CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 4, 2017

Susah lah!

Berlari lari lah KakJojes ke tandas selepas bersilat bagai nak rak tadi. Ramai pula orang hari ini.

Terdapat seorang wanita yang sedang bercakap di telefon. Nadanya kedengaran agak tinggi. Selesai urusan, KakJojes ke sinki untuk membasuh tangan.

"Susah la dik ada laki. Bagus tak ada laki, senang!" 

KakJojes tersentak. Cakap dengan aku ke? Rasanya kami berdua saja dalam tandas ini. KakJojes pandang wanita tadi melalui cermin. Masih melihat telefon yang telah dimatikan taliannya.

"Menyusahkan saja. Duit duit duit!" Kali ini suaranya keras lalu memandang KakJojes. KakJojes senyum. Semasa mahu keluar tandas tadi, beliau masih disitu, mengomel seorang diri.

Begitulah rumahtangga. Ada masam manisnya. Ada pahitnya juga. Bukan semuanya indah belaka. Jika sabar kau tahap buku lali, ego kau tinggi melangit, sistem komunikasi kau gagal, kau rasa kau mampu hadap badai rumahtangga yang indah itu kah? Tanya saja.

Semoga wanita tadi dipayungi rahmatNya. Amin..

Nota : Ia bukan tentang saya dan awak, tetapi kita dan kami.

Aimi Nadiah Ramli
Isteri biasa biasa

#nadearamly #kakjojes


cantik ke idok?
Meh tengok sini. 👇
https://nadimorana.wordpress.com/2017/07/03/kain-pasang-baby-roses-cotton/

#nadimora #kainpasangmurah

No comments:

Post a Comment