"Tak boring ke sorang-sorang?"
"Tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang?"
Dari lah mak bujang merantau ke negeri orang, sampai lah kawen dengan cik abang hingga ada anak seorang, ini soalan pemes yang selalu diajukan.
Cengginilah.
Mak ini, setakat ini alhamdulilah, tak pernah rasa bosan. Setiap masa yang Tuhan beri mak cuba nikmati dan isi sebaiknya. Mak isi dengan aktiviti yang mak suka buat.
Ya.
Mak suka ambik gambar.
Mak suka mengemas.
Mak suka menulis.
I do whatever i love.
Bila ada diva, mak cuba kembangkan lagi idea dan kesesuaian minat mak dengan dia. Sebab mak tahu dia melihat mak as her role model. Dia buat apa mak suka buat.
Hikmah PKP, banyak benda kami buat sama sama. Walaupun mak kerja dari rumah yang hecticnya melebihi dari kerja kat pejabat, mak cuba akan beri masa untuk mak buat apa yang mak minat.
Banyak benda nak buat kat rumah selain house chores yang takkan pernah habis tu.
Kau boleh mengecat.
Boleh tukar susun atur perabut.
Cuba resipi baru.
Tulis blog.
Tukar konsep rumah.
Menukang mungkin juga.
Nak spiritual sikit, masuk kelas mengaji. Belajar bahasa arab. Join kelas PJJ banyak dekat telegram nun.
Minat menjahit, masuk kelas menjahit. Minat ambik gambar, masuk kelas fotografi. Minat berkebun, gali ilmu pasal kebun. Minat meniaga, hah, jual la apa pun janji halal.
Banyak beb.
Jangan lah dok kecikkan pemikiran tu dok rumah je bosan. Taktau nak buat apa. Banyak benda kau orang boleh create bila ada kat rumah. Lagi mudah bila kau bujang atau sorang-sorang atau senang kata banyak sangat masa sampai taktau nak buat apalah. Sebab kompom kompom life yang ada anak ni memang super duper bz gila babss.
Kau boleh lah, laki takde nak layan. Kata nurtizen.
Eh kemon weh. Ada suami lagi boleh nak buat aktiviti sesama. Ia bukan alasan.
Kegembiraan kita ni, kita je mampu create. Jangan sesekali ukur dengan orang lain. Dekat situ dah nampak kau tak gembira, dok telek gembira orang lain.
Lepas tu, sentap.
Dah sentap kang, bergaduh pulak dengan orang.
Dah bergaduh tu, pergi up status ajak orang sokong perangai kau yang entah apa apa tu. End up, kawan kawan kau yang konon ramai nau tu pun menjauh. Dan tinggallah kau sorang meratapi hati yang telah dilukaiiiii..akuu sedarr betapa hinanya ku dimatamu. *Tiber*
Ha. Kan sorang sorang jugak tu kan akhirnya. 😑
Situasi mak, everything i do by myself. So mak kena jadi seorang yang 'kena-tau-semua-benda' dan 'kena-buat-semua-benda'. Iyalah weh. Laki jauh weh. Time laki balik boleh la buat bodo-bodo sikit. Time takde, ha buat la kau sana bila dah terpaksa.
Poin mak kat sini, bukan mak suruh kau buat semua benda sampai tak tidur, tak makan bagai. Cari benda yang boleh isi masa lapang (dibaca : bosan) kau orang tu, untuk buat sesuatu yang berfaedah. Explore. Latih otak kita berjalan dan berfikir. Kena ada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Kalau ini tak lepas, camana nak sampai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tiber lagi.
Dan, tak perlu pun sampai membazir duit. Banyak aktiviti boleh buat dengan zero cost yang guna apa ada dirumah saja.
Betul, memang susah. Tapi lama lama kau orang misti okay. YouTube pun banyak boleh refer.
Mak tulis ni, bukan suruh orang yang dah sedia sibuk menyibukkan diri lagi. Ini, untuk orang yang dok mengadu kat mak kata bosan takdak apa nak buat kat rumah sepanjang PKP ni. Suruh eksesais kang sentap lagi. Eh!
Mak bagi atas nun, contoh saja. Nak memberi idea kot kot la ada yang tak terfikir akan benda benda tu semua so mak tukang fikirkan untuk kau orang.
Agitchew..
Hah, sekarang ni mak pulak tertanya-tanya. Adakah mak ni seorang yang pelik sebab tak pernah rasa bosan dalam hidup dan ada je benda nak dibuat. Dengan tohmahan lagi konon-konon mak saja buat gitu nak attention, nak buat content.
Ha nampak. Kan busuk hati namo eh.
Nak attention buek apo. Den bukan retis. Bukan bisneswomen. Channel pun takde. Meniaga apatah laei.
Den cumo nak kongsi bondo bondo best. Aktiviti seharian den dengan diva. Sonang la waghih waghih nak tengok walau dialam maya. Nak whatsapp kadang tak ado maso. Den kan bz.
Den pun bukan macam ekau, taip tak eja penuh, buat status hanging buek orang tertanyo-tanyo bila jawab, biarlah rahsio. Apokobondo aih.
Den proofread limaploh kali sebelum post hokeh. Den ado standard posting den sendiri.
Den takkan post bondo bondo yang merosakkan reputasi den as mak yang osem lagi menawan serta bijak bestari. Hah, gitchew.
Entah-entah, kau orang ni kot yang membosankan. Udah semua benda rasa bosan.😎😎😎
Percayalah, bidup ini indah untuk dinikmati. 😘
Hmmm. Gurau pun sentap. Chow!
No comments:
Post a Comment