Yang ditunggu pun dah sampai.
Masa mak tengah buat lawatan di dua premis Penolong Pendaftar Perkahwinan tadi, mak dapat mesej dari GDex yang depa on the way nak hantar barang mak.
Dan sampai saja di pejabat, album anak mak sudah pun sampai. Yey!!!!
Ini album cetakan pertama bagi #AisyahMaritza anak mak kesayangan apak dari Photobook Malaysia. Dan mak sungguh puas hati dengan kos mak cuma RM12.90!
Itu hari, masa orang tengah sebok shopping di Shopee, mak pun tak ketinggalan la. Sekali mak ternampak offer buat Photobook ini di Shocking Sale Shopee cuma RM1.
RM1 kalau tak jadi ke, apa, kau tak la ralat sangat memandangkan ini pertama kali mak buat dan berminat. Hah, kau orang yang dah pandai tu dok diam diam jari tu. Post ini khas untuk mak mak beginner macam mak yang nak abadikan momen momen bahagia dengan anak dengan kreativiti sendiri.
Mak pun checkout dan bayar RM1 tadi. Pup! Depa hantar voucher code di inbox.
Eh, nak buat apa lepas tu? Kau cuma perlu rajin membaca. Ada rupanya langkah-langkah nak buatnya. Itulah. Malas baca lagi khennn! kahkahkah. Dan dunia menggodek kembali. Zupp!
Kau perlu sign up di www.photobook.com.my dulu okeh. Dah buat semua, kau mulakanlah projek meng edit gambar gambar yang kau nak.
Apa yang mak buat, mak uplod dulu dari henfon. Dah uplod semua, mak log in guna komputer pula. Ya, ia macam rigid sikit tapi mak rasa berbaloi.
Lepas itu kau pilih la template yang kau suka. Saiz buku ini, selalunya dah diberitahu siap siap untuk sekian harga. Dan yang offer ini memang untuk buku saiz 6 x 6.
Okeh, mulakan tugas kau edit gambar. Dah siap, kau klik order. Nanti akan sampai part masa nak buat bayaran itu, kau masukkan voucher code yang kau dapat masa bayar seringgit itu hari.
Asalnya harga RM79.90 akan jadi RM1 macam depa iklankan mula mula tu.
Kejap. Sabar.
Itu belum masuk kos postage dan tambahan cas cas lain. Contohnya kau nak tukar jenis kertas ke. Jenis saiz buku ke. Semua itu cas ok. Cas.
Macam mak, mak upgrade sikit kertas itu yang ada tambahan dalam RM3 gitu lah. Tak ingat wei! Kahkah..
Tambah kos pos GDex RM8, jadilah photobook mini anak mak kesayangan apak berharga RM12.90..
Puas hati bila ko buat sendiri dengan gigihnya. Dan kasih sayang yang tak terperi nilainya.
Mak tak ada harta untuk anak mak. Mak cuma mampu cipta kenangan untuk kita sekiranya mak dah tak ada nanti. Dan mak nak kamu tahu, mak dan apak sentiasa mahu beri yang terbaik.
Okeh, tetiba feeling rindu anak lepas tengok album. Kbai.
Eh, kalau tak silap, voucher code tu cuma valid dalam masa 90 hari saja. Nanti kau orang semak semula ya. Selamat ber photobook! 😉
#photobookmalaysia #makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #nadearamly
No comments:
Post a Comment