CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 27, 2018

Diva yang tenang..

Aktiviti pagi dalam carseat : Melihat dan bermain main dengan jari runcing mak.


Nampak camera terus tersengih begini. Amboi!

.

Jam 1.40 pagi, #AisyahMaritza bangun mintak susu. Mak pun bagi lah. 

Bila mana hampir terlelap, Aisyah berusaha menahan mata. Mahu bermanja mungkin. Dengan sisa kantuk yang masih ada, mak layan juga dia.

Tersengguk sengguk usah cakap. Mengantuk oi.

Nampak Aisyah masih haus, mak bancuh pula susu. Aisyah minum. Habis sebotol.

Pun masa mahu terlelap, ditahan tahannya lagi mata. Ini berlarutan sehingga jam 3 pagi. Mak cuba sendawakan dia pada awalnya, namun tidak berjaya. Mak baringkan semula. Lalu dia meniarap pula. Mak biar kan saja.

Mak terlelap berkali kali namun memikirkan usianya yang belum sesuai tidur dalam keadaan meniarap, mak alih semula ke posisi asal.

Belum sempat mak letak bantal di kepala, Aisyah muntah dengan banyaknya. Habis cadar dan baju. 

Mak panik. Terkejut. Mak buka lampu dan cuba tenangkan Aisyah namun Aisyah seperti biasa, tenang dan sempat melontarkan senyuman yang paling manis tanda dia okay. Allahu anak! 

Mak capai tuala dan sedikit menggigil, mak basahkan hujung tuala tadi lalu mak lap lap kan Aisyah. Aisyah masih tenang dan dari matanya, mak dapat lihat seperti dia mahu berkata, "mak, Aisyah okay lah."

Mak tukar baju yang terkena muntah tadi. Sambil mak kata. Aisyah okay kan. Padahal dalam hati, Tuhan saja tahu.

Aisyah senyum lagi. Sambil jari jemari mak dipegang mesra. Aisyah okay mak. Betul. Gitulah gamaknya mungkin. 

Allahu anak. Kamu ini, tenang sungguh!

Dan mak tak mampu nak tidur sebab mengantuk mak dah hilang entah kemana. Mak cuma mahu pastikan kamu okay saja walaupun tak lama lepas itu kamu tidur dengan nyenyaknya. 

Mak tahu, ini yang mak perlu hadapi dalam membesarkan kamu seorang diri disini. Dan mak harap apa pun status mak di mukabuku ini tidak disalaherti. Sebab, mak masih berusaha menjadi mak yang sempurna. 

Maka, semoga berjaya kepada mak untuk menempuh hari ini. 

Mak sayang kamu tahu!

#makbebel #AMjourney

No comments:

Post a Comment