CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 10, 2021

Poket doremon nak cepat katanya. 😂😂😂

Poket doremon nak cepat nama dia. Ku sumbat isi terus dalam tu, tekap dan goreng.


Sebab diva ni sejenis tak makan fancy fancy, mak buat sesimple dan seminima mungkin isinya. Telur dan cheese. Setel. 

Ni pun sejenis malas nak phop. Sebab harini nak kerjakan kain pulak. Dan pastinya melipat tu yang berat nau rasa. Kahkahkah. 

Sesambil tu boleh sembur Fabric Mist tu. Bau bau epal gitu. Mak memang standby atas meja ni. 

Sebab sebelum tidur suka sembur sofa langsir karpet semua bagi rumah wangi wangi. Bangun tidur pun suka bau fresh fresh. Baru semangat.

Apapun, selamat pagi Ahad kawan kawan. Rumah mak dah kembali sepah. Okbai.

#rumahmanisrumah #BBSAP #Residen1 #nadearamly

Saturday, January 9, 2021

Rumah manis rumah : Bilik Diva Maritza

Harini mak punya perasaan-buat-taktahu-rumah-sepah dah sampai limit. 

Bersepah dari depan sampai ke dapur. Lantai melekit lekit. Carpet basah dek dapur banjir sebab lupa letak hos air dalam lobang. Carpet depan air makanan tumpah bagai.

Demmm..stress nengoknya. 😂😂😂

Maka mak buat pembersihan besar besaran. Dari sapu. Lap. Mop. Tukar posisi sofa. Semualah. Cabaran utama nya ialah nak menunggu diva Maritza tu tidur baru boleh buat kerja dengan aman.

Tapi akhirnya berjaya juga mak tidurkan dia dan buat kerja laju laju. Fuh!

Dan bilik dia lah yang mak rasa lama sikit sebab la hai, nyampah pulak benda kecik kecik tu. Mak dah la asingkan ikut jenis. Kahkahkah.

Dan akhirnya siap la juga. 


Cermin tu kena letak situ. Sebab pepagi lepas bersiap diva akan pergi cermin tu dan kata dia cantik, cute, lawa sambil pusing pusing serta claim dia princess. 😴😴😴

Berapa lama akan stay begini, jangan tanya. Mak pun taktahu. Setakat mak menulis ni, mak berjaya kekalkan semuanya di tempatnya.

Nanti mak kongsi ruang lain pulak. Takleh fon lelama. Huu..

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #BBSAP #Residen1 #makbebel

Mandi kolam siram pokok

Takboleh keluar jalan jalan.
Takboleh mandi laut.
Takboleh macam macam.

Kesian. 

Dah la asyik hujan je.

Kita beli la jiwa kejap. Lama juga kolam dia tak bukak. Sesambil mak cuci karpet dapur. Dapur mak banjir itu hari sebab lupa letak hos mesin basuh tu kat lobang air tu. 










Kejap lagi kerjakan dapur pulak. Mak off ambik gambar harini. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #wy7m

Friday, January 8, 2021

PhoP Challenge : Spoon and fork creative photography

Ada masa mak sedih, ada masa mak gembira. Kadang kadang rasa semangat gila, kadang kadang rasa putus asa.

Hidup manusia, begitulah. Itu tanda kau ada hati, ada perasaan. 

Tapi. Satu kita kena ingat.

Berdoalah. Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar.

Phop challenge dengan tema fork and spoon creative photography, done!



Regards,
Mak Diva Maritza

#PhoPbyNadeaRamly #phopChallengebyjunika 
#PhoPByLiniMohd 
#AlumniApcPhopChallenge
#spoonnforkcreativephotography

Thursday, January 7, 2021

Botol bangsawan katanya. 😂😂

Semalam kawan kawan komen kata botol kayangan bangsawan. Baru mak tau botol pun ada level depa. Kahkahkah.


Hah. Ni la antara shoot yang tak berapa puas hati sebenarnya tapi kita up la jugak buat penyedap hati. Buat kenangan di kemudian hari.

Assalamualaikum dan selamat pagi. ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Wednesday, January 6, 2021

PhoP Challenge : Botol



Bila kau takde botol kaca lawa nak phop, botol susu anak kau pun jadi lah ha.


Dengan sengetnya. Dengan over editting nya. Dengan styling ke laut dalamnya. Lantak sana. 

Orang lain punya kemain lawo. 😂😂😂

Memeriahkan phop challenge tema botol hari ini. Terimalah botol susu diva Maritza sebagai hero. 

Zass!

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyeyda
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#botol

Aktiviti : Membilang

 Tarikh : 06.01.2021
Aktiviti : Membilang 123

❤️ Perkembangan kemahiran awal matematik.

❤️ Kemahiran  komunikasi dalam dwi bahasa.

❤️ Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak berhadapan dengan guru (panggil sorang demi sorang)

 


 ðŸ“¸ Taska Safwa


#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y7m #TaskaSafwa

Tuesday, January 5, 2021

Aktiviti : Lessing Straw

Tarikh : 05.01.2021
Aktiviti : Lessing straw

Objektif.
🌻Perkembangan moto halus kanak-kanak dalam melakukan aktiviti.

🌻Meningkatkan kemahiran berfikir dan fokus kanak-kanak.

🌻Koordinasi mata dan tangan selari.



📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y7m #TaskaSafwa

Monday, January 4, 2021

PhoP Challenge : Topi

Bila dapat tajuk topi ni, mak jem.



Topi keledar takde. Topi (cap) takde. Apak tak pakai cap. Diva pun tak pakai topi. Apa aku nak shoot ni.

Lalu mak pun mesej jiran mak, nak pinjam topi. Lima sekali dibagi ha. 

First time shoot apparel. 
Dihari pertama phop challenge.
Ditahun baru ini. Berdebor dia lain maciam. 😂😂😂

Dan finally, tadaaaa..terimalah Kak Dzu takat yang Nad mampu. 


Lambai sikit peminat dan pengumpul Petak Apparel! 👋👋👋

Yang tetiba jatuh cinta pabila melihat pada pandangan pertama, sila lah direct message jiran mak Mohd Zultalaat secepat mungkin. Dikhuatiri habis tak sempat nak beli. 

Jatuh cinta kat topi, bukan mak ye. Bai.

Ada Petak, misti kachak! 😎

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyDzuKelulutKume
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#Topi #PetakApparel #wearwithoutlimit

Aktiviti : Perkenalkan diri

Tarikh : 04.01.2021
Aktiviti : Perkenalan diri

❤️ Dapat meningkatkan daya keyakinan diri dalam diri kanak-kanak.

❤️ Kemahiran komunikasi.




📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y7m

Sunday, January 3, 2021

Teh rosebuds..

Dari awal pagi tadi dah hujan. Mujur juga hari Ahad. Masih boleh berselubung, menonton televisyen dan bermalas-malasan. 


Sesekali pekena teh rose bud ni, osem juga. Selamat pagi semua.

Tempat kalian hujan juga kah? 

#PhoPbyNadeaRamly

Saturday, January 2, 2021

Mak malas masak. 😂😂

Malas nak makan nasi. Kita masak lah spageti apa-ada-dalam-peti-ais tu.

Mati mati ingat sos carbonara. Rupanya bolognese. 😂😂

Diva punya mak buat lain. Ini mak punya. 😎

Mood mengephop masih kelaut dalam. Jadilah untuk starter kan. 


Selamat berhujung minggu! 😉

#PhoPbyNadeaRamly

Friday, January 1, 2021

Anak bapak..

Ni la budak yang mencari apak dia sepanjang jalan dari Ipoh ke Sitiawan tu.

Pertanyaan yang mak kena jawab setiap kali apaknya kembali bekerja. Ini tak ada tanya nampaknya lepas apak video call petang tadi.

Pesen mak juga diva ni, redo dan jalan terus. Tak ada, tak tanya. Ada, kita enjoy the moment. Buat apa nak menangisi benda yang kau tak ada pilihan. 

Surah Al Baqarah ayat 286 pun ada kata, Tuhan tak uji diluar kemampuan kita. 

Percubaan editing potrait light light je. Tak berani main HDR lebih lebih. Nanti jadi #genglebam macam masa B29 itu hari. 😂😂😂


Oh ya. Gambar potrait yang cantik adalah bila kau berjaya 'hidup' kan gambar beserta soul yang payah nau nak dapat disamping cerita yang kau cuba nak sampaikan. Bukan pakai filter sampai lobang hidung pun berkilau ya. 

So ini, mak playsafe. Cerita pun tak sampai kan. Kahkahkah. 🥴🥴🥴

Batch 34 nak bukak dah dengarnya. Saja habaq. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Hello 2021 !

Ini, gambar pertama untuk hari pertama tahun 2021 ini.


Kemana diva pagi pagi tadi? Hantar apak dia ke Airport Sultan Azlan Shah Ipoh ha. Apak nak balik Langkawi dah.

Sempat la mak rakam moment moment dia ha. Dokong taknak lepas.




Sebab tu bukan mak tak nak apak balik selalu. Diva ni dah pandai rindu.

Ini taknak masuk kereta semula. Bapaknya lah pujuk dan letak dia dalam carseat.

Ini, gambar keluarga pertama tahun ini. Jadilah. Syukur.


Toksah compare life kita dengan orang lain. Tuhan tu, tak uji kita diluar kemampuan kita. 

Jadilah kan buat kenangan ha.

Balik tu mak singgah McDonalds, beli bubur diva. Drive-thru kan saja. Belanja dia aiskrim juga. Sebab baik dan dengar cakap.


Apak sampai Langkawi, kami belum sampai rumah lagi. 😂😂😂

Sepanjang jalan dari Ipoh ke Sitiawan, ada la dalam tiga empat kali diva tanya mana bapak dia. Mak jawab saja lah.

Adoiyai anak. 

Apapun, terima kasih 2020. Yang ajar mak macam-macam. Taknak tulis kat sini tapi mak tahu, itu salah satu proses kehidupan. Yang jadikan mak sekarang.

Mak harap 2021 ini lebih menarik journeynya. InsyaAllah amin ya rabb. ❤️❤️

So, ini entry pertama tahun ini juga. 💪💪💪💪💪

So, welcome 2021! 

#nadearamly #makbebel