Sejenis malam je, kena bukak buku sebuah. Tak kisahla buku mewarna ke, buku mengenal abc ke, janji buku.
Mak layan saja lah. Bagus buat mak rajin juga sebenarnya. So, dimulakan dengan buku mewarna. Nak warna grapes katanya. Ha, nah!
Agak agak bosan, melukis kat dinding pula.
Dinding tu memang canvas dia. Dan mak sengaja tak cat lagi bilik ni. Biar dia lukis penuh dulu baru nak mengecat. Lagipun mak takde idea lagi nak buat tema apa. So biar dia buat dulu.
Kalau nampak ada pasu bunga dengan ikan kat contengan dinding tu, kalian hebat. Kahkahkah.
Kau ingat anak je boleh melukis? Mak dia pun taknak kalah tau. 😌😌😌
Lepas tu macam lapar, mak suruh la makan dulu. Makan mee kari mak buat siang tadi la. Kemain habis semangkok. Nasi taknak makan. Haih.
Lepas mandikan semula comot comot makan tu, hah, sambung balik mewarna.
Berwarna warni grapes kamu anak. Lantak situ.
Lepas tu kita belajar mengenal benda pulak. Kaler pensel pun semua dah tumpul. Sharpener udah rosak. Esok la mak beli.
Ada video dia, tapi next entry la mak uplod. Menyampah pulak line sendu macam siput.
Dah belajar mak belanja la tengok youtube kejap. Lepas tu, tidor!!!
Esok nak pergi school.
Okbai.
Nota : Mak pun nak tido lah.
#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m
No comments:
Post a Comment