CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 5, 2019

Alergik menyerang..

Disclaimer : Post ini agak panjang. Don't jump into conclusions without reading. Rajin membaca amalan mulia.

.

Alergik menyerang.

Pagi tadi macam biasa mak bangun macam nak pergi kerja tu. Dak diva masih tidur lepas dapat susu sebotol.

Lalulah mak teringat sweet potato ungu yang mak beli kat tesco dah rebus malam tadi. Maka mak lenyeklah sikit untuk diva makan. Mak rajin sikit. Mak buat finger food untuk dia dan sedikit bentuk macam keria.

Tapi Aisyah Maritza tak berapa makan. Dibuangnya ke bawah jejari kentang ungu itu tadi. Mak cuba suap pun diludahkannya semula.

Takpe. Mak fikir Aisyah lapar. Maklomlah baru lepas membuang. Perangai sepesen mak yang lepas tu kompom lapar.

Mak ambik nasi yang mak dah masak tadi dan mak lenyekkan saja. Malas nak blend sebab Aisyah tak berapa suka makan bubur nasi yang di blend halus. Mak campur kan dengan puree sweet peas yang mak dah buat semalam.

Dah kenyang. Mak mandikan dia. Bagi susu. Masa ini mak mula nampak merah merah kat badan dia. Mak sedap kan hati. Tak ada apa apa kot.

Aisyah pun tidur tak lama tu. Mak sambung kerja nak masak lauk mak dan masak nasi.

Lepas setengah jam, Aisyah bangun. Mak tengok muka dia dah mula merah dan mata sebelah dah bengkak. Allahu!

Mak selak baju dia. Penuh merah merah macam ruam.

Mak beritahu apak. Mak nak pergi klinik. Okeh. Mak memang paranoid.

Mak siap laju laju. Mak bawak pergi klinik Dr. Rasi. Dekat saja dengan rumah. Aisyah merengek? Tak langsung. Macam tak ada apa apa berlaku Sepanjang perjalanan ke klinik waima sampai di klinik. Dia elok je bebel apa entah.

Doktor cek suhu Aisyah. 37.4°C. Cek paru paru, okay. Cek tekak, sedikit merah. Doktor kata mungkin tanda dia nak demam atau mungkin macam mak ngadu tadi dia alergik sweet potato ungu tu.

Doktor bagi ubat sapu. Dan satu ubat cecair. Tapi takboleh bagi selalu katanya. Ubat sapu itu takpe.

Sampai keluar klinik pun Aisyah cool dan bebel bebel entah apa. Padahal mak dia punya la takut macam nak luruh jantung segala. Ya. Sekali lagi mak memang paranoid.

Sampai rumah mak lap lap dengan kain basah dan sapu ubat tadi. Mulut mak tak berhenti berzikir doa mintak jangan jadi lagi teruk. Aisyah mintak susu lepas tu dia tidur semula.

Tidur sekejap lebihnya main dan sibuk memanjat nak berdiri. Dan jam 4.50 petang tadi mak mandikan dia lalu tidurlah dia macam diva.

Mak cuma ada dua kemungkinan. Satu, memang kentang ungu itu penyebabnya sebab ini first time mak intro kat dia. Bukan sebab puree sweet peas yang mak bagi lepas bagi sweet potato tu. Sebab? Aisyah dah start menu itu sejak rabu dan tak ada apa apa berlaku. Jadi mak simpulkan, no potatoes for the time being. 

Dua. Sebab air. Air yang mak guna mandikan Aisyah tadi mak tengok dalam besen ada serbuk keladak.

Mak mohon doa semua. Doakan Aisyah cepat okay balik. Walaupun dia tak cranky tapi mak ni, tak senang duduk dibuatnya. Tersengguk sengguk mak tunggu dia main memanjat semua. Huhu.

Pada yang whatsapp bertanya lepas tengok di whatsapp story, mak ucapkan terima kasih atas concern kalian. Ada time mak tak dan reply sesatu tapi mak cuba juga balas.

Ini, mak coretkan disini buat yang mahu tahu cerita sebenarnya. Juga untuk memori mak dikendian hari. 

Apapun. Terima kasih sangat sangat ambil berat pasal kami. Sian apak Aisyah risau kat kami. Takpe insyaAllah kami boleh jaga diri. Kita fikir baik baik saja Okeh? 😘

Terima kasih korang sebab baca sampai habis! 😉


Ini gambar baru tidur lepas dapat susu lepas mandi tadi. Susu pon meleleh lagi ha. Hahaha. Maaf kan mak. 😅

Nota : Kita pantau pemakanan anak, bukan sebab nak menunjuk kita pandai beri anak makan, pandai jaga anak, tapi benda benda macam ini lah sebenarnya. I do track Aisyah's food. Sebab nak dapat dia bukan senang. Okbai. 

#makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #7months

No comments:

Post a Comment