CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 13, 2017

Adab melawat. Saja Pesan..

Bila kau melawat kawan kau yang tak sihat, jika niat kau nak gembirakan dia, ceritalah benda yang buat mereka tersenyum, melupakan sebentar kesakitan yang ditanggung. Bukan kau pula yang meraung-raung. Baik berdepan mahupun di talipon.

Tak ada salah bersimpati. Tak ada salah bertanya itu ini. Tapi, biarlah dia buka bicara sendiri. Yang salah, saran itu ini. Tak pandang kanan kiri. Sempat lagi cari untung rugi.

Kawan kawan. Berpada-padalah mengekspresikan rasamu. Kawan kita mahu semangat jitu. Kawan kita tak mahu menangis selalu. Simpan saja dibelakang airmata mu. Sebab tangisan kamu tidak pun membantu.

Berdoalah kepada Tuhanmu. Dalam solatmu. Juga dalam hatimu. Tanpa sesiapa tahu. Kerna ada diantara kamu kamu dan kamu, doanya mustajab disisi Tuhanmu.

Jaga adab. Jaga hati. Jaga jari. Tuhan ada memerhati. 

Aimi Nadiah Ramli
Tak biasa dengan yang biasa

#kakjojes #nadearamly


No comments:

Post a Comment