CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 30, 2017

Shocking Sale Shoppee

Semalam, appointment kat klinik desa. Sebab dah tau payah nau kau nak kencing, jadi duduk dalam kereta, pasang ekon kuat kuat, minum air setengah botol.

Sambil nak tunggu proses perkumuhan tersebut berjalan lancar, tangan kau pun gatal klik aplikasi Shoppee dan klik Shocking Sale.

Eh, kasot Larrie tengah sale! (Kononnya) Padahal rasa lebih kurang saja harganya kalau di kedai. Dan kau pun campak dalam 'troli' dan terus cek cek cekidautt kacing kacing, setel bayaran.

Masa nak tengok apa ada lagi, tiba tiba pundi kencing dah bagi sign dan kau pun cepat cepat masuk klinik untuk buat rutin buku pink tu. Dan kau pun terlupa nak usha menda lain lepas tu sebab kakak kakak misi tu buat KakJojes buka kaunter pertanyaan JPN pula. Kahkahkah.

Hari ini, kasot sampai, kau boleh buat buat lupa kau beli apa kan dan rasa mata bersinar sinar macam dapat duit soploh juta. Hahaha. Gila cepat sampai! 

Jadilah. Hadiah untuk diri sendiri sebab lama tak beli kasot leper gini. Baru rasa comel. Asyik rasa cantik je dengan heels 5 inci kau tu. Sekali sekala jadi comel apa salahnya. Okbai.


Kau teka la sampan tu saiz apa. Kalau bijak, kakJojes doakan kau orang dimurahkan rezeki lagiii. Gituu. Hahak.

Okeh, lapar. Bai.

Aimi Nadiah Ramli
Nak Comel Saja

#kakjojesbebel

Tuesday, December 26, 2017

Tekanan darah yang rendah.

Nampak bintang bintang tadi dah berdebar sungguh. Nombor masih belum dapat. Ramai bakal-bakal ibu buat pemeriksaan hari ini. Ramainya, lebih dari biasa. 

Nak bersandar, sakit pinggang pula. Kepala makin berpusing. Ini, kalau pengsan juga, memang KakJojes tawakal. Tak apalah. Kat hospital pun. 

Jururawat tadi (Puan Sopiah) memang pesan, nak muntah atau apa, cepat cepat beritahu beliau. Mana tak nya, tekanan darah kali ini bacaannya 86/55.

Sempat juga beli sandwich dan air kotak tadi, buat alas perut. Kawan kawan memang pesan jangan tak makan. Beg tangan kau memang sumbat makanan saja. Tak boleh lapar.

Dapat jumpa doktor, doktor terus beri MC, tak cakap banyak. Cuma kata, awak balik, banyak banyak rehat. Masuk kereta, hantar report dalam grup pejabat dan updet suami. KakJojes masih tersandar. Pening.

Dapat kekuatan sikit, hantar MC terus ke pejabat. Hospital dan pejabat KakJojes tak jauh. Rambutan yang abah kait semalam pun KakJojes hantar sekali. Buat anak anak buah tersayang.

Balik, singgah beli makanan, makan dan tidur. Tak dapat fikir apa. Pening yakmat. 

Dah ok sikit, tengok sejarah tekanan darah dari awal checkup, bacaannya 110/60, 110/70 dan 91/61. Tadi pagi 86/55. 😕 Rendah sangat tu Emi. Kata kawan-kawan.

Emi nadia, emi nadia. Kau tinggi tapi tekanan darah kau rendah pula.

Oh la kaseh. Lama tak nampak kain warna hijau. Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Lama Tak Beli Kain

#kakjojesbebel #nadearamly

Wednesday, December 20, 2017

Bapak..

Bapak.

KakJojes kira, tak ada lagi orang panggil bapak zaman sekarang ni. Tapi, KakJojes ada sorang kawan masa belajar di UiTM Seri Iskandar dulu panggil ayahnya bapak. Serius!

Sekarang orang lebih suka panggil ayah, daddy, papa, abi. Abah pun dah kurang. Budak budak 80an mungkin masih panggil ayahnya abah. Mungkin peredaran zaman juga kan. 

Kau yang jadi mak pula, kalau dah berpisah, usah buat anak jadi mangsa. Kalau itu anak kalian, tak usah la mohon buang nama ayahnya. Ini, gaduh saja, cerai saja, nak tukar nama anak. Nak buang nasab anak. Punya benci sampai taknak ada kaitan kononnya.

Esok dah baik, dah tak gaduh, nak nama asal semula pula. Kau ingat ini pejabat bapak kau punya? Eh!

Letih tahu.

Minggu ini, nak balik ke desa. (Cewah..) Rindu abah. Emak. Adik adik.

Anak anak kau orang panggil apa?

Nota : KakJojes panggil abah tuk ayah dan ayah mertua.

Aimi Nadiah Ramli
Abah Nama Ramli


#kakjojesbebel #kakjojesatwork

Sunday, December 17, 2017

Takoyaki..tak tahan..!

Semalam petang, KakJojes ke pasar. Nak cari makanan. Jalan punya jalan, nampak takoyaki.

Eh, takpe. Jalan dulu. Mana tau jumpa benda lagi best. Nasi, macam tak berapa selera. Nak cari yang kuantiti kecil saja asbab KakJojes tak boleh makan banyak macam dulu.

Tapi takoyaki masih terbayang-bayang dimata. Tengok makanan lain, masih juga nampak takoyaki. Siap beli mee goreng basah (itu saja yang ada saiz kecil dan berselera), KakJojes ke gerai takoyaki semula.

Masuk kereta, tak tunggu apa, terus bukak dan makan. Fuh! Tak tahan betul. Kahkahkah.

Sori la Luna. Tak dapat kongsi. Mami makan sorang. Takdan sampai rumah. Terlalu menggoda. Tapi mami ada beli ayam guring seketol. Khas untuk Luna tersayang. Muahahaha.

Terhangus sikit ha tapi takpa. Nanti kita beli tempat buat takoyaki tu. Eh!! Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Mami Luna


#kakjojesbebel

Saturday, December 16, 2017

Rewang opis

Rewang.

Berbekalkan tiga biji periuk Noxxa, kami bergotong royong memasak selama dua hari berturut turut selain menyambut sekali harijadi kakitangan bulan November dan Disember. Oh, ada satu pemanggang dari CJ Wow Shop. 

Anak anak ramai. Begini lah. Kahkahkah.

Menu Khamis : Nasi putih. Tomyam. Sayur campur. Ayam goreng berempah. 

Menu Jumaat : Nasi putih. Nasi goreng koboi. Ikan bakar. Ikan bilis tempe goreng. Masak singgang.

Tambahan lain lain adalah inisiatif kakitangan.

Nota : Seronok makan ramai ramai. 





#kakjojesbebel

Tuesday, December 12, 2017

Lapan tahun sudah..

8 tahun.

Hari ini genap lapan tahun kita tunang. Nak cari gambar tunang, nanti stress tengok dulu dulu kurus. Kahkahkah.

Hadiah? MC dari Klinik Zarina. Pukul empat pagi dah bertapa dalam tandas, keluar masuk keluar masuk. Sikit lagi nak bawak bantal tidur dalam tu.

Sian mini. Macam macam dugaan dia. Kata somi. Haah, lepas tu kamu tido dengan gembira dan saya masih keluar masuk tandas sampai pukul 9 pagi. Huhuk.

Mengantuk! 


#asyaimi #nadearamly

Friday, November 24, 2017

Kasih..

Pintu dikuak. Tiga orang masuk ke bilik sekaligus. Belum sempat KakJojes bertanya, lelaki separuh abad beruban putih bersuara memohon kebenaran masuk bersama anak lelakinya dan juga isterinya. Anak lelaki mereka memaut tangan ibunya erat, dan dipimpin sehingga duduk di kerusi dihadapan kami.

Misti ada sesuatu. Bisik hati KakJojes. 

Jika diikutkan, hanya pemohon sahaja dibenarkan berada bersama-sama ketiga tiga panel. Namun, atas budi bicara pengerusi, boleh dibenarkan dengan syarat hanya pemohon bersuara dan bercerita semasa sesi berlangsung.

"Saya kemalangan pada tahun 2011. Pada mulanya, saya masih nampak dan masih boleh bekerja namun lama kelamaan penglihatan saya semakin kabur."

Tenang beliau menjawab soalan KakJojes. Ya, kami perlu tahu sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi sebelum 'perpisahan' berlaku. Dan kau orang jangan ingat bertanya tentang kisah sedih dan bermain dengan emosi seseorang itu senang.

"Pada 2012, teman wanita saya mendesak untuk berkahwin namun keluarga saya tidak bersetuju memandangkan kesihatan saya yang semakin teruk dan tidak pulih pulih. Namun akhirnya saya terpaksa juga berkahwin pada 2013 setelah didesak teman wanita berkali kali.

Dan pada tahun 2014, saya terpaksa berhenti kerja kerana penglihatan saya semakin teruk sehingga sekarang.

Doktor juga mengesahkan saya tidak dapat melihat semula kerana saraf mata saya telah rosak disebabkan kemalangan itu."

Lelaki itu berhenti bercakap. KakJojes lihat ibu yang berada disebelahnya mengesat air mata. Dipegang tangan ibunya, diusap usap lembut. Memujuk mungkin. Bapanya masih tenang. Diam. Sesekali menggangguk perlahan.

"Dua punca yang saya boleh rasa kenapa isteri mahu berpisah adalah kerana kesihatan dan juga saya tidak lagi bekerja. Saya memang tidak mampu bekerja dengan keadaan saya begini."

"Tak apa lah Miss. Dia juga memang mahu berpisah." tambahnya lagi. Senyum. Kacak betul, eh!

Kau rasa masa ini apa KakJojes rasa dengan hormon up and down ni lagi, fuh! Tapi tetap kena menten professional walau dalam hati dah menangis nangis tak henti henti.

Selesai sesi, sebelum beredar, KakJojes bertanya apa rancangan beliau selepas semua ini selesai.

"Saya mahu ke kelas Braille. Saya perlu bangkit semula dan tidak mahu menyusahkan ibubapa saya lagi. Saya mahu bekerja. Mereka sudah tua dan cukup terkesan dengan semua ini." 

Ada keyakinan dalam kata katanya. KakJojes angguk angguk.

"Baik. Semoga berjaya. Kita jumpa lagi pada sesi kedua." 

"Thank you Miss, Mr Ong n Madam." Ujarnya sambil memegang bahu ibunya, dan berjalan keluar. 

Ah! KakJojes tak suka perasaan ini! 

Agaknya, berapa ramai pasangan suami isteri yang mampu susah dan senang bersama-sama ? Wallahualam.



Aimi Nadiah Ramli
Yang Kadang Emosi Terpeleot Jua

#nadearamly #kakjojesatwork #tribunal

Thursday, November 23, 2017

Kak Jokes The Untold Stories : Part 1

Oktober 2017.

Bulan sebelumnya, memang KakJojes sedikit sibuk dan penat dengan kenduri kendara. Untuk rekod, tahun ini dua kenduri kahwin adik kakJojes dan satu kenduri adik ipar KakJojes. Sebagai kakak yang osem, misti la kau antara orang kuat adik adik kau kan. Kahkahkah.

Dah nama pun kenduri. Penat tu mistilah ada. Penat tu pulak bukan hanya fizikal dan mental saja. Emosi pon sama. Tang emosi tu paling taktahan bila kau berat je hati nak balik Manjung. Sungguh!

Dah sebab tanggungjawab dan amanah yang kau pikul tu, nak taknak kena la balik juga kan. Haah, macam selalu, yang KakJojes shoot pepagi buta tu. Kali ni perjalanan agak jauh sebab terpaksa guna jalan Sungkai-Bidor tu, siap sesat barat entah kemana. Allahu, seram bila ingat semula!

Minggu yang KakJojes lalui seterusnya pula terasa lambat benar. Lagi lagi di pejabat. Tak sabar nak pukul 5, nak balik tidur. Baru hari isnin, dah tak sabar nak hari Jumaat. Tengahari jarang tidur dah jadi kuat tidur. Letih ya amat! Hujung minggu pula, KakJojes dah siap siap rancang nak rehat puas puas. Iyalah, penat tak habis lagi kononnya.

Masa ini, KakJojes masih taktahu apa sebenarnya terjadi pada KakJojes. 

..bersambung



#KakJojesTheUntoldStories #nadearamly 

Wednesday, November 22, 2017

Kongsi.

Kongsi.

[11/22, 5:08 PM] SERLOM Kak Nonie: Rasa macam nak tulis kat facebook. Share cerita kan.

[11/22, 5:10 PM] nadea ramly: Kan..dengar pendapat orang. Kita bukan nak mintak simpati, kita nak doa orang. Kakjojes pon nak share jugak tapi tu la nak menulis tuu. Kene jiwaaa. Nak mintak doa pon ada ayatnya.

[11/22, 5:14 PM] SERLOM Kak Nonie: Haha... Betoi. Jap lagi payah pulak interpretation orang ni kita risau. Kita nak mintak doa. Kot depa nak kata riak pulak.

[11/22, 5:15 PM] nadea ramly: Pahtu nak bagi orang baca dalam nada positif bukan senang. 

[11/22, 5:15 PM] SERLOM Kak Nonie: Ye betul tu. Banyak benda risau. Kaknonie pun bertahun baru ada kekuatan nak cerita ni. Sebelum ni nak tulis ja ayaq mata keluaq dulu.

.

KakJojes kongsi lagi perbualan kami petang tadi dengan nama sekali. Senang kau orang paham katanya.

Benar. Ada orang mencari kekuatan bertahun-tahun untuk berkongsi sesuatu. Yang hanya diri dan orang terdekat sahaja tahu. Asbab tidak mahu dikata riak, sengaja minta simpati dan sebagainya.

Masih memikir apa orang keliling fikir. Apa orang keliling cakap. Dan apa orang keliling anggap. Dengan harapan tiada yang terluka. Tiada yang terkesima. Tiada yang berduka.

Ada juga yang tidak kisah berkongsi rasa. Semua mahu dipapar. Semua mahu dicanang. Dah sifatnya manusia. Suka dipuji. Suka dirai. Suka diingati. Berilah. Kau tak rugi. Nama pun kehidupan.

Begitulah. Manusia yang unik yang Tuhan cipta untuk kau saling memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri. Juga saling melengkapi. Dunia ini bukan untuk kau seorang.

Positiflah senantiasa. Yang baik baik juga akan datang semula dekat kau. Tak ada yang baik, kau diam diam saja. Kalau catitan di bahu kiri itu kau nampak, pasti kau berjaga jaga.

InsyaAllah KakJojes akan kongsi kisah 'kehilangan' KakJojes selama ini dengan hashtag #KakJojesTheUntoldStories. Kemain hashtag kauuu. kahkahkahkah. Opst, dengan syarat, baca dengan suci hati. Okeh?

Nota : Terus teringat #kisahkutaksempurna dengan ayat, hidup ini bukan tentang kita aja. Ouch!

Aimi Nadiah Ramli
Baik Baik Aja

#nadearamly #kakjojesbebel


Friday, October 20, 2017

Wangi gila!

Hadiah.

Hari ini, enam pasangan hadir untuk upacara perkahwinan. Untuk mengelakkan ke'hilang'an mood secara mendadak, KakJojes memerlukan wangian yang sedikit lain dari selalu.

Jadi, perisa Vanilla inspired by The Body Shop dicuba. Eh, rasa macam nak makan tangan sendiri. Bau sebijik macam aiskrim vanilla tu. Kahkahkah.

Macam biasa #cekgoomarkonah akan cuba menggayakan ikut sukahati dia. Lipsetik lupa pakai katanya. 😒

Untuk yang suka tukar tukar bau ikut angin, boleh buat koleksi perfume inspired ni. Mudah bawak. Mudah sembur. Dan mudah habis. Kahkahkah. 

Berapa lama tahan nanti kita tengok sampai petang. 

Kalau nak, KakJojes ada lebih. Saja beli lebih. Kau orang kan suka tanya benda yang aku beli seketui dua. Okbai.


Nota : Seronok pagi pagi dapat hadiah walaupun dari diri sendiri. 😌

Aimi Nadiah Ramli
KakJojes Yang Sibuk

#nadearamly

Friday, October 6, 2017

Sabah : Kinabalu Park

Lepas selesai di Desa Dairy Farm tadi,
Kami pun turun nak ke destinasi seterusnya iaitu Kinabalu Park.

Taraaa..



Memang ada bayaran dikenakan ya kawan kawan.




Mari kita belajar geografi!





Posing lagi lah kan.
Kahkahkah.

Laluan pejalan kaki disediakan.
Dan serius kitorang berjalan hampir 10km jugak lah.
Nasib baik KakJojes bijak.
Pakai kasot sukan.
No heels heels okeh..









Lepas penat berjalan, kami melepaskan lelah diruangan yang disediakan.
Dan ini pandangan dari atas tempat parking kereta.



Belakang tu dah mula berkabus.
Hujan pun dah mula turun sikit sikit.
Kata orang, elok turun sebelum kabus tebal.







Dah, jom balik.




Boring tak tengok gambar?
Kahkahkah.

Nasib la.
Dah nak dekat setahun peram entri.
Matilanaakkk..

#kakjojes #nadearamly

Part 1 : Hariani

"Saya letak jawatan!"

Sampul putih itu dihempas ke meja.

"Puas hati?" Tambahnya lagi. Sambil bulat merenung wanita separuh abad dihadapannya itu. Wanita itu tersenyum sinis.

"You won't go far Hariani" ujarnya mengejek.

Hariani mengetap gigi menahan marah.

Kau siapa nak kata begitu. Kau bukan tuhan. Rezeki itu rahsia Allah. Dan kau akan menyesal orang tua. Kau pasti menyesal! Hati Hariani menjerit. Dalam. Tidak terlontar.

Hariani keluar sambil menghempas pintu bilik majikannya yang kini sudah menjadi bekas majikannya. Beg tangannya di kerusi dicapai dan barang-barangnya segera dikemaskan. Dia tidak mahu lagi berada di sini, di sekeliling manusia yang penuh pura pura, dusta dan mementingkan diri. Segalanya berakhir hari ini.

"Yani.."

Satu suara menegurnya. Hariani menoleh ke belakang. 

"Ya Encik Arman." Balasnya gagap. Terkejut. Hanya Nita, satu satunya rakan sekerja yang memanggilnya Yani.

"Jumpa saya di bilik saya sekarang.." kali ini, keras suara lelaki yang dipanggil Encik Arman itu.

Hariani mengangguk angguk laju. Tanda faham.

Alamak. mati aku!

Samb..

#hariani #nadearamly


Kehidupan dan kesyukuran

Kehidupan.

Tak kisah kau siapa, kasta kau apa, latarbelakang kau apa, ada masa kau kalah dengan emosi. Kalah dengan takdir. Dan kau salahkan diri atas apa yang dah berlaku.

"Salah saya. Kenal enam bulan terus kahwin". Katanya.

Kadang kadang bukan masa penentu segala. Bukan semua salah kita. Cuma, ia tentang bagaimana kita kawal dan terima semua yang ada sekeliling kita.

Kami menerima desakan mempercepatkan keputusan permohonan tribunal kes beliau asbab tidak tahan lagi di dera secara mental oleh pasangan. Dua tahun katanya cukup menderita.

Senyum. Angguk angguk tanda faham. Mahu beri orang faham, bukan senang. Yang bukan hanya dia sahaja mengalami begitu. Bukan hanya fail dia kami selami. Dan bukan masa beliau saja diambil kami.

Kalaulah beliau tahu ada pasangan sudah 32 tahun didera emosi, fizikal dan mental, pasti beliau rasa syukur walau sedikit.

Apa lagi mahu cakap? Tak perlu. Ada perkara kau tak perlu terangkan. 

Syukur! Itu saja akan buat kau gembira harung hidup ini. 

Psst, ada orang tanya KakJojes pakai baju apa hari ini. 😂😂😂


Aimi Nadiah Ramli
Masih Syukur

#kakjojesatwork #tribunal