CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label 2020. Show all posts
Showing posts with label 2020. Show all posts

Monday, December 28, 2020

PhoP challenge : Buku lama

Nak phop kat rumah, buku lama manada. Sejenis mak, mengemas saja, buang. Sekarang, menyesal banyak.



Gigih la cari kat opis buku buku lama. Terjumpa buku akta ha. Akta 164 tu, ada cop terima 20 May 1984. Dan buku Akta Mahkamah Rendah 1948 tu dibuat pindaan SATAKAT 30.06.1983. Nampakkk!

Jaman ini, mak pun belum lahir waima wujud. Maknanya usia buku ni hampir empat puluh tahun juga lah.

Kerja dengan akta dan ordinan, begitulah. Kadang-kadang rasa macam lawyer. Kadang-kadang rasa nak meloya. Kahkahkah.

Mood phop kembali ke laut. Jadi mak hantar sajalah celen kali ni kepada Cahya Mysara Zuel . Terimalah seadanya. And happy birthday! ❤️

Uuu. Disember baby memang osem! 😎

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyMysara
#PhoPByLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#HappyBirthdayMysara
#BukuLama

Monday, December 21, 2020

PhoP Challenge : Lempeng

Balik kerja terus melempeng. Ini lempeng kampung versi kecik. Kang beso beso bila nak siapnya. 

Elok setel snap, hujan pun turun dengan lebatnya. Pheww! 

Terima lah phop challenge harini dengan tema pancake atau lempeng. Zasss!



Layan betul makan hujan hujan gini. Salam Maghrib!

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyDakIntanNorzehan
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#Pancake/Lempeng

Happiness..

Happiness is not something you postpone for the future, it is something you design for the present.


Assalamualaikum wbt and good morning people! ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Sunday, December 20, 2020

Minum petang apa tu..

Kadang kadang, hidup tanpa ropol lebih menenangkan.

Minum apa petang petang gini?


#PhoPbyNadeaRamly

Nasi aruk

Nasi aruk.

Nang upa nya. Tok pakey lunch sekali lah nak. Brunch kata urang tek. 

Ya baruk!


Ke cney jak kitak urang haritok? Mek duak dirumah jak. Morning!

#PhoPbyNadeaRamly

Saturday, December 19, 2020

SOOC kauu..

Ni nama dia SOOC. Straight out of camera.

Tiada editting. Tiada adjustment.


Paling kanan anak jiran depan rumah. Yang rajin melayan diva sesambil mak siram pokok bunga, pokok bunga melur tanam tepi batas itik bertelur ayam menetas. 

Tudung serlom mak beli kat jiran lorong tigabelas nun. Sedap pakai wuuui. Udah la labuh. Sejuk hati apak kat Langkawi nun. Kahkahkah.

Masuk mesin rileks je. Awning tak kemek. Paling penting tapayah gosok. Kain best. Ringan dan tak jarang. Dan tak bergema telinga kau. Mak beli tiga. Tamak dan malas. Okbai.

#makbebel #makdiva

Thursday, December 17, 2020

Rezeki laksa.

Rezeki dapat makan laksa. Jiran hantar. Alhamdulilah.


Terima kasih KakLong Ros. ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Wednesday, December 16, 2020

PhoP Challenge : Kenangan

Kalau nak kenang balik, banyak sangat kenangan yang mak takboleh lupa. Tapi kali ini mak nak fokus pada satu kenangan terbesar dalam hidup mak.


Sembilan tahun lepas, persiapan kahwin kami 70% keluarga yang uruskan. Apak pada masa itu di Sabah. Mak pula di Sarawak. Keluarga kami di Kuala Lumpur.

Nak balik cuti tak boleh selalu. Jadi, sekali kami balik, terus selesaikan semua benda.

Kami balik tiga empat hari sebelum nikah. Rare tak? 😂😂

Masa tu la kau nak last fitting baju, nak pakai inai, nak make sure dewan okay, pelamin ko sampai pada hari dijanjikan. Belum hat kecik kecik lain bila semua tanya kau, kau nganga nganga cengang. 

Mana bekas telur. Mana bunga pahar. Mana doorgift. Lauk apa kenduri nanti. Baju tema apa. Yihh!

Bab nikah sanding bagai? Jumaat lepas Asar nikah, Sabtu resepsi belah mak, Ahad sebelah apak. Isnin dah hantar apak balik Sabah.

Takde acara tukar tukar baju. Takde malam berinai bagai. Malas. Lagipun kami penat nau nau. Apak pun bukan sejenis layan benda benda gini. Mak pun kepala sempoi malas nak serabut.

Baju mak pun putih je. Udah apak pakai uniform. Senang je ku pilih putih. Sama macam mak cakap tadi, malas nak serabot. Baju nikah je warna kelabu. Semua sewa.

Lepas dua hari sampai Sabah, apak pun hilang dari radar sebab tugasannya pada masa itu, disatu tempat yang tak ada line telefon. 

Jadi bermulalah episod kehidupan perkahwinan jarak jauh. Sampai la sekarang, keluar Aisyah Maritza seketoi ha. 

Kahwin sembilan tahun, anak baru dua tahun? 

Ye. Tujuh tahun tunggu diva ni. Baru nak muncul. Rezeki kami lambat sikit. Episod keguguran pada tahun ketiga lagi. Eh, kang panjang cerita pulak. 

Apapun, tinggalkan lah kenangan pahit di belakang nun, kenanglah yang manis manis sekarang.


Okeh, phop challenge dengan tema kenangan, siap! 

Bai. 

#PhoPbyNadeaRamly #PhoPChallengebyDoraKouru
#PhoPByLiniMohd 
#Kenangan

Tuesday, December 15, 2020

Mak tambah usia lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Segala puji bagi Allah SWT yang masih beri mak peluang bernafas dibumi ini sehingga usia mak telah pun mencecah 34 tahun tanggal 14 Disember 2020 Isnin itu hari.


Subuh hari itu, mak bangun. Menyelesaikan apa yang patut. Err dan kurang patut. Dan terus cek lesen memandu kekalau dah expired. 😂😂😂

Rupanya dah renew dua tahun terus. Takde terkocoh kocoh nak pi renew di hari kelahiran kau kan. Lelagi musim PKP ni. Misti lagi banyak restriction dan syarat nak masuk premis premis kerajaan. Nama pun norma baru. Silalah adapt bersama sama.

Stereng kereta tu mainan harian. Jalan tu pun trek mainan mak. Jadi lesen memandu itu merupakan satu tiket paling penting dalam kehidupan harian mak. Ha nampakkkk. 

Lega lepas tengok lesen hidup lagi, mak bersiap lepas suruh diva pilih baju apa mak kene pakai haritu. Kasi can anak la kali ni. 😉

Dan anak kau pun gembira melihat mak dia lawa dan puji kata mak dia macam princess. (Mak kembang hidung time ni. Kahkahkah)

Takde apa mak nak coret sangat pun. Cuma beberapa perkara yang mak buat dikala usia usia begini, lebih kepada minat dan kepuasan diri sendiri. Dan mak nak kenang balik kenangan menginjak setahun kedepan ni banyak ajar mak tentang mengenali diri sendiri.

Mak terjebak dengan dunia phop atau nama penuhnya phone photography.

Mak mengalami beberapa siri tekanan emosi yang teruk.

Mak juga kehilangan sahabat yang mak kasihi. (Al Fatihah untuk Arwah Mohd Adha bin Mat Yusoff dan Arwah Laila Ainy binti Halake)

Orang kata, benda tak best tak payah ingat. Tapi pada mak, itu buat kita lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.

Hari kelahiran ke 34 ni, macam biasa saja. Bezanya mak dapat banyak wish dan doa dari kawan kawan. 

Ya ampun semua. Sebab hari Isnin memang superduper bz la kat pejabat weh. Dengan public mengamok tak puas hati. (spoil betul mood birthday girl haku tauu..😂😂😂) Takdan nak balas satu satu ucapan kalian. Mintak maaf sangat sangat. Tapi serius mak baca semua. Kat whatsapp. Kat telegram. Allahu. Banyaknya orang baik baik keliling mak. 🥺🥺🥺 Dan mak harap semua yang baik baik juga berbalik kepada kalian.


Malam nak tidur pula dapat suprise. Mak dapat top 3 phop challenge #paperbag itu hari. Terkejut betui sebab tak expect langsung. Gambar kawan kawan lain lawa juga. Tapi itulah. Rezeki kan nama dia. Apalagi, tidur dalam senyum lah malam tu. 😂😂😂

Berturut-turut Tuhan beri. Kau cuma tinggal syukur. 

Terima kasih emak abah, suami, mama abah adik beradik. 

Again, thank you for all the wishes, du'as and nice words. Itu lebih besar nilainya untuk mak.

Teruskan doa tuk diri sendiri, families, friends dan semua umat manusia.

Thank you korang! Lap yu olss lah..❤️

Psst. Macam teringin nak bau baby lagi. Eh! Bai.

Nota : Ucapan dari apak, moga jadi mak yang lebih penyabar. 😂😂😂😂
 Sabar jela haku. 😂😂😂

Regards,
Mak Yang Semakin Berusia

#nadearamly #makbebel

Thank you korang!

Thank you for all your wishes semalam kawan-kawan. Tak terbalas satu satu. 


Assalamualaikum and good morning! ❤️

#PhoPbyNadeaRamly #pblmsupports

Monday, December 14, 2020

Top 3 Winner! Yay!

Terkejut pun ada. Result phop challenge #paperbag dah keluar. Mak dapat top 3 weh! 

Ni gambar last minit hantar. 


Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Hadiah hari jadi di penutup 14 Disember ni. ❤️

Link post klik SINI.

Terima kasih host dan ticer Lini. Sangat bermakna sebab selama join phop challenge, ini first time dapat top 3. Task #sweetcandy dapat top 40 ritu pun dah gembira yakmat. Mudahnya gembira kan mak kan. 😂😂😂

Nampak kecil pada sesetengah orang, tapi impak dia besar pada mak. Mari gigih mengephop. Huyeh!

Tidur dalam sinyummm..😂😂😂

Terima kasih again! Mak pun love you all lah.❤️

#phopbynadearamly #paperbag

PhoP Challenge : Something Yellow

Untuk hos PhoP challenge Kak Aziela Amin, yang berkongsi tarikh lahir dengan Nad hari ini.


Terimalah, something yellow seadanya. Happy birthday to us! ❤️


Terima kasih yang wish. Moga semua yang baik baik berbalik pada kalian juga. Korang memang osem!

Belanja la like satu tanda support mak dah tambah umur harini. Kalau komen lagi osem. Thank you korang!! ❤️❤️

#PhoPbyNadeaRamly #PhopChallengebyazielaamin
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#SomethingYellow

Friday, December 11, 2020

Aisyah Maritza At School : Mengecat

Aktiviti : Gotong-royong mencantikkan taska.

Objektif
♥️ Pergerakkan motor halus dan moto kasar kanak-kanak.

♥️ Memberi pengalaman baru kepada  kanak-kanak untuk mengecat dinding.

♥️ Mengajar kanak-kanak mengenal warna.



📸 Taska Safwa

.

Okeh. Boleh tolong mak cat bilik lepas ni. 😌😌😌

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m
#TaskaSafwa

Wednesday, December 9, 2020

PhoP Challenge : Something Green

Memeriahkan phop challenge hari ini dengan tema Something Green.


Balik kerja terus shoot ha. Nasib ada cahaya sikit lagi. 

Terimalah!

Potong potong letak asamboi, cili api, gula sikit, masuk peti ais phewww, misti sedap kan.


Menjejeh rasa air liur. Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly
#phopchallengebyLea_yusof
#PhoPByLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#SomethingGreen

Tuesday, December 8, 2020

Rojak chor..

Dinner!

Tak rasa nak makan nasi, jadi balik tadi singgah kedai chor kat Pekan Gurney beli rojak buat makan malam. Aisyah pula mak belikan nasi lemak.


Bila kerja, memang dapur mak tu jadi hiasan saja. Kahkahkahkah.

Yang mana balik kerja dan masak tu, mak betul betul salute. Korang memang hebat! Mak macam biasa, huruf M tu lebih besar dari segalanya. 😌😌😌

Nah, terimalah menu-konon-nak-kurus. Tadaaaa...

Tak pernah mengecewakan! 🤤🤤🤤

#PhoPbyNadeaRamly

Aisyah Maritza At School : Chocolate rice

Aktiviti : Coklat rice

Objektif
♥️Memupuk semangat kanak-kanak dalam bidang kulinari.

♥️Memupuk semangat bekerjasama.

♥️Mengajar kanak-kanak erti. kesabaran dalam melakukan aktiviti.




📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y6m #TaskaSafwa

Monday, December 7, 2020

PhoP Challenge : Paper bag

Shoot last minit, hantar pun seminit sebelum wisel tamat berbunyi. Kahkahkah.

Dugaan betul nak shoot dari tengahari tadi. Mood mengephop pun masih tak kunjung tiba. 

Tak apalah. Terimalah tema phop challenge hari ni, paper bag. Bai.



Gene martino? Itu je saiz yang sedang elok dengan ketinggian dan saiz mak kalau nak beli baju ready made selain Zawara. Lain, mak tempah dengan tailor diraja mak nun di Kedah nun. 

Macam lama je takde baju baru. 😌😌😌

#PhoPbyNadeaRamly #PhopChallengebySyueSalim
#PhopbyLiniMohd
#AlumniAPCphopChallenge
#PaperBag

Saturday, December 5, 2020

Kena marah baru nak tidur..

Lepas kena marah baru nak tidur.


Ni lah anak Asyrani tu. Yang request hari hari nak makan ayam sesaje. 

Tidur pun payah nau. Aiya..

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

PKPB tamat.

Alhamdulilah. PKPB ditamatkan di Perak kecuali Daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Syukur! 

Yang masih PKPB, kuatlah kawan-kawan. Kami mendoakan. ❤️

Selamat petang korang! 


Nota : inspired by gambar ticer.

#PhoPbyNadeaRamly

Roti poket Doremon

Ada lebihan roti, mak buat la poket doremon ni. Resipi ternampak kat Cookpad. Simpan, peram, baru dapat buat.


Biasalah. Mak bukan rajin masak. 😅😅😅

Eh. Assalamualaikum, selamat pagi! Korang breakfast apa pagi ni? 

#PhoPbyNadeaRamly #PhoPbyLiniMohd #PBLMsupport