CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 30, 2019

Bz nau!

Ada ni ha. Bz sikit lepas balik sekolah.


Cek surat. Cek simen. Berkebun sikit. Kena la rajin tolong mak kan. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Thursday, October 17, 2019

Iras apak ke?

Sejak masuk setahun empat bulan itu hari, dah pandai

+ gigit mak
+ cepuk mak
+ jerit kuat kuat
+ mencubit dalam diam

Mak ni dah rasa macam tebu dah asyik kena kokak saja.

Sejak makin besar ni juga orang kata dia dah iras apak. Yeke? 


#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Wednesday, October 16, 2019

Nak tambah akal..

Baru nak terlelap, dilompatnya atas badan kita. Menjerit lah mak sekejap ha punya sakit. 

Kali kedua nak terlelap, digigitnya pula kita tiba tiba.

Baru nak terlelap kali ketiga, ditepuknya muka kita tanpa rasa bersalah.

Paling rare nak terlelap kali ke empat. Pakej muntah atas mak dan cadar. Allahu!

Bawak dia laju laju ke bilik air dan muntah lagi. Sampai lega baru mak bersihkan dia dan tukar cadar baru. Mak pun terpaksa mandi lagi sekali.

Lepas muntah lega agaknya. Main main sekejap, merap sekejap, sekarang dah tido.

Mak? Dah terkebil kebil takboleh tidur.

Letih. Penat. Lelah. Toksah cakap. Yang tahu, tahu lah. Yang faham pun, faham lah. Mak cuma nak kumpul sisa kekuatan, yang makin menipis pabila penghujung hari. Yang kadang taktahu nak kutip dimana lagi.

Cuma satu selalu mak ingatkan pada diri, hari ini tetap akan berakhir, esok pula belum pasti. Kita ada 18 jam (lepas tolak 6 jam waktu tidur) untuk lakukan semuanya. Atur lah sebaiknya.

Rutin anak nak besar. Begitulah.

Moga Aisyah Maritza baik baik saja. Dah mula nampak hingus keluar dari hidung pula. 

Maaf anak. Mak cuba buat yang terbaik untuk kamu. Walau mak penat. Walau mak dah tak daya.

Selamat malam mak mak hebat diluar sana.


Nota : Gambar lepas muntah dan mandi sekejap tadi.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Sunday, October 13, 2019

Pixajoy : 4R laminated photo prints (48 pcs)

Selalu mak buat Photobook je kan. Kali ni mak cuba print gambar pula dari Pixajoy.

Okeh. First sekali kena beli voucher code dari Shopee lah. Mak dapat RM1 untuk 48 keping gambar bersaiz 4R. (harga kod promosi berubah ubah mengikut masa)


Dan macam biasa mak login ke Pixajoy dan masukkan gambar gambar yang dipilih tadi. Masa checkout, masukkan voucher code yang kau orang dah beli di Shopee tu. Klik order.

Kau tunggu lah ia sampai dan kau susun la dalam album gambar cantik cantik.




Kalau kau orang ada pada Zaman kamera kodak dulu, ia sama saja macam ni. Bezanya kau ada kos shipping la. Sebab takyah pergi kedai. 

Mak buat gini nak back to memories kononnya. Iyalah. Dulu dulu saja kita pergi cuci gambar di kedai. Tapi sebab teknologi dah makin canggih, kita hantar melalui online saja.



Tips dari mak.

+ pilih gloss paper instead of matte. Lebih cantik dan menawan.

+ beli voucher code masa tengah promotion di Shopee. Lebih murah berbanding voucher code dari website mereka dan banyak lagi diskaunnya.

+ voucher code ada expired time. So lepas beli, kena terus buat.

+ pilih gambar yang berkualiti. Kompom gambar meletop kebabom macam pakai DSLR!

+ seeloknya buat di laptop dari henfon. Lebih puas hati.

So, selamat mencuba!

Nota : Nanti try buat mug atau sarung bantal.

#makbebel #pixajoy #thankyoupixajoy #nadearamly 

Penghubung anak apak.

Ini sajalah penghubung anak beranak. 


Malam ni tak jual mahalmacam selalu. Siap buat tutorial cuci muka dengan apak guna botol air masak. 😎

Rileks la baru seorang? Haah ye. Yang tau aktif dia macamana, tahu lah. Yang taktahu, jangan terpedaya dengan kedivaan dia. Dia boleh buat kau tepuk dahi tak kata apa.


Mak kena bina stamina semula nampaknya. Mungkin kena jogging atau berzumba. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m #anakapak

Friday, October 11, 2019

Fish je, shark do do..

Fish. Kata mak. 


Terus buat shark do do do. Adeh. Shark takboleh makan anak. Ini fish boleh makan. 😌

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Thursday, October 10, 2019

Aisyah Maritza & Muhammad Syafeeqi

Dah besar nanti ketahuilah kalian bahawa mak mak korang pernah belajar ditempat yang sama, bekerja dijabatan yang sama, dan pernah suatu ketika berada di dua negeri yang sama.

Daaan sekarang masih membawang bersama. Hahahahha.

Mak akan cerita perit jerih kami selama membesarkan kalian dan betapa kami terkadang terpaksa berjauhan sementara dengan kalian demi tanggungjawab kami pada tugas.



Terima kasih anak anak sebab bukan kami mak mak saja yang berkorban, tetapi kalian juga. ❤️❤️❤️

Regards,
Mak Yang Bekerja

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Saturday, October 5, 2019

Penyejuk hati mak.

Semalam, mak bawa Aisyah Maritza ke tempat favourite mak sejak dulu. Walaupun mak tersangat letih dan penat, mak tolak tepi semuanya. Lagipun, apalah salah nya sebab esoknya pun sudah hari Sabtu.

Betul lah orang cakap. Habis hilang entah kemana segala stress penat lelah kau tadi bila lihat anak kau gembira berlari kesana kemari. Punya mak tersentap sebab terasa kurangnya bonding diantara kami. Dan kurangnya masa mak bersama dia.

Mak layankan saja aksinya dan sesekali mak keluarkan telefon untuk capture moment moment indah begini. 

Melahirkan itu mungkin senang (walaupun mak ini tak lah sesenang yang disangka) tetapi mendidik itu sebenarnya cabaran menjadi Ibubapa.

Ketahuilah anak, mak dan apak sentiasa buat yang terbaik untuk kamu. Usah sama kan cara kami mendidik kamu sebab keperluan, kehendak dan latarbelakang kita tak sama. Tapi ingat lah, yang semua Ibubapa sentiasa mendoakan anak anak mereka.


Kejap. Angkat bakul tu sebenarnya nak beli apa?

#AisyahMaritza #AMjourney #1y4m

Lempeng nasi

Mula mula ingat nak buat bebola nasik. Tengok si diva dah macam lapar nau. Mak hamparkan lah saja bahan bahan tadi. Jadilah lempeng nasi ha.


Bahan bahan nya senang je. Sama macam murtabak nasi dulu cuma mak lebih kan telur dan add-on cheese. So rasa lelemak sikit. Dan mak guna sup sayur lauk tengahari tadi. Racik halus sayur sayur tu.

Gaul rata, lempeng kan ia. Setel.

Malam karang kalau lapar mak reka la lagi apa yang kita boleh makan OK anak.


Mak nompang sekaki la ha. Kihkihkih.

#AisyahMaritza #AMfoodjournal #1y4m

Tuesday, October 1, 2019

Pixajoy oh Pixajoy.

Entri ini mungkin panjang bagi sesetengah anda yang tak rajin membaca tapi ia mungkin berguna untuk yang suka membaca.

Disclaimer : Anda bertanggungjawab atas apa yang anda faham dan rasa, bukan apa yang saya tulis. 

Baik. Begini. Mak dah terjebak dengan photobook ini sejak tahun lepas. (Mak ada juga tulis entri di blog.) Apa jua momen yang dah jadi sejarah, mak akan compilekan dalam satu album. Dan Aisyah Maritza juga tak ketinggalan.

Beliau menjadi subjek mak dan kegigihan mak menyiapkan beberapa buah album beliau untuk kenang kenangan. Untuk makluman awal, mak sudah ada lebih dari sepuluh buah photobook yang mak buat sendiri dan mak akui mak agak mahir gunakannya pada komputer dari aplikasi yang boleh di download di henfon. (nampak tak mak punya gigih.)

Tiba hari photobook mak sampai, macam biasa mak akan teruja lebih. Namun tiba tiba mak rasa keterujaan mak direntap serta merta. Pixajoy dah TERSALAH CETAK gambar gambar kami!

Hanya cover depan yang betul. Isi dalamnya semua tidak betul. Entah gambar siapa pula mak taktahu. 


Mak kecewa. Mak marah. Mak sedih. Tapi mak tahu itu semua bukan penyelesaian masalah. Memandangkan sudah jam 5.35 petang dan waktu operasi mereka sehingga jam 5.30 petang saja, maka mak terus email kepada pihak Pixajoy.

Amazingly, mereka reply dengan pantas dan efisyen! 

Sehingga lah keesokkan hari nya, Pixajoy berjaya menyelesaikan keterujaan mak yang dah merudum pada semalamnya. Mereka bersetuju untuk reprint album yang sebenar.





Mak perlu puji Ms Elise, Customer Executive depa yang berdedikasi dan berbalas balas email dengan mak sejak hari pertama mak buat aduan sehingga selesai. Satu, sebab bukan robot email yang balas. (Mak tahu lah.) Dua, sebab mereka bear the cost dan mengakui kesilapan teknikal mereka sendiri.

Oh ya. Untuk makluman, aduan mak TIDAK MENGHENTAM melulu TANPA BUKTI dan mak TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA KASAR atau LARI DARI ISU SEBENAR ya. 

So, kuddos to Pixajoy Malaysia team sebab berjaya meraih kembali kepercayaan mak kepada mereka. Keterujaan mak kini juga telah kembali. Hoyeh!

Psst. Ada banyak lagi album si diva mak kena buat so takkan sebab SATU kesilapan mereka kau terus label mereka tidak kompeten, tidak menjaga customer atau cuai membuat kerja? Itu sangat tidak patut.

Jadi, jauhi media sosial saat kau marah atau beremosi. Banyak yang buruk dari baiknya. Fokus pada penyelesaian masalah dan suara kan hak anda sebaiknya. InsyaAllah dua dua pihak aman bahagia sentosa.

Sajalah berpesan pesan. 😉

So sekarang mak ada dua album. Satu didalamnya gambar entah siapa siapa dan satu lagi gambar si diva lah. Mak belum fikir apa nak buat dengan album yang salah tu. 😂😂😂


Nak tahu macamana nak buat photobook ni? Mak dah bebel panjang itu tahun lepas tapi takpe mak dah letak juga pada entri blog mak. Ni ha link nya.

https://eminadearamly.blogspot.com/2018/09/photobook-vs-pixajoy.html?m=0

Kalau rajin nak buat, baca lah. Kalau malas bukan hal mak. Okbai.

#makbebel