CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 4, 2019

Neb dua kali.

Malam Aisyah tak boleh tidur. Mak apetah lagi. Sekejap sekejap terjaga. Sekejap sekejap terbangun dengar dja merengek tak selesa nak tidur. Jadi hari ini mak terpaksa emergency leave.

Mak tengok bahagian bawah dada Aisyah dah lain macam. Tapi mak masih rasa okay. Jam 11 pagi selepas siap jemur kain masak segala, mak bergegas ke klinik.

Doktor kata Aisyah penat. Istilah lain, semput lah. Kena neb sedas dua. Kalau tak okay lagi, petang nanti jam 5 kena datang neb kali kedua.

Ingat nak balik rumah, teringat pendrive Ibu Su dah sampai tadi. Maka mak singgah la taska Aisyah nak beri pendrive Ibu.

Mak pun sempat tanya ummi sambil sembang sembang. Ummi ada pengalaman anaknya kena neb. Ini ummi kata better pergi untuk neb kedua. Risau malam nanti jadi macam malam semalam.

Sungguh mak taktahu 'penat' tu apa. Malam tadi sebenarnya dada Aisyah dah berlekuk dan bernafas laju. Mak ingat ia biasa.


Mujur pagi ini pergi juga klinik. Kalau tidak, mak taktahu pun. Huhuhu.

Doktor ada bagi ubat. Dan mak harap ia sementara saja. Selama ini dengar anak orang kena neb. Pergi neb. Sekarang mak sendiri alaminya. Allahu. Rasa itu Tuhan saja tahu.

Ini baru lepas amik neb kedua. Alhamdulilah doktor cek pun sudah nampak okay dari pagi tadi. Mekaseh ibu, ummi, cikgu bagi mak tumpang melepas lelah kat taska tadi sementara klinik buka. Allah saja balas jasa kalian. ❤️❤️

Cuti mak betul betul fokus kat diva saja ini hari. Doakan dia cepat sembuh ya. Esok mak perlu kerja. 😉

Regards, 
Mak Yang Risau

#AisyahMaritza #AMjourney #1y16

No comments:

Post a Comment