Ingat entri KakJojes naik skybridge tu?
Okeh, itu last jumpa somi.
Dan kali ni KakJojes dapat jumpa somi semula...
Yayyyyy!
Untuk orang yang bekerja makan gaji seperti KakJojes dan berjauhan dengan suami,
Cuti haruslah diambil dan digunakan sepenuhnya.
Memandangkan somi memang susah cuti maka KakJojes haruslah berkorban sedikit demi beliau, suamiku tercenta.
Cewahhhhhh..
Kali ini berbeza sikit sebab KakJojes perlu bawa Cik Putih bersama.
Suami memerlukan khidmat beliau disana.
Dan maka dengan kenangan dan jasa yang Cik Putih curahkan selama dengan KakJojes,
KakJojes dengan ini menyerahkan semula Cik Putih kepada tuannya semula.
Sobssss..
Jam 6 pagi, 23 Januari 2016,
Cik Putih meluncur laju meninggalkan base Lumut dengan seribu kenangan.
Menuju ke destinasi baru bersama En. Suami.
Ke.
.
.
.
.
.
.
.
Langkawi.
Hoyeh..
Sebagai balasan.
En Somi menggantikan KakJojes dengan Cik Jojes untuk berkhidmat kepada KakJojes.
Siapa Cik Jojes?
Biarlah rahsiaaaaaa..
Segala dokumentasi Cik Putih telah disiapkan seminggu sebelum bertolak.
Langkawi Auto adalah pilihan kami memandangkan sebelum ini kami pernah gunakan servis mereka.
Alhamdulilah, segalanya dipermudahkan.
Bagi kereta yang dibawah 2000cc, harganya berbeza dengan dibawah 1300cc.
Boleh google Langkawi Auto untuk maklumat.
KakJojes bertolak jam 6 pagi dimana sepatutnya Kakajojes dah mula bergerak jam 5 pagi untuk sampai jam 10 pagi di Kuala Perlis.
Namun, satu kejadian telah berlaku dimana alarm KakJojes tidak bebunyi.
Dan KakJojes hanya terjaga pada jam 5.30 pagi!
Kelamkabot bersiap lah..
Mujur barang2 dah loading malam tu.
Memang terus pecut.
Amazingly.
Lumut - Kuala Perlis, KakJojes buat dalam masa masa 3 jam setengah!
Somi kata, semua jalan dia pecut 160km/jam.
Kawan kata, laju nya woiiiiii..
KakJojes perlu sampai jam 10 pagi sebab dah mula checkin masa tu.
So KakJojes tiada pilihan melainkan pecut.
*kene cek saman nanti nih,wuuu.
Jam 9.30 pagi, KakJojes dah sampai depan kaunter Langkawi Auto.
KakJojes terus ke kaunter dan checkin.
KakJojes diberi kertas berwarna hijau untuk diberikan semasa loading Cik Putih kelak dalam feri.
KakJojes call suami.
Tak dapat.
Call lagi.
Tak dapat.
Whatsapp.
2 tick tapi tak biru.
KakJojes call semula.
Dapat ada ringing tapi tak angkat.
Banyak kali call tak dapat.
KakJojes mula resah.
Cik Putih perlu checkin selewat lewatnya jam 10.15 pagi.
Suami dah bitahu semalam.
Feri beliau dari Langkawi ialah jam 9 pagi.
Dan dijangka sampai jam 10.30 pagi.
Camana ni..
Camana ni.
Mula rasa resah.
Kakjojes takde pengalaman nak uruskan semua sorang2 nih.
Nanti suami sampai, kakjojes dah naik feri cane.
Tak sempat nanti cane.
Macam2 dalam kepala kakJojes fikir.
Jam mula menghampiri 10 pagi.
Kakjojes nekad, KakJojes perlu juga naik RORO itu tanpa suami kalau beliau tak sempat sampai.
Tiba tiba.
Whatsapp masuk.
Papa sampai dah nih.
Mama kat mana.
Rasa nak melompat!
Somi sampai dahhhh.
Yayyyy!
Selepas lokasi diberi, suami mula carik KakJojes.
Alhamdulillah.
Legaaaaaaa woi.
Jumpaaaa.
Feri laju pulak kali ni katanya.
Tu sampai awal.
Fuhhhhh..
Nak pinsan dah rasa tadi.
Hahahahaha..
Tiba masa yang ditetapkan, Cik Putih pon loading ke dalam RORO.
*depa kata RORO, KakJojes pon ekot la sebut RORO*
kih3.
Taraaaa..
Cer teka mana Cik Putih.
Masa ini kami dah naik ke tempat penumpang.
Nak duduk dalam kereta pun boleh.
Takde masalah.
Tapi KakJojes ambik kesempatan ini tuk explore kapal RORO ni.
Dan bergambar opkoslah.
Jam 11 pagi, RORO mula bergerak meninggalkan jeti Kuala Perlis.
Bersama kereta kereta dan penumpang yang lain.
Ini pemandangan dari atas feri.
Cantik kan.
😊
Ini ruang dalam feri.
Siap ada cafe tau.
Jual roti bakar. Megi.
Air.
Harga takyah compare dengan kat darat.
Nama pun feri,
Atas air.
Maka, harga ialah standard cruise.
Hohoo.
Kami lapar, tak makan lagi.
Jadi ajak somi beli roti.
Dan kakjojes makan megi atas feri inj berharga rm3.
Jam 1.15 camtu, kami sampai ke jeti.
Bukan jeti kuah okeh.
Dia ada jeti lain khas tuk kereta.
Iaitu terminal Tanjung Lembung.
Dekat dengan Bukit Malut.
Dari dalam feri, memang boleh nampak.
Dan finally, Cik Putih berjaya menjejakkan kakinya a.k.a tayarnya di Pulau Langkawi.
Alhamdulilah.
Duduk baik baik dengan papa okeh.
Mama gonna miss you sayang..
Okeh, jom bawak Cik Putih kenal jalan Langkawi.
Orang tanya KakJojes.
Tau jalan ke pi Kuala Perlis.
Berani ke drive jauh jauh.
Suami bagi ke drive sorang2.
Kenapa pergi sorang.
Jawapan KakJojes mudah.
1. Percaya Allah SWT.
2. Restu SUAMI penting.
3. Kepercayaan SUAMI itu PERLU.
4. Perlu lakukan juga sebab hanya itu PILIHAN yang kita ada.
Kalau navy dikira seatime mereka di laut.
KakJojes boleh kira kilometer atas darat.
😊
Kawan kawan kata,
KakJojes wanita besi.
KakJojes senyum saja.
Mungkin sebab itu kot suami pilih KakJojes.
Kot la.
Hadap saja ape depan mata.
Korang saja tahu kemampuan korang.
Dan takde sape nak tolong diri korang melainkan diri korang sendiri.
3 jam setengah dari Lumut ke Kuala Perlis.
Itu memang tak pernah terfikir.
Terima kasih Allah permudahkan semuanya.
Entri makan best kat Langkawi?
Adaaaaa.
Tunggu tau.
Zassss..
No comments:
Post a Comment