CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 9, 2020

Pancake paling sedap abad ini!

Mak rasa ini pancake paling sedap mak pernah buat seumur hidup. Serius!

Mak pinjam resipi Tuan Khairul #superdaddy lagi. Dan ini bahan bahannya.

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu setengah butter dicairkan

Campur semua bahan. Kacau pakai tangan boleh, nak blend bagi halus pun boleh. Ikut kau rajin ke malas. Mak malas, so mak kacau lima minit pakai tangan.

Panas kan non-stick pan, masak sampai buih buih kecil keluar sebelum kau telangkupkan kat belah satu lagi. Agak agak dah masak, angkat dan hidang.


Sukatan atas ni untuk dua orang makan. Dapat lapan keping. Nak banyak kau orang tambah je sukatannya.

Sesuai dihidang untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba! 😉

#makmasak #nadearamly 

Saturday, February 8, 2020

Puding triffle

Plan nak bawak dadih atau buah buahan potluck semalam, sekali rasa malas pulak. Niat hati memang nak sesuatu yang di masak sendiri. So mak pun Google la resipi puding.

Dan mak jumpa resipi puding triffle ni. Tengahari time rehat tu mak keluar kejap beli bahan bahan.

Resipi mak ikut Rasapop punya. Swiss roll cake dipotong dan disusun dalam bekas. Satu tin buah buahan campuran ditos air nya. Airnya jangan di buang. 

Layer pertama mak guna susu cair, tepung kastard, setengah cawan gula dan air. Masak atas api sampai likat.

Tuang atas kek yang dah susun dalam bekas tadi. Oh sebelum tu basahkan sikit kek tu bagi lembap dengan air buah buahan yang dimasak dengan serbuk agar agar dan air.

Lepas dah tuang layer pertama, letak buah buahan yang dah tapis tadi. Biar sejuk sekejap then baru masuk layer kedua iaitu air buah-buahan yang di masak dengan agar agar tadi.

Masuk dalam peti ais dan biar sejuk. Boleh makan dengan gembiranya. Hohoo.

Mak dapat buat untuk taska Aisyah sekali. Alhamdulilah cukup bahan nya.

Dak opis kata pun sedap. Bukan amik hati ye. Realiti. Kahkahkah. Rasa macam eskrem katanya. Ouch!

Okeh. Gambar pertama tu sebab mak terlangkupkan dia. Gambar kedua sebelum ditelangkupkan. Dan gambar ketiga nampak lebih menarik kan. Kahkahkah.




First time buat ni. Tu debo semacam. Okbai.

#makmasak #nadearamly 

Rumah Manis Rumah : Bilik Aisyah Part 1

Dari bulan doblas bawa ke bulan Februari, ini sajalah ha setakat ini. 

Mood mengemas ke laut apetah lagi mood mendeko playroom Aisyah si diva mak apak.


Jadilah kan. Nampak juga progress sikit. Kahkahkah.

Malasnya mak kau ni Aisyah. Huah.

Rumah kecil bahagianya besar. 

#rumahmanisrumah #makbebel

Friday, February 7, 2020

Aisyah Maritza At School : Catch Rubber In The Water

Aktiviti hari ini.

"Catch Rubber In The Water"

❤️ Meningkatkan kemahiran deria penglihatan mata dan tangan.

❤️ Lebih fokus.

❤️ Menguji kesabaran.


📸 Taska Safwa

.

Moga Aisyah Maritza lebih sabar dan cool seperti apaknya. Tapi nampak macam terikut ketidaksabaran mak nya. 😅

#AisyahMaritza #AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #1y8m #TaskaSafwa

Thursday, February 6, 2020

Aisyah Maritza At School : Bermain gendang dan menyambung titik titik putus

Aktiviti hari ini.

❤️ Bermain gendang menggunakan tupperware.

Tujuan : Merangsang deria pendengaran



❤️ Menyambung titik titik putus menggunakan pensel.


📸 Taska Safwa

#AisyahMaritza #AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #1y8m #TaskaSafwa