CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 1, 2017

Apa ada pada terima kasih?

Selesai upacara perkahwinan tadi, KakJojes terus dihujani ucapan terima kasih dan selamat hari raya oleh saudara mara pengantin.

Pengantin yang tadinya gugup mula tersenyum. Biasalah. Macam kau orang juga. Nebes nak akad nikah mula mula kan.

"Cik err Puan cuti raya?" Tanya salah seorang dari mereka semasa KakJojes mahu melangkah keluar dari bilik upacara. 

"Ya. Cuti." Kata KakJojes sambil senyum.

"Hati hati drive nanti ya. Terima kasih sekali lagi dan selamat hari raya." Ucap lelaki separuh abad itu. 

"Sama-sama. Terima kasih kembali."

.

Kalau kau ada satu sebab untuk kau bersedih, kau sebenarnya ada seribu sebab untuk kau gembira. Termasuklah orang orang yang Tuhan hadirkan sekeliling kau tanpa kau sedar. Tanpa kau sangka.

Sedikit ucapan terima kasih adakalanya biasa pada seseorang namun luarbiasa bagi orang lain. 

Semoga ukhuwwah kita berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

Nota : Ada dua lagi pasangan pagi ini.

#kakjojesatwork

No comments:

Post a Comment