CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 5, 2012

"HUB-STATION MADAM SEA"

Hi semo! fuh fuh..lame tak hapdet blog. Bersawang-sawang dah nih..

Baek, misti tertanya2 apakah itu tajuk entri saya kan? Meh meh nak citer..*teruja nih..*

'Hub-Station Madam Sea' adalah satu page yang dibuat khas sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan isteri-isteri tentera laut. Ha, jangan tak tahu. Kebanyakan isteri tentera laut ni manyak yang berniaga. :)

Sesuai dengan namanya, Hub-Station, kami menjadikan page ini sebagai medium untuk mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Madam Sea pula merujuk kepada kami, iaitu isteri-isteri kepada tentera laut yang independent dan tabah. *wiwittt*.

Pada mulanya kami cuma mempromot produk2 di 'group' UPNW (Unofficial Page : Navy's Wife) sahaja tetapi idea untuk mengembangkan lagi produk2 ini telah disumbangkan oleh salah seorang ahli grup yang juga merangkap moderator dan admin untuk grup tersebut.

Pada mulanya, kami hanya berbincang melalui chat dan akhirnya direalisasikan dengan tertubuhnya satu lagi 'group' dan 'page' yang dihandle oleh admin itu sendiri (admin grup UPNW). Dan tarikh 4 JUN 2012 adalah tarikh keramat dimana grup ini tertubuh dengan rasminya dengan jumlah admin adalah 4 orang. :)

Usaha kami mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan ahli-ahli UPNW. Terdapat barangan seperti produk kesihatan Shaklee dan Jus Delima. Tudung serta brooch yang bermacam2 bentuk dan design pon ada dijual disini. Selain dari itu, kami juga menerima tempahan baju kurung, kebaya, kurung moden, jubah dan juga jahitan manik.

Tempahan untuk kekabu, babycoat dan bantal pon ada juga yuuu..Juga bagi sesiapa yang meminati felt craft, boley juga datang dah lihat keychain felt yang turut dijual dengan harga yang berpatutan.:)

Tujuan Hub-Station Madam Sea ditubuhkan adalah untuk membantu mengembangkan lagi empayar bisnes isteri-isteri tentera disamping menambah networking dikalangan pengusaha yang lain. Kami juga memberi peluang kepada isteri-isteri tentera untuk mempromotkan produk mereka.

Kami mengalu-alukan anda untuk mengunjungi page kami, hanya taip Hub-Station Madam Sea dan tekan butang 'like'.

atau klik "Facebook" di tab blog saya.

Silalah berkunjung dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk berdasarkan maklumat yang telah diberikan atau bertanya terus pada page tersebut. Insyaallah, kami akan membantu sedaya yang mungkin. :)

Jangan lupa tekan 'like' ya.

Terima kasih..:)

SEDIA BERKORBAN!

No comments:

Post a Comment