Plan nak bawak dadih atau buah buahan potluck semalam, sekali rasa malas pulak. Niat hati memang nak sesuatu yang di masak sendiri. So mak pun Google la resipi puding.
Dan mak jumpa resipi puding triffle ni. Tengahari time rehat tu mak keluar kejap beli bahan bahan.
Resipi mak ikut Rasapop punya. Swiss roll cake dipotong dan disusun dalam bekas. Satu tin buah buahan campuran ditos air nya. Airnya jangan di buang.
Layer pertama mak guna susu cair, tepung kastard, setengah cawan gula dan air. Masak atas api sampai likat.
Tuang atas kek yang dah susun dalam bekas tadi. Oh sebelum tu basahkan sikit kek tu bagi lembap dengan air buah buahan yang dimasak dengan serbuk agar agar dan air.
Lepas dah tuang layer pertama, letak buah buahan yang dah tapis tadi. Biar sejuk sekejap then baru masuk layer kedua iaitu air buah-buahan yang di masak dengan agar agar tadi.
Masuk dalam peti ais dan biar sejuk. Boleh makan dengan gembiranya. Hohoo.
Mak dapat buat untuk taska Aisyah sekali. Alhamdulilah cukup bahan nya.
Dak opis kata pun sedap. Bukan amik hati ye. Realiti. Kahkahkah. Rasa macam eskrem katanya. Ouch!
Okeh. Gambar pertama tu sebab mak terlangkupkan dia. Gambar kedua sebelum ditelangkupkan. Dan gambar ketiga nampak lebih menarik kan. Kahkahkah.
First time buat ni. Tu debo semacam. Okbai.
#makmasak #nadearamly
No comments:
Post a Comment