Mak tengah mandi, dipanggilnya mak berkali kali. Mak pun jenguk dari bilik mandi. Rupanya tengah sedap hisap jari.
Iya. Pintu bilik air mak buka. Senang mak jenguk ini anak dara. Sejak boleh meniarap laju tiba tiba, mak mandi koboi perkara biasa. Rasa macam nak beli satu jenis syampu sabun sekali pencuci muka. Zap zap zap siap katanya.
Ini, kain dalam mesin dibasuh tadi belum siap. Anak dah galak meniarap. Mak pun laju laju bersiap.
Kau nampak sengih dia macamana. Rasakan mak, ada hati nak tambah anak nombor dua. Aisyah belum puas manja. Bagi Aisyah masa jadi kakak yang sempurna. Esok lusa boleh jaga adik pula.
Selimut balut masa lahir itu hari. Nampaknya lupakan saja niat dihati. Takdan dibedung dah keluar kaki. Mak ketap ketap saja gigi.
Mak membuli? Ini aktiviti kami. Selamat berhujung minggi..eh! Hahahaha. Okbai.
#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel
No comments:
Post a Comment