CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 3, 2019

Terima kasih kalian. ❤️❤️

Harini berakhirnya check-up Aisyah di Klinik Desa Kampung Sitiawan.

Cukup vaksin sehingga usia setahun enam bulan, Aisyah direferkan ke klinik yang lebih dekat dan dalam kawasan rumah kami selepas ini.

Terima kasih Kak Tini (JM Kartini) dan Kak Wa (JM Azwa kalau tak silap sebab dok panggil Kak Wa Kak Wa 😂😂😂) atas layanan terbaik selama mak check-up disana.

Dari mak tahu mak mengandung. Sampai bersalin, refer sekejap di KD Paya Jaras sebab berpantang di sana dan refer semula ke sini sebab mak dah start kerja sampai la Aisyah Maritza mak dah pun setahun enam bulan hari ini.

Sebab tak dapat berselfie orang dah ramai dalam klinik maka mak abadikan papan tanda ini lah sebagai kenangan. Yang mak akan ulang ulang baca setiap tahun bila Facebook remind 'You have a memory to look back'.

Yang rupanya Tuhan bagi kau orang baik baik bantu kau, mudahkan urusan kau sepanjang perjalanan hidup kau yang beronak duri.

Moga kalian terus memberi perkhidmatan terbaik walau apa jua mendatang.

Sayu rasa melangkah keluar. Moga kita berjumpa lagi.


Terima kasih sekali lagi Kak Wa dan Kak Tini. Kalian sentiasa dalam ingatan mak. ❤️❤️

Nota : tak sempat jumpa Kak Tini sebab dia dah transfer klinik lain. 🤦‍♀️

#nadearamly #makbebel

No comments:

Post a Comment