Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Segala puji bagi Allah SWT yang masih beri mak peluang bernafas dibumi ini sehingga usia mak telah pun mencecah 34 tahun tanggal 14 Disember 2020 Isnin itu hari.
Subuh hari itu, mak bangun. Menyelesaikan apa yang patut. Err dan kurang patut. Dan terus cek lesen memandu kekalau dah expired. πππ
Rupanya dah renew dua tahun terus. Takde terkocoh kocoh nak pi renew di hari kelahiran kau kan. Lelagi musim PKP ni. Misti lagi banyak restriction dan syarat nak masuk premis premis kerajaan. Nama pun norma baru. Silalah adapt bersama sama.
Stereng kereta tu mainan harian. Jalan tu pun trek mainan mak. Jadi lesen memandu itu merupakan satu tiket paling penting dalam kehidupan harian mak. Ha nampakkkk.
Lega lepas tengok lesen hidup lagi, mak bersiap lepas suruh diva pilih baju apa mak kene pakai haritu. Kasi can anak la kali ni. π
Dan anak kau pun gembira melihat mak dia lawa dan puji kata mak dia macam princess. (Mak kembang hidung time ni. Kahkahkah)
Takde apa mak nak coret sangat pun. Cuma beberapa perkara yang mak buat dikala usia usia begini, lebih kepada minat dan kepuasan diri sendiri. Dan mak nak kenang balik kenangan menginjak setahun kedepan ni banyak ajar mak tentang mengenali diri sendiri.
Mak terjebak dengan dunia phop atau nama penuhnya phone photography.
Mak mengalami beberapa siri tekanan emosi yang teruk.
Mak juga kehilangan sahabat yang mak kasihi. (Al Fatihah untuk Arwah Mohd Adha bin Mat Yusoff dan Arwah Laila Ainy binti Halake)
Orang kata, benda tak best tak payah ingat. Tapi pada mak, itu buat kita lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.
Hari kelahiran ke 34 ni, macam biasa saja. Bezanya mak dapat banyak wish dan doa dari kawan kawan.
Ya ampun semua. Sebab hari Isnin memang superduper bz la kat pejabat weh. Dengan public mengamok tak puas hati. (spoil betul mood birthday girl haku tauu..πππ) Takdan nak balas satu satu ucapan kalian. Mintak maaf sangat sangat. Tapi serius mak baca semua. Kat whatsapp. Kat telegram. Allahu. Banyaknya orang baik baik keliling mak. π₯Ίπ₯Ίπ₯Ί Dan mak harap semua yang baik baik juga berbalik kepada kalian.
Malam nak tidur pula dapat suprise. Mak dapat top 3 phop challenge #paperbag itu hari. Terkejut betui sebab tak expect langsung. Gambar kawan kawan lain lawa juga. Tapi itulah. Rezeki kan nama dia. Apalagi, tidur dalam senyum lah malam tu. πππ
Berturut-turut Tuhan beri. Kau cuma tinggal syukur.
Terima kasih emak abah, suami, mama abah adik beradik.
Again, thank you for all the wishes, du'as and nice words. Itu lebih besar nilainya untuk mak.
Teruskan doa tuk diri sendiri, families, friends dan semua umat manusia.
Thank you korang! Lap yu olss lah..❤️
Psst. Macam teringin nak bau baby lagi. Eh! Bai.
Nota : Ucapan dari apak, moga jadi mak yang lebih penyabar. ππππ
Sabar jela haku. πππ
Regards,
Mak Yang Semakin Berusia
#nadearamly #makbebel
No comments:
Post a Comment