

Kelam kabut peralatan disiapkan. Dan doktor meminta izin untuk pecahkan air ketuban mak. Lepas pada tu, ha kau tanya la bini kau orang apa rasa dia.

Proses pengeluaran kamu amat mencabar. Mujur ada apak yang terus beri sokongan di kepala mak. Selain nurse dan doktor doktor yang membantu sepanjang proses. Allahu, tak terbalas jasa mereka demi menyelamatkan kamu dan mak, anak.

Perasaan mak ketika kamu diletak didada mak dan menangis, hanya Tuhan saja tahu. Dan azan Asar berkumandang tak lama kemudian menambah lagi sayu mak masa itu. Mak dah jadi mak. Allahuakbar!

Hari ini, secara rasminya, kamu telah didaftarkan mengikut undang-undang. Terima kasih apak dan staf staf mak. Nak jugak register kat opis mak kan. Hahahahha.


Terima kasih yang beri hadiah dan duit raya untuk Aisyah Maritza. Aisyah is gembira! 😘

#makbebel #AisyahMaritza #nadearamly #AMjourney

Sunday, June 10, 2018

Kehadapan anakandaku Aisyah Maritza.

[Dengan Izin]
Kehadapan anakandaku Aisyah Maritza.

Hari ini, 10 Jun 2018, genap ulangtahun perkahwinan mak dan apak yang ke tujuh. Tujuh tahun juga kami menunggu kehadiran kamu anak. 

Berapa banyak air mata kami tumpah. Berapa banyak hati kami koyak. Berapa banyak rasa yang kami pendam. Dan berapa banyak usaha kami tujuh tahun ini, kami simpan kejap kejap dalam diri. Sebab kami tahu, kami sedang diuji.

Benarlah, Tuhan akan bagi bila kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Dan kamu, hadir tepat pada masa dan waktu.

Tarikh keramat 3 Jun 2018, bersamaan dengan Ramadan 18, hari Ahad jam 4.31 petang, kamu selamat dilahirkan dengan berat 2.62kg secara normal di Hospital Sungai Buloh dengan disaksikan apak yang setia beri sokongan pada mak. Terima kasih somi! 😘

Ia juga sekaligus menjadikan kamu hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang terindah abad ini. Tak ada rasa lain selain syukur anak. Syukur!


Ini, gambar pertama yang dirakam momennya pada hari kamu melihat dunia. Dengan caption,
"Yes, aku dah keluar!"
Muahahahaha..

Hai kawan kawan mak apak. Sayalah Aisyah Maritza yang jojes yang sepatutnya keluar 13 Jun tapi dah keluar 3 Jun tu. Kasi can la mak pakai baju raya jugak. Kihkihkih. Okbai.

Nota : Janji ditepati sungguh tunggu apak balik baru keluar.😂😂😂

#makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #day8