"Kami setuju cerai. Anak biar suami jaga. Saya takda masa mahu jaga anak. Saya pun tak tahu kalau saya ada masa melawat mereka nanti. Saya sibuk". Keras suara si isteri. Sambil menjeling suaminya penuh benci.
Menjengkelkan! Getus hatiku.
Aku lihat suami nya yang berada tidak jauh dari situ menunduk sayu. Mungkin tidak menjangka perkahwinan selama 8 tahun berakhir begini. Namun, tidak akan sesekali anak disia siakan. Mana mungkin anak sendiri dijaga orang lain. Walau si ibu tidak mahu mereka lagi. Dia tetap ayah mereka dan biar dia yang menjaganya!
Ya Puan. Biar saya saja jaga mereka. Balas si suami. Kelat senyumannya.
Aku mengangkat kepala dan berhenti menulis, memandang tepat kepada mereka.
Baik. Kataku pendek sambil kembali menulis baki ulasan di fail.
Tuan dan Puan tunggu di luar sebentar. Kami akan keluarkan satu surat perakuan dan kalian boleh mula mencari peguam bersama memandangkan kedua duanya bersetuju tentang hak penjagaan anak dan beberapa syarat yang kalian juga telah persetujui tadi. Bawa surat itu bersama.
Kedua dua nya mengangguk faham dan keluar.
Aku tidak boleh emosi. Aku juga tidak boleh berat sebelah. Aku perlu dengar dari kedua duanya. Perceraian hanya akan terjadi apabila salah satu pihak tidak mahu meneruskan lagi perkahwinan dan tidak dapat didamaikan. Adakah tugas aku disini melihat kehancuran rumahtangga setiap manusia? Ya. Terpaksa. Mereka juga terpaksa.
Anak? Mereka mangsa.
:-)
Belajar sesuatu hari ini? :-)
No comments:
Post a Comment