CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Friday, August 4, 2017

Laman Green The Boutique Hotel

Short vacay yang boleh juga KakJOjes gelar hari berehat berdua lah dengan suami.
Gituwww..

Memandangkan flight somi sampai dalam jam 9.30 malam, maka KakJojes rasa eloklah kami saja ambil masa berdua-duaan diluar. 
Sembang-sembang.
Makan-makan.
*makan itu harus.

Maka seminggu sebelum ketibaan yang berbahagia somi,
kakJOjes dah book hotel ala-ala short vacay lah kan.
dan Laman Green The Boutique Hotel menjadi pilihan KakJOjes di laman web Booking.com itu.
 Senang booking kat sini.
Walaupun tak kerap booking, tapi senang la.
Mudah.
*sebebarnya sebab KakJojes suka hijau. Jadi apamende yang tulis hijau atau green, suka ..hahahaha..

OKeh, kami sampai sekitar jam 10.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Subang.
Yang bestnya sebab KakJOjes pilih Laman Green ni sebab interior dia.
Humangaihhh.
Cantik weh..

Terletak di Shah Alam, Laman Green ini berada berdekatan dengan Giant Shah Alam dan juga Stadium Shah Alam.
Serius tak jauh..
Camana cari?
Pakai MAPS la.
kahkhakh..

Lagi best, Nasi Lemak Cinta Sayang sebelah itu je.
PErut dah lama kan.
Somi pun sama.
Dah check-in, letak beg, kami terus pergi makan.
Kebuluran.
hahahhaha.


Somi suruh letak kat Facebook KakJOjes.
Boleh?

Okeh, masa check-in tu, front-desk officer sungguh la ramah.
Kau orang tahu lah KakJOjes punya pertanyaan tu terkadang orang hilang sabar juga.
hahahhaha..

Dan kau bertambah rasa selamat bila masa check-in, kau perlu kemukakan kad nikah atau sijil nikah kau.
Siap ada macam peringatan di meja pendaftaran tu beserta undang-undang dibawah perkara sekian sekian.
Lupa pulak nak tangkap gambar.
So hotel ni bukan la hotel yang orang suka suka nak keluar masuk.
sebab hanya pasangan love bird macam kita yang ada PAS EKSLUSIF dari tok kadi saja boleh menginap ya.
hahhahahaha.

Tak ada kad nikah camana?
kau bawak la salinan letak dalam dompet.
Lepas tu handphone kau canggih manggih kan.
snap la yang asal tu skali simpan.
Letak gambar selpi bebanyak boleh pulak.
mende la..

lepas dah selesai urusan check-in, kami pon letak la beg segala bagai.


Kami dapat bilik di tingkat bawah.
Mujur.
Takpayah haku nak naik tangga.
Lif tak pasti ada ke tidak. 
Lupa tanya.
tapi dekorasi hotel ni memang terbaik lah.

Masuk saja bilik, taraaaa..


Style korea jepun kauu..
kami suka betui.
kuikuikui.

Lepas tu pergi la melawat tandas dia.
Phew..
macam toilet dalam pesawat.

Nah, KakJojes keluar tandas je, tengok tengok dah begini.
sudah, mari kita pergi makan.
Laparr..

dan kami pun ke restoran yang berada sebelah hotel Laman Green ni saja.
Dah lama tak pekena nasi lemak memalam do.
layannnnnn..

Esoknya, kami perlu bergerak pulang ke rumah suami.
Kami ada tugas yang perlu diamanahkan.
hoho..

tapi nak posing dulu.
hahahha..


Okeh, masa checkin ritu, KakJojes sempat amik brochure depa nih.
Nah KakJOjes snap kan untuk rujukan korang.




Walaupun kami hanya stay satu malam saja, Laman Green antara boutique hotel yang terbaik KakJojes pernah tempah sesuai dengan harganya.
Jika kau orang nak ke Shah Alam atau kawasan sekitarnya,
boleh la cuba satu atau dua malam disini. 
Malam disini meriah.

Tak ada tempat lain ke KakJojes?
pi lah jauh sikit.

sebab esoknya tu kami aktiviti kami full.
so tak dapat la jauh sangat.
Bulan dua nanti kita pergi jauhhh sikit.
gituuw...

eh okaylah.
Jumpa di lain entri.

Semoga ia membantu kalian dan semoga sukses buat owner Laman Green The Boutique Hotel ini.
Terbaik lahhh!
KakJOjes dan somi, kami 5 bintang!

Nota : Kita orang Islam, ikut la undang-undang Islam kan? Saja habaq. okbai.

Friday, March 4, 2016

Island Hopping, Langkawi


Masa cuti Thaipusam tu, KakJojes mengambil kesempatan terbang ke Langkawi untuk berjumpa suami.
*misti korang dok heran asek entri kat Langkawi saje.*

Orang kata kalau pi Langkawi, aktiviti wajib-buat ialah ISLAND HOPPING.
Maka, menjadi tugas KakJojes lah untuk servey dan membuat sedikit rujukan sebelum ke sana.
Gituuuu..

ISLAND HOPING ni kita akan dibawa ke tiga tempat menarik iaitu
Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pantai Beras Basah.

Seperti yang ejen kami inform, kami perlu ada di tempat yang ditetapkan pada jam 9 pagi.
Senang cerita, kami tunggu kat opis depa ni je lah.
Sekitar jam 9.15 pagi, van kami pon sampai.
Lewat sedikit katanya sebab ada masalah sikit.
Laut pula surut.
Masa tu KakJojes dok bayang laut takda air.
Hahahaha..
Dasyat tak pemikiran.

Tak jauh pun, lepas tu kakJojes sampai kat jeti tu.
Kami diberi satu pelekat yang kene lekat kat baju supaya ejen yang handle kami tu kenal dan boleh cam.


Masa sampai tu kat jeti memang ramai dah.
Kami juga kene ingat nombor bot kami.
Okeh, kita selpi dulu.


Tak lama tu kami dapat naik bot..
Yayyyyy!
Seperti yang dijanjikan, bot kami memang tak ramai.
Kami amik pakej RM30.
Korang ade bace RM25 kan.
Ha, tu kene dok berimpit.
Penuh bot.
Kami punye bot dalam 11 orang ja..
Ilek. Selesa tau.



Mula mula tu abang bot bawak ilek je..
Tak lama kendian, wooo, lajuuu..
Abeh air masen memercik masuk ke mulut.
Hahahahha…
Lawakkkkk…

Okeh, lebih kurang 15 minit perjalanan, bot diberhentikan di satu tempat.
Dan abang bot suruh tengok kiri.
Taraaaaaa..



Tercapai jugak impian KakJojes nak tengok depan mata.
Yang orang dok kata memang ade bentuk seorang wanita mengandung sedang berbaring.
Korang Nampak tak?
KakJojes Nampak jelas!
Subhanallah..
Besar kuasaMu Ya Allah.

Perjalanan kami diteruskan.
Dan tak lama kendian, yayyy..
Kami dah sampai..




Kami diberi 1 jam.
Kami diingatkan semula nombor bot sebab nanti nak naik semula bot yang sama tuk ke destinasi seterusnya.

Okeh, posing jap.



Dulu, kata blogger, tak kene bayar.
Sekarang, ada bayar ye adik manis.
Ala, RM3 saje.
Kanak-Kanak bawah 6 tahun FREE.

Untuk ke tasik tu.
Korang kene jungle trekking sikit.
Ada la dalam 5 ke 8 minit mendaki turun dan meneruni cerun tu.
*mengah juga la KakJojes walau selalu pegi zumba pon..hahahahahha..

Lepas Nampak je tasik tu , gembira sungguh rasa..
Yayyyyyyy!
Pahtu dok teringat kawan-kawan soh minum air tasik tu pulak.
Hahahaha..
Hijau tasiknya..
Nama pun tasik..

Posing lagi.



Memang agak ramai la masa KakJojes sampai tu..
Pelancong asing pon ramai.
Pelancong tempatan pun ada.
Ada yang hanya rendam rendam kaki.
Ada yang nak naik kayuh kayuh kat kaki tu.
Dan mandi manda ofkos laaa..

KakJOjes tak reti berenang.
Maka perlu sewa life jacket.
RM5 saje.
Lepas pakai tu, takut pulak nak turun.
Kah3..
KakJojes tak reti berenang dan kalau masuk air kene pijak dasar.
Ni nak pijak celah mana.
Dah la belagak taknak yang kat kolam yang depa sediakan tu..
Nak yang tasik lepas tu ja.
Hahahahaha..

Dok tepi tebing tu, siap nak cakap kat hubby,
Takot.
Tapi tak sempat cakap, beliau dah tolak kakjojes.
Dan bedebushhhhhh..

KakJOjes jatuh ke dalam tasik..
Tenggelam sikit la.
Pahtu tertelan air tasik tu.
Tawar…
Uuhuhuhukkk..
Kembang tekak sat..

Takpa la tertelan kan.
Hahahhahaha..

Somi lama tak berenang.
Seronok la tuuu..




KakJojes yang pakai life jacket ni tekedek kedek dalam air berenang.
Kah3..
Malu pulak rasa.
Tapi apedehal.
Selambaaa sudahhh…

15 minit sebelum cukup 1 jam.
Kami mendaki semula jungle trekking tersebut tuk kembali ke bot.
Hohoooo..

Tengah tunggu bot ha.
Ramai kat jeti wehh..

Lepas naik bot, kami ke destinasi seterusnya iaitu Eagle Feeding..
tak jauh sangat la dari Tasik Dayang Bunting tu..
Sini kalau ekot pakej katenye sejam kat situ.
tapi takyah lelama pon takpe.
sebab tengok burung makan saje.
ha, nampak tak?


Okeh, destinasi ketiga ialah ke Pantai Beras Basah.
dok tanya somi.
Mana beras yang basahnye..
Beliau hanya diam membisu.
hahahahha..


OKeh, sampai dah..
banyak gamba kami berdua je la..
dah nama pon berdua.
pahtu ada yang tak brani nak post sebab seksi seksa bekgron nye.
Kami tak mandi kat sini.
sebab berpasir..
Malas tukau baju juga.
hahahhaa..
so kami lepak lepak.
makan.
sebab kebuloq gila tadi dah.
wuuu..

layan la nah ha gambar-gambar okeh.















Kami  pulang semula ke jeti dengan perasaan yang gumbira..
gila ko tak gumbira.
berjimba dengan suami tercinta..
hahahahaha..

Semoga berjumpa lagi.

Ada cerita best Kak Jojes cerita lagi okeh.
zasss..