CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 26, 2017

Roti Sarang Lebah sedap!

Sarang lebah.


Entah rupa sarang lebah begini kah agaknya, KakJojes pun tatahu. Tapi yang pasti ada kacang-kacang diatasnya dicicah bersama sos butterscotch. Sesambil ditemani #kopicinotigaringgit dipetang nan indah ini. 

17 ketul, RM 15. KakJojes beli dua set haritu. Satu rumah mertua, satu rumah emak. Ngap ngap ngap, licin. Mejik!

Ini pun, bukan KakJojes buat. Haku tau order je kalau bab makanan ni. Kahkahkah. Boleh la hubungi Puan Nur Jannah Shaid ini ditalian +60 13-603 9625. 

Beliau ini kawan sekolah KakJojes sejak tadika. Kau orang nak tanya pasal kopi #hkcc tu pon boleh. Sebab beliau pernah beli berkotak-kotak dulu. Kurus juga katanya. 

Nota : Untungla siapa ada di Kepong, Selayang dan sekitarnya. Boleh COD saja.😌

Aimi Nadiah Ramli
Makan Itu Indah

#rotigebu #saranglebah #kakjojesmakantakhabishabis

Wednesday, September 20, 2017

"Betapa beruntungnya kita disatu sudut yang lain."

"Betapa beruntungnya kita disatu sudut yang lain."

Itu kata sahabat KakJojes. Memujuk seorang lagi sahabat yang dalam kesedihan. 

Begitulah. Hidup kau ini, beri manfaat pada yang lain. Walau pada kau itu biasa biasa, mungkin pada mereka itu luar biasa. Walau kau rasa itu tidak bermakna, mungkin ia besar impaknya pada mereka. Apa pun balasannya, biar Tuhan yang tentukannya.

Lihat bunga ditaman kita, bukan bunga ditaman jiran tetangga. Manusia sifatnya tidak sempurna. Iri hati cemburu, itu biasa. Cuma, kita perlu syukur sahaja. Kau takkan kisah apa orang ada, apa kau tak ada.

Kau hanya gembira menikmati udara yang Tuhan beri. Kehidupan yang gembira tanpa ada rasa iri. Juga senyum tanpa kisah apa orang fikir dan cakap tentang diri.

Sahabatku, aku cuma mampu berdoa, kau diberi ketabahan sentiasa. Asbab aku juga manusia biasa. Ada kekurangan sini dan sana. Namun, aku punya bahu untuk pinjaman gugurnya air mata. Dan telinga yang mendengar dengan setia.

Kekurangan kita kekuatan kita. Kelebihan kita, simpan sendiri sahaja. Kelak manis dipenghujungnya. Hidup ini bukan tentang kita saja. 

Semoga kalian semua berada dalam rahmat Nya. Amin ya rabb.


Aimi Nadiah Ramli
Masih Berjuang

#nadearamly #kakjojes #bagchomel

Thursday, September 14, 2017

Beg Comel shooting..eh!

Petang tadi balik kerja, minta izin suami. Rayau rayau cari tempat nak 'shoot' beg warna warni. Konon-konon mahu cipta memori. Hujung-hujung, laut juga pilihan hati. Ah, memang indah ciptaan Ilahi.

KakJojes suka laut. Suka tengok laut. Tapi selalu juga mabuk laut. Dulu, alergik makanan laut. Sekarang, hentam saja asal kenyang perut. Jodoh pula, dengan tentera laut. Tapi sekarang dah bersara lah dari laut. Tapi kerja pula tepi laut.

KakJojes, apa lah kau melalut? Okbai.


Nota : Pink Terkejut (dibaca Shocking Pink) tiada dalam gambar, sudah berpunya. Ehem.

Aimi Nadiah Ramli
Suka Tengok Laut

#nadearamly #kakjojesbebel #begcomel

Monday, September 11, 2017

Empat meter dapat dua helai?

Sebelum dapat kerja tetap, KakJojes kerja swasta dekat tiga tahun. Nak pakai baju kurung itu, err, hari jumaat saja nampaknya. Baju kurung pula, kau boleh kira dengan jari. Itu pun, baju raya. Kalau tak, non hado. Kahkahkah.

Masa itu, kawan merangkap eksekutif KakJojes ada bagi satu tips jimat. Jimat ruang almari kau, jimat duit poket kau.

Kau cuma perlukan satu sahaja kain untuk dipadankan dengan pelbagai baju. Contoh, satu kain hitam boleh dipadankan dengan macam-macam warna baju.

Empat meter kain, kau dah dapat dua helai baju. Dua meter baju kurung biasa atau mana mana jenis yang sesuai ikut kepandaian tailor kau orang. Juga sesuai bagi yang gemarkan kain plain dan bajunya pula bercorak.

Mahu kain bercorak pon boleh. Asalkan kau orang pandai suaipadankan dengan bajunya. 


Terima kasih la Nor Azerin (segan nak tag) bagi tips beberapa tahun dulu. Sekarang baru kita dapat aplikasikannya. Hahaha..

Tengok ada kain warna apa dalam almari dan cari dua meter lagi untuk suaipadan. Jimat! Zass!

Nota : Ada 4 helai baju untuk satu kain. 

Aimi Nadiah Ramli
Ex RMD MITCO

#nadimora #nadearamly

Notakaki : Untuk lebih banyak kain pasang terkini, klik ke www.nadimorana.wordpress.com. 😉

Sunday, September 10, 2017

Rumah pertama rumah kecil

Tak apa.

Bumbung rumah kau tak rata macam rumah orang lain, tak apa. Design rumah kau olskul pun, tak apa. Saiz rumah kau kecil dari orang lain pun, tak apa.

Asalkan kau bahagia bayar bulan bulan. Asalkan kau boleh lena tidur walau berkipas. Dan asalkan ia jadi mesin duit kau dikemudian hari. 

Rumah KakJojes nak siap. Yay!


Nota : Suka baca tulisan Dr. Azizul Azli Ahmad a.k.a abah Qilah.

Pstt, hati hati dengan scammer.

Aimi Nadiah Ramli
Gembira Banyak Cara

#kakjojes

Saturday, September 9, 2017

Minyak panas jarum mas

Jarum Mas.

Ada satu bukit di Kampung Jawa FRIM dipenuhi dengan rumput kehijauan sejuk mata memandang. Di kawasan atasnya dan sekitarnya pula dipanggil Kampung Jawa.

Masa kecil-kecil dulu, boleh kata setiap petang KakJojes dan rakan-rakan akan bermain disitu. Paling ingat, kami main gelongsor atas sofa yang sudah tidak digunakan lagi. Meluncur laju ke bawah kauu. Fuh! Budak-budak. Tahu seronok saja. 

Dan dibukit itu terdapat satu tumbuhan yang bernama Jarum Mas. Halus saja bentuknya. Memang begini. Sama. Beza cuma warna. Dah masuk botol kan. Hahaha.

Kau cuma perlu cari dicelahan rumput-rumput dan cabut hingga akarnya. Masa itu berlumba-lumba siapa dapat paling banyak. Merangkak-rangkak lah sampai comot baju dan seluar kau. 


Selepas beberapa tahun, KakJojes terjumpa minyak Jarum Mas di Langkawi masa asyik merayap-rayap seorang diri. Jauh kauu sesi pertemuan semula. Kahkahkah.

Tak fikir panjang, KakJojes terus beli. Teruja jumpa mainan masa kanak-kanak dah jadi minyak. Ini agaknya dulu-dulu depa kata boleh buat ubat.

Ubat masa kaki kau terseliuh. Ubat masa kau berguling sakit senggugut teruk. Ubat masa perut kau masuk angin tak boleh kentut. 

Best ke KakJojes minyak Jarum Mas tu? Tak best tak habis lah sampai tinggal gitu. Huuuuu. 

Tunjuk minyak ini, kau orang tahu apa tandanya? Kena gigih terbang balik Langkawi lah. Kahkahkah. Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Suka Main Gelongsor

#kakjojesbebel

Tahniah Jabatan Imigresen Lumut!

Terkejut.

Kau datang pukul 7.45 pagi, pasport siap pukul 8.15 pagi. Osem gila!

Semalam KakJojes dan suami ke Jabatan Imigresen Lumut.
Nak renew pasport.
Nak hanimun lagi la khenn.
Kahkahkah.

Jadi kami buat research sikit bukak pukul berapa.
Bawak apa.
Pakai camana.
Kau perlulah menjadi generasi yang rajin membaca gitu.
Hahahaha.

Okeh, ini yang kami dapati semalam.

Tak perlu bawak gambar macam dulu dulu. Bawak diri, pasport lama (bagi yang ingin memperbaharui) dengan kad pengenalan saja. Nanti, kau orang akan ditanya alamat mahu tukar atau tidak. Lepas itu, tangkap gambar, bayar. Selesai. Tunggu pasport siap.

Sambil duduk tunggu tu, kau baca la apa yang ada disekeliling kau. Faham dan hadam peraturan jabatan orang. Tak faham tanya. Depa pasti bantu.

Nak pergi buat pasport, rambut tu biar hitam. Mata pun. Kanta lekap berwarna tak boleh. Kita kan orang Asia. Hah, pakai baju gelap. Tudung pun. Oh, kaca mata tak boleh juga. Muka natural.

Hodoh pun kau jugak. Tuhan bagi gitu, syukur. Lawa lawa dalam pasport nak tunjuk kat siapa? Tanya je. Okbai.

Oh lagi satu. Datang awal. Tak ramai. 7.30 pagi depa dah buka. Buang perangai suka datang last minit. Bukan saja kau saja susah nanti, orang lain pun kau susahkan sama. Memudahkan orang lain kan ke bagus.

Tahniah kepada tim Jabatan Imigresen Lumut! Terbaik lah. Pantas, efisyen, tiptop! KakJojes dan suami sangat puas hati.

Okeh, dah boleh terbang. Zaas!


Nota : RM200 untuk lima tahun. Itu super osem!!

Nota tambahan : Tak ada lagi renew RM100 macam dulu dulu. Sekarang semua renew lima tahun terus. Kan ke senang.

Aimi Nadiah Ramli
Masih Teruja

#kakjojesbebel #nadearamly

Sunday, September 3, 2017

Siapa budak lahir 80-an? Kita geng!

Sepuluh tahun.

Dulu-dulu, aplikasi begini, hanya dapat di kedai atau cakera padat. Belum ada Play Store lagi. Maka, kerja kau dulu, membeli dan mencuba.


Zaman itu juga, henfon sangat mahal. Kau pakai yang ada camera tu kira osem dah. Lantak lah format VGA pun, janji bukan ada infra-red saja. Kahkahkah..

Belum cerita pasal ringtone. Siap taip sendiri. Dah rasa hebat macam komposer. Kahkahkah. Ok, cuba compose dekat henfon kau sekarang.

Setiap sen pada topup kau dulu sungguh bermakna. Kau tak dapat la nak taip penuh begini. Masok huruf ke mukasurat kedua, kau dah kira cas lain. Jadi kau akan cuba juga buang semua huruf vokal dan pendekkan perkataan yang ada. 

Ini, zaman internet pun kau masih taip tak penuh kau kedekut apa lah? Tak boleh move on zaman 3310 ka? Atau kau orang ni #dakdakwicet? Tanya saja. 😏

Siapa budak 80-an? Kita geng!

Aimi Nadiah Ramli
Bukan Budak Wicet

#kakjojesbebel