CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 24, 2016

Jangan cuba cuba datang Cafe De Boy's ni. Menyesal!

Menyesal!
KakJojes sungguh menyesal datang sini.
Korang pun jangan cuba cuba datang sini.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebab nanti korang asyik nak repeat datang.
Sebab makanan sedap.
FRESH.
Air buah dia PURE walau pada masa kami datang pilihan diberi hanya dua iaitu limau dan epel.
Sebab dia tepi LAUT!
Dan sebab cafe ni osemmmm!

Tajuk saspen.
Bahahaaha~

KakJojes sajes sape ke Langkawi, sila la jangan lepas peluang try makanan kat sini.
Khabarnya di Langkawi, cafe De Boy's ialah yang pertama membuat konsep shell out nih!
Woooooowww!


Somi tersenyum simpul.

Kat mana cafe De Boy's ni?
Terletak di Kuala Teriang.
Namun agak tersorok.
Untuk memudahkan pencarian, boleh waze Sea Side Guest House.
Atau terus waze nama cafe De Boy's ni.
Nak cakap pun tak reti sebab somi yang bawak.

Taraaaa...


Ini kami share berdua.
Boleh request nasik atau kalian mahu ratah begitu saja.
Lala dia besar besar wehhhhh!
Fresh pulak tu.
Wuuu.

Sambil meratah dan menikmati ke'fresh'an udang, sotong, ketam, lala itu,
Kalian akan dihiburkan dengan muzik jazz yang KakJojes rasa wuuu, tenangggnyaaaaa.


Sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa menampar muka.
Cewahhh.
Drama sangat.
Betul betul tepi laut.
Which is KakJojes memang suka laut.


Ini share berdua.
1 set ini berharga RM35.
Berdua pun jenuih juga nak abehkan.
Sape kuat makan,
Penggila seafood,
Boleh la amik sorang satu set.
Fresh okeh.!

Mahal?
KakJojes rasa affordable je harganya.
Taktahu lah orang lain.
Masakan pun sedap sampai menjilat ibu jari kaki.
Bahahahaha.

Okeh, untuk tambah nasi dan air,
Opkos la harga lain.
Kemain korang nak harga tu jugak.
Dah kata tadi, 1 set tu,yang lauk lauk itu saje.

Bagi yang kenal KakJojes.
Korang tau kan haku ni jenih payah abes minum air maneh maneh meleting nih.
Tapi.
Air oren osem yang KakJojes hoder nih.
Buat KakJojes sedut sampai habis dan ais dia aku kunyah.
Suami order air epal.
Tu pon sebok haku dok sedut sikit.
Mengendeng.
Nak rasa..
Selain dari dua air buah ni,
Pilihan lain ialah air tin.
Rugi lah datang jauh jauh tak rasa air buah depa.
Air tin buleh beli kat kedai.
Muahaahhaa..


Rilek je bekas dia.
Tapi sedap tu tahap sedut sampai abes.
Tekejut somi KakJojes melihat daku menghabiskan air yang sebelum ni dia lah yang tukang abiskan air KakJojes.

Okeh.
Dari segi layanan.
KakJojes puas hati.

Tempat.
KakJojes kasik 5 bintang.
Tapi.
Kalau korang jenih jaga standard,
Nak makan berekon.
Awal haku cakap ni,
Sini bukan jiwa kalian.
Sini ade ekon semulajadi.
Kang menggelupur pulak sebok nak berekon.


Okeh, abeh makan.
Jangan salah faham.
Bukan KakJojes sorang makan ni.
Berdua dengan somi.

Disaran datang Cafe De Boy's ni awal.
Peak time mereka adalah jam 9 malam ke atas.
Memang ramai.
Takut takdak meja.
Kami datang awai.
Dan masa kami datang memang tak berapa ramai orangnya.

Semua pekerja KakJojes lihat adalah lelaki.
Mungkin sebab tu nama cafe depa De Boy's.
Kih3.


Waktu operasi ialah bermula jam 5 petang hingga 12 malam.
Hari selasa tutup.

Apapun, jangan lupa LIKE Facebook depa.
Support mereka dan rasai pengalaman makan yang osem di Langkawi.



Zassss..


No comments:

Post a Comment