CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 12, 2019

Kita tau la mak.

Kita tau la mak. 


#AisyahMaritza #AMjourney #7months

AM food journal : Sup ikan merah.

Harini mak cuba menu baru. Sup ikan merah. Ternyata, dari muka yang gembira, diva sungguh sukakannya!

Bahan bahan.
Sepotong ikan merah beli kat AEON.
Daun saderi dipotong potong.
Tomato kecik kecik.
Carrot dipotong juga.
Air.

Campur kan semua bahan sehingga mendidih. Tutup api, makan.

Nasi Aisyah mak blend sikit. Ikan just hancur hancur kan. Tersengih sengih makan sampai habis dilumur separuh badan.


Ini resipi malas sikit. Kalau rajin, boleh tumis bawang merah dan putih guna unsalted butter (UB) dengan empat sekawan tu dan masak sup macam biasa. Sebab mak malas jadi mak buat je la mana dan.

Boring la tu dua hari makan ayam je. Kih3.

Alhamdulilah tak ada alergik. Yey!

Ikan merah ✔️. 


Nak lagi.. 

#AMfoodjournal #AisyahMaritza #AMjourney #7months

Tuesday, January 8, 2019

Ade ni..

Cari kita ke? Ada kat AEON ni. Nak cari buah.

Mekaseh Cikna baju santek!


Suka nau buat mulut camni. 😂😂😂



#AisyahMaritza #AMjourney #7months

Aisyah Maritza Food Journal : Saderi + carrot

Disebabkan diva #AisyahMaritza menunjukkan simptom kurang minat pada bayam merah, maka pagi ni mak olah sedikit resipi makanan dia.

Mak campur CBB, isi ayam dan sedikit saderi serta carrot dalam bubur nasi nya lepas tu mak blend.

Dan mak tambah satu lagi bekas puree sweet peas dalam menu dia. Err. Sebab puree bayam tinggal dua bekas je. Hahahha.


Dan puree singo pear sebagai snek!

Mak harap Aisyah Maritza makan sungguh sungguh harini okeh?

Morning!

#AisyahMaritza #AMfoodjournal #AMjourney #7months

Serius mak?

Seriously serious mak?


#AisyahMaritza #AMjourney #7months

Sunday, January 6, 2019

Aisyah Maritza Food Journal : Bubur nasi + CBB + bayam merah

First try menu ini, #AisyahMaritza macam tak habis. Mungkin kenyang sebab dah minum susu dulu. Selalunya makan dulu baru susu.

Sebab dah berak sebelum mandi dan dah lapar sangat maka mak terpaksa bagi susu dulu. Masa ini bubur dia belum masak.

Lambat mak bangun sebab dok pantau suhu badan dia malam tadi. Boleh pulak tetiba panas dan suhu naik tiba tiba. Apelagi, duduk sebelah mangkok air asam jawa la dok jerlom diva.

Pagi ini alhamdulilah suhu back to normal dan merah kat muka dia hilang dah. Tinggal dekat badan sikit dan kaki saja.

Allahu. Tak terbalas jasa kalian yang mendoakan dia. Mekaseh sangat sangat korang! 

Bayam merah kene ikut 4dr. Sebab first trial. Alhamdulilah setakat ini tak ada apa apa alergik. Fuh. Jangan kau orang ingat takde orang alergik sayur. Ada tauu.

Ini, mak blend sikit. Sebab mak malas nak lenyek. Lagipun mak masak daun bayam tadi sekali nasi. Daun beso tapak tangan. Maka mak kena la blender.

Tak blend halus. Bagi ada texture. Sebab dah 7 bulan, nak ransang motor mulut untuk mengunyah.

Diva tak habis, last last mak yang makan. Sedap juga oi. Hahaha. Okbai.


#AisyahMaritza #AMfoodjournal #AMjourney #7months

Saturday, January 5, 2019

Alergik menyerang..

Disclaimer : Post ini agak panjang. Don't jump into conclusions without reading. Rajin membaca amalan mulia.

.

Alergik menyerang.

Pagi tadi macam biasa mak bangun macam nak pergi kerja tu. Dak diva masih tidur lepas dapat susu sebotol.

Lalulah mak teringat sweet potato ungu yang mak beli kat tesco dah rebus malam tadi. Maka mak lenyeklah sikit untuk diva makan. Mak rajin sikit. Mak buat finger food untuk dia dan sedikit bentuk macam keria.

Tapi Aisyah Maritza tak berapa makan. Dibuangnya ke bawah jejari kentang ungu itu tadi. Mak cuba suap pun diludahkannya semula.

Takpe. Mak fikir Aisyah lapar. Maklomlah baru lepas membuang. Perangai sepesen mak yang lepas tu kompom lapar.

Mak ambik nasi yang mak dah masak tadi dan mak lenyekkan saja. Malas nak blend sebab Aisyah tak berapa suka makan bubur nasi yang di blend halus. Mak campur kan dengan puree sweet peas yang mak dah buat semalam.

Dah kenyang. Mak mandikan dia. Bagi susu. Masa ini mak mula nampak merah merah kat badan dia. Mak sedap kan hati. Tak ada apa apa kot.

Aisyah pun tidur tak lama tu. Mak sambung kerja nak masak lauk mak dan masak nasi.

Lepas setengah jam, Aisyah bangun. Mak tengok muka dia dah mula merah dan mata sebelah dah bengkak. Allahu!

Mak selak baju dia. Penuh merah merah macam ruam.

Mak beritahu apak. Mak nak pergi klinik. Okeh. Mak memang paranoid.

Mak siap laju laju. Mak bawak pergi klinik Dr. Rasi. Dekat saja dengan rumah. Aisyah merengek? Tak langsung. Macam tak ada apa apa berlaku Sepanjang perjalanan ke klinik waima sampai di klinik. Dia elok je bebel apa entah.

Doktor cek suhu Aisyah. 37.4°C. Cek paru paru, okay. Cek tekak, sedikit merah. Doktor kata mungkin tanda dia nak demam atau mungkin macam mak ngadu tadi dia alergik sweet potato ungu tu.

Doktor bagi ubat sapu. Dan satu ubat cecair. Tapi takboleh bagi selalu katanya. Ubat sapu itu takpe.

Sampai keluar klinik pun Aisyah cool dan bebel bebel entah apa. Padahal mak dia punya la takut macam nak luruh jantung segala. Ya. Sekali lagi mak memang paranoid.

Sampai rumah mak lap lap dengan kain basah dan sapu ubat tadi. Mulut mak tak berhenti berzikir doa mintak jangan jadi lagi teruk. Aisyah mintak susu lepas tu dia tidur semula.

Tidur sekejap lebihnya main dan sibuk memanjat nak berdiri. Dan jam 4.50 petang tadi mak mandikan dia lalu tidurlah dia macam diva.

Mak cuma ada dua kemungkinan. Satu, memang kentang ungu itu penyebabnya sebab ini first time mak intro kat dia. Bukan sebab puree sweet peas yang mak bagi lepas bagi sweet potato tu. Sebab? Aisyah dah start menu itu sejak rabu dan tak ada apa apa berlaku. Jadi mak simpulkan, no potatoes for the time being. 

Dua. Sebab air. Air yang mak guna mandikan Aisyah tadi mak tengok dalam besen ada serbuk keladak.

Mak mohon doa semua. Doakan Aisyah cepat okay balik. Walaupun dia tak cranky tapi mak ni, tak senang duduk dibuatnya. Tersengguk sengguk mak tunggu dia main memanjat semua. Huhu.

Pada yang whatsapp bertanya lepas tengok di whatsapp story, mak ucapkan terima kasih atas concern kalian. Ada time mak tak dan reply sesatu tapi mak cuba juga balas.

Ini, mak coretkan disini buat yang mahu tahu cerita sebenarnya. Juga untuk memori mak dikendian hari. 

Apapun. Terima kasih sangat sangat ambil berat pasal kami. Sian apak Aisyah risau kat kami. Takpe insyaAllah kami boleh jaga diri. Kita fikir baik baik saja Okeh? 😘

Terima kasih korang sebab baca sampai habis! 😉


Ini gambar baru tidur lepas dapat susu lepas mandi tadi. Susu pon meleleh lagi ha. Hahaha. Maaf kan mak. 😅

Nota : Kita pantau pemakanan anak, bukan sebab nak menunjuk kita pandai beri anak makan, pandai jaga anak, tapi benda benda macam ini lah sebenarnya. I do track Aisyah's food. Sebab nak dapat dia bukan senang. Okbai. 

#makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #7months