CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 6, 2019

Aisyah Maritza Food Journal : Bubur nasi + CBB + bayam merah

First try menu ini, #AisyahMaritza macam tak habis. Mungkin kenyang sebab dah minum susu dulu. Selalunya makan dulu baru susu.

Sebab dah berak sebelum mandi dan dah lapar sangat maka mak terpaksa bagi susu dulu. Masa ini bubur dia belum masak.

Lambat mak bangun sebab dok pantau suhu badan dia malam tadi. Boleh pulak tetiba panas dan suhu naik tiba tiba. Apelagi, duduk sebelah mangkok air asam jawa la dok jerlom diva.

Pagi ini alhamdulilah suhu back to normal dan merah kat muka dia hilang dah. Tinggal dekat badan sikit dan kaki saja.

Allahu. Tak terbalas jasa kalian yang mendoakan dia. Mekaseh sangat sangat korang! 

Bayam merah kene ikut 4dr. Sebab first trial. Alhamdulilah setakat ini tak ada apa apa alergik. Fuh. Jangan kau orang ingat takde orang alergik sayur. Ada tauu.

Ini, mak blend sikit. Sebab mak malas nak lenyek. Lagipun mak masak daun bayam tadi sekali nasi. Daun beso tapak tangan. Maka mak kena la blender.

Tak blend halus. Bagi ada texture. Sebab dah 7 bulan, nak ransang motor mulut untuk mengunyah.

Diva tak habis, last last mak yang makan. Sedap juga oi. Hahaha. Okbai.


#AisyahMaritza #AMfoodjournal #AMjourney #7months

No comments:

Post a Comment