Selalu mak buat Photobook je kan. Kali ni mak cuba print gambar pula dari Pixajoy.
Okeh. First sekali kena beli voucher code dari Shopee lah. Mak dapat RM1 untuk 48 keping gambar bersaiz 4R. (harga kod promosi berubah ubah mengikut masa)
Dan macam biasa mak login ke Pixajoy dan masukkan gambar gambar yang dipilih tadi. Masa checkout, masukkan voucher code yang kau orang dah beli di Shopee tu. Klik order.
Kau tunggu lah ia sampai dan kau susun la dalam album gambar cantik cantik.
Kalau kau orang ada pada Zaman kamera kodak dulu, ia sama saja macam ni. Bezanya kau ada kos shipping la. Sebab takyah pergi kedai.
Mak buat gini nak back to memories kononnya. Iyalah. Dulu dulu saja kita pergi cuci gambar di kedai. Tapi sebab teknologi dah makin canggih, kita hantar melalui online saja.
Tips dari mak.
+ pilih gloss paper instead of matte. Lebih cantik dan menawan.
+ beli voucher code masa tengah promotion di Shopee. Lebih murah berbanding voucher code dari website mereka dan banyak lagi diskaunnya.
+ voucher code ada expired time. So lepas beli, kena terus buat.
+ pilih gambar yang berkualiti. Kompom gambar meletop kebabom macam pakai DSLR!
+ seeloknya buat di laptop dari henfon. Lebih puas hati.
So, selamat mencuba!
Nota : Nanti try buat mug atau sarung bantal.
#makbebel #pixajoy #thankyoupixajoy #nadearamly
No comments:
Post a Comment