Kalau nak kenang balik, banyak sangat kenangan yang mak takboleh lupa. Tapi kali ini mak nak fokus pada satu kenangan terbesar dalam hidup mak.
Sembilan tahun lepas, persiapan kahwin kami 70% keluarga yang uruskan. Apak pada masa itu di Sabah. Mak pula di Sarawak. Keluarga kami di Kuala Lumpur.
Nak balik cuti tak boleh selalu. Jadi, sekali kami balik, terus selesaikan semua benda.
Kami balik tiga empat hari sebelum nikah. Rare tak? 😂😂
Masa tu la kau nak last fitting baju, nak pakai inai, nak make sure dewan okay, pelamin ko sampai pada hari dijanjikan. Belum hat kecik kecik lain bila semua tanya kau, kau nganga nganga cengang.
Mana bekas telur. Mana bunga pahar. Mana doorgift. Lauk apa kenduri nanti. Baju tema apa. Yihh!
Bab nikah sanding bagai? Jumaat lepas Asar nikah, Sabtu resepsi belah mak, Ahad sebelah apak. Isnin dah hantar apak balik Sabah.
Takde acara tukar tukar baju. Takde malam berinai bagai. Malas. Lagipun kami penat nau nau. Apak pun bukan sejenis layan benda benda gini. Mak pun kepala sempoi malas nak serabut.
Baju mak pun putih je. Udah apak pakai uniform. Senang je ku pilih putih. Sama macam mak cakap tadi, malas nak serabot. Baju nikah je warna kelabu. Semua sewa.
Lepas dua hari sampai Sabah, apak pun hilang dari radar sebab tugasannya pada masa itu, disatu tempat yang tak ada line telefon.
Jadi bermulalah episod kehidupan perkahwinan jarak jauh. Sampai la sekarang, keluar Aisyah Maritza seketoi ha.
Kahwin sembilan tahun, anak baru dua tahun?
Ye. Tujuh tahun tunggu diva ni. Baru nak muncul. Rezeki kami lambat sikit. Episod keguguran pada tahun ketiga lagi. Eh, kang panjang cerita pulak.
Apapun, tinggalkan lah kenangan pahit di belakang nun, kenanglah yang manis manis sekarang.
Okeh, phop challenge dengan tema kenangan, siap!
Bai.
#PhoPbyNadeaRamly #PhoPChallengebyDoraKouru
#PhoPByLiniMohd
#Kenangan
No comments:
Post a Comment