Menggigit. Memukul. Mencubit. Menarik baju. Membaling barang. Entah apa yang digeramkan, mak pun taktahu. Tunjuk benar protesnya kali ini.
Lalu tersedu sedan lah menangis 'ditegur' apaknya kemudian itu. Tak pernah mak lihat Aisyah Maritza sesedih begitu. Tapi itu 'harga' yang perlu dibayar atas 'perbuatan' yang dia dah buat tadi.
Kami tidak mahu dikata tidak mengajar.
Kami tidak mahu dilabel tidak mendidik.
Kami tidak mahu dituduh ibu bapa yang lepas tangan.
Dipujuk apaknya selepas itu. Dinasihatkan juga berkali kali. Diberi peringatan agar tidak melakukannya lagi. Angguk angguk tanda faham lalu dipeluk apak kesayangannya itu erat erat.
Ketahuilah anak. Ini semua untuk kebaikan kamu. Dan satu hari nanti, kamu pasti akan faham.
Membesarlah sebagai manusia yang hebat hatinya Aisyah Maritza. Walau orang menganiaya kamu, percayalah, Tuhan ada dengan kita. Doa kami, bersamamu.
Regards,
Mak Yang Berjuang, Apak Yang Jaaaaaarang Marah Anak.
Disclaimer : Gambar dua minggu lepas menangis merajuk taktau apasal.
#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m
No comments:
Post a Comment