Hang pi mana.
Hang pi mana.
Hang pi mana.
Ceq ke Kedah Darul Aman.
Hohoooo..
Pada hujung minggu yang lalu bersamaan 6 dan 7 Ogos 2016.
KakJojes dan sahabat ronggeng, Ayin namanya.
berjalan ke Kedah berjumpa sahabat sahabat se intake suami yang sama.
Mudah citernya.
Suami kami ni sama intake.
Depa masa Navy dulu adalah intake yang sama.
Bila mereka berkawan maka kami bini bini ni pon berkawan la juga.
Tak la semua kami kompoi tapi boleh kata kami semua hampir satu kepala.
Camana kenai?
Dah laki kami dok hangkot pi sana sini masa kenduri kawan kawan depa.
Masa tu la kami berkawan.
Dan terus jadi rapat camni.
Ada yang KakJojes tak pernah jumpa pon tapi sembang tu diaaaa.
Macam kenai lama..
*amik mood kedah lagi. Hehehehee..*
Okeh.
Sudah yang itu.
Mai nak ceghita.
KakJojes dan beliau yang dalam gambaq sat g hampa tengok la na sampai muntah ni last minit plan.
Haritu pernah planning nak mai sini tapi.
Atas desakan dan kekangan masa.
Tak la jadi.
Ini last minit masing masing pakat tanya laki.
Bulih ka dak kami nak pi.
Nasib depa bagi.
Macih somiiii.
Memandangkan KakJojes kerja maka kami decide gerak la pada pagi sabtu.
Ni la kawan KakJojes yang jojes.
Depa kata kami BFF.
Bespren po eba.
Tak pa lah.
Yang pasti dalam Facebook KakJojes lagi banyak muka dia.
Ok bai.
Kami bertolak jam 10.30 pagi dimana KakJojes yang memandu dulu.
Takpa..bagi dia rehat dulu.
Sat g soh dia drive.
Hahhahahaa..
Dan destinasi pertama kami ialah ke Jeniang.
Iaitu rumah Liza.
Hoyehhh..
Sejak Liza pindah ke Kedah.
KakJojes tak jumpa jumpa dia.
Sobsss.
Kalau dulu masa kami sama sama dok blok C,
Umah Liza la selalu jadi venue utama kami berkompoi.
Liza ni pandai masak.
KakJojes pandai makan ja.
Hehehek.
Untuk ke Jeniang.
Korang kene susur keluar ke Gurun.
Dan rumah Liza tu, terussss je.
Sampai bosan terus.
Ok ni tipu.
Kami selamat sampai pada jam 2 petang.
Alhamdulilah.
Dan kendian disuruh makan oleh Liza dan kakak iparnya yang sungguh baik hati.
Ade kari woii.
Eh. Sini panggil gulai.
Korang tau gulai ikan dia cenggini.
*up ibu jari*
Lepaih makan kami kidnap Liza kejap nak pi Pala Bataih (Kepala Batas) pulak rumah Ku Adella.
Kawan kami juga.
Itu pon jenuih la pujuk.
Nak buat kek la.
Nak buat tu lah.
Nak buat nih la.
Grrrrrr..
Akhirnya beliau tewas.
Bahahahaha..
Ok posing duluuu.
Dengan tema Maroon 5.
Hoboooo.
Tapi ni 6 orang.
Tak kisah la.
Macam biasa.
Kami tak janji pon.
Tetibe.
Gerak lu pape rojer.
Jeniang - Pala Bataih pada KakJojes tak la jauh mana.
Dekat je.
*depa habaq maksud dekat org Kedah org utagha tu dalam sejam gitu. Tokojuit den. Hahahhaa.*
Umah Dila pon senang je cari.
Kami exit Kepala Batas.
Tak lama tu sampai.
Dan.
Tempat kalau berjumpa haruslah terus pi dapoq.
Dok kat meja makan.
Nampak tak.
Nampak tak.
Ruang tamu punya segak.
Pi dapoq jugak.
Kih kih kih.
Ompompuan dan dapoq berpisah tiada.
Hahahak.
Dila masak laksa weh.
Yeyyyyy...
Nah belanja satu gambaq.
Nasib satu ja ada.
Dah buat kecoh kat dapoq orang kami kecoh pulak kat ruang tamu Dila.
Bergambar haruslah wajib.
Eh..!
Lepas ja magrib, kami gerak balik Jeniang.
Kami dah janji nak tidoq umah Liza.
Kecik pulak hati beliau nanti.
Sampai rumah biasalah dah mandi mandi.
KakJojes lapar.
Haku ni semedangnyaaa laaa lapaqqq..
Teruih Liza huloq tin beskot.
Bukak bukak ada kerepek pisang.
Ko rasa?
Ngap teruis laaa.
Ini home made tau.
Mak Liza buat.
Fuh.
Macam kat kedai rasa dia.
Buat sendiri memang rasa lain sikit.
Makcikkkkk.
Nak tapauuu..
*padahal mak Liza kat umah depa sendiri. Hukhuk*
Kelaparan KakJojes tidak terhenti disitu.
Dek teringat gulai ikan yang sedap sampai jilat ibu jari kaki tu.
KakJojes pon demgan tak malunya.
Angkat pinggan makan nasik pulak.
Panaskan gulai.
Pahtu ngap.
Dengan sapa lagi.
Si Ayien teng teng tu la.
Dia puncaaa segalanyaa.
Diaaaaaa punca KakJojes makan tengah malam.
Uwaaaaaa..
Pukui doblas hang tau dak kami makan sampai jilat pinggan.
*jilat pinggan tu tipu*
Dan kami pon tertido dalam kekenyangan.
Esoknya pon tiba.
Kami terpaksa bergerak ke Kepala Batas semula untuk hantar kain pasang yang nak ditempah.
Maklomlah.
Adik KakJojes nak kahwen.
Maka kakak dia yang Jojes ni kene la buat baju.
Nak hantar tailor lain dah tak terima.
Huhuhuk.
Posing jap sebelum balik.
Berat hati nak balik.
Liza pon nampaknya sedih.
Maklomla..
Kami la buat dia makan tetengah malam juga.
Hahahahaha.
Dah pelok ciom bagai.
Kami pon bergerak semula ke Pala Bataih.
Kene amik Dila dulu.
Sebab tailor tu sepupu dia.
Mana kami tau rumah.
Lagi dan lagi.
Hahahahak.
Rumah tailor tu tak jauh mana.
Dekat je dari rumah Dila.
Yang bestnyaa..
Ada sawah terbentang luas.
Bestnyaaaaaa...
Menyempat!
Okeh.
Mai pi tempah kain pasang cepat.
Lapaq dah.
Wani dah whatsapp tanya hang kat mana.
Sabaq cek oi.
Hahahahak.
Kenai dak kain terbentang Jojes tu.
Dah sampai tangan tailor kauuuuu.
Hahahahak.
Berebut beli songket bunga tabur ni.
Dapat jugak ahernya.
Hahhahahaa.
Baru puas hati aku.
Lepas dah ukoq badan bagai.
Kami pon mula.bergerak ke destinasi seterusnya.
Tapi layan la sat gambaq ha.
Cantik kan.
Hijauuu je.
Tenang.
Okeh.
Wani dah whatsapp lagi.
Cepat cepat.
Tah apa dimasaknya.
Sampai je rumah sahabat lagi sorang.
Wani namanya.
Terus cedok nasik..
Lapaqq oii..
Nasib tak jauh rumah depa.
Hahahaha.
Masak nasik beriyanii kooo..
Ko hadooo..
Okeh.
Mari makan..
Lepas aktiviti makan.
Aktiviti bergambar pulak lahhh.
Untuk makluman.
Kawasan rumah Wani ni sangattt laaa best.
Tanah lapang.
Boleh main bola.
Heheheek.
Moh la layan gambaq sat.
Klasik nyahhh..
Kat tangga gittew.
Hehehek.
Lepas tu kami hantaq Dila dan anak anak balik.
Sampai ja rumah anak anak teruih lena.
Penat la main main seronok berjalan juga.
Apepon kene bergambar duluuu.
*sila jangan muntah*
Kali ini tema merah mak ngah.
Mak ngah sangattt..
Korang tau apa yang tak ternilai harganya?
Persahabatan.
KakJojes first time tau jumpa Dila depan depan gini.
Selama ni kami dalam grup ja sembang.
Tak sangkaaa aihh dapat jumpaaaa.
Allahu.
Syahdu rasa.
Dah la layanan tiptop.
Baik.
Ramah.
Hidang makan best best sampai order brownies.
Terima kasih Geng Utagha.
Banyak kami tak mampu balas.
Kalian terbaikkk.
Banyak juga KakJojes belajaq perkataan baru.
Hebakkkkkk..
Hahaahaha..
Sehingga bertemu kembali sahabat sahabatku.
Buat Liza, Dila dan Wani.
Terima kasih juta juta dari kami.
Tak tau nak habaq dah.
Makanan semua sedappp.
Hueaaaa..
Sahabat tanpa syarat.
Semoga kalian sentiasa dalam rahmatNya.
Amin ya rabb.
Nota : Alamak..hutang entri kat SArawak. Tunggu okehhh..
Zassss..
No comments:
Post a Comment