CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 7, 2019

Diva in action.

At the end of the day, your feet should be dirty, your hair get messy and your eyes sparkling. 😘😘


#AisyahMaritza #AMjourney #1y6m

Bengang je..

Bengang lantai bercapuk sebab ada orang kata mop lantai dengan softener + cuka + air panas akan jadi berkilat, jadi lah dua lauk ini.


Maka sebelum ikut tips tips tu, kajilah dengan lebih mendalam. Sesal kendian tidak berguna. Warghhhh!

Aisyah makan banyak. Sedap la tu. Hahahhaha. Okbai.

#nadearamly #makmasak

Thursday, December 5, 2019

Fasa recovery..

Masa sedang okay, bermain lah dia dengan gembira.


Masa takboleh tidur dek batuk, merengek lah dia mengejut kan mak yang baru nak terlelap.

Kira kira rasanya mak dapat lena dua tiga jam saja satu malam. Itupun terrrrlena. Ini, sudah malam ketiga.

Harap juga tak ada orang buat mak naik angin esok. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y6m

Wednesday, December 4, 2019

Bubur nasi Noxxa

Terlelap sebelah anak lepas magrib tadi. Bangun saja alhamdulilah segar sedikit. Lapar pula.

Mujur bubur nasi pagi tadi ada lagi. Mak sempat masak sebelum bawa Aisyah Maritza ke klinik.


Alah. Masuk beras, sayur sedikit, garam dan susu segar, tekan HP20 kat Noxxa. Sesambil tu boleh buat kerja lain.

Sukatan beras 1 pot, 5 air. 2 pot beras sama dengan 10 pot air.

Ini saja goreng bilis buat krup krap krup krap.

Mak memang kerja nak cepat siap je. Kahkahkah.

#makmasak #nadearamly

Neb dua kali.

Malam Aisyah tak boleh tidur. Mak apetah lagi. Sekejap sekejap terjaga. Sekejap sekejap terbangun dengar dja merengek tak selesa nak tidur. Jadi hari ini mak terpaksa emergency leave.

Mak tengok bahagian bawah dada Aisyah dah lain macam. Tapi mak masih rasa okay. Jam 11 pagi selepas siap jemur kain masak segala, mak bergegas ke klinik.

Doktor kata Aisyah penat. Istilah lain, semput lah. Kena neb sedas dua. Kalau tak okay lagi, petang nanti jam 5 kena datang neb kali kedua.

Ingat nak balik rumah, teringat pendrive Ibu Su dah sampai tadi. Maka mak singgah la taska Aisyah nak beri pendrive Ibu.

Mak pun sempat tanya ummi sambil sembang sembang. Ummi ada pengalaman anaknya kena neb. Ini ummi kata better pergi untuk neb kedua. Risau malam nanti jadi macam malam semalam.

Sungguh mak taktahu 'penat' tu apa. Malam tadi sebenarnya dada Aisyah dah berlekuk dan bernafas laju. Mak ingat ia biasa.


Mujur pagi ini pergi juga klinik. Kalau tidak, mak taktahu pun. Huhuhu.

Doktor ada bagi ubat. Dan mak harap ia sementara saja. Selama ini dengar anak orang kena neb. Pergi neb. Sekarang mak sendiri alaminya. Allahu. Rasa itu Tuhan saja tahu.

Ini baru lepas amik neb kedua. Alhamdulilah doktor cek pun sudah nampak okay dari pagi tadi. Mekaseh ibu, ummi, cikgu bagi mak tumpang melepas lelah kat taska tadi sementara klinik buka. Allah saja balas jasa kalian. ❤️❤️

Cuti mak betul betul fokus kat diva saja ini hari. Doakan dia cepat sembuh ya. Esok mak perlu kerja. 😉

Regards, 
Mak Yang Risau

#AisyahMaritza #AMjourney #1y16

Tuesday, December 3, 2019

Terima kasih kalian. ❤️❤️

Harini berakhirnya check-up Aisyah di Klinik Desa Kampung Sitiawan.

Cukup vaksin sehingga usia setahun enam bulan, Aisyah direferkan ke klinik yang lebih dekat dan dalam kawasan rumah kami selepas ini.

Terima kasih Kak Tini (JM Kartini) dan Kak Wa (JM Azwa kalau tak silap sebab dok panggil Kak Wa Kak Wa 😂😂😂) atas layanan terbaik selama mak check-up disana.

Dari mak tahu mak mengandung. Sampai bersalin, refer sekejap di KD Paya Jaras sebab berpantang di sana dan refer semula ke sini sebab mak dah start kerja sampai la Aisyah Maritza mak dah pun setahun enam bulan hari ini.

Sebab tak dapat berselfie orang dah ramai dalam klinik maka mak abadikan papan tanda ini lah sebagai kenangan. Yang mak akan ulang ulang baca setiap tahun bila Facebook remind 'You have a memory to look back'.

Yang rupanya Tuhan bagi kau orang baik baik bantu kau, mudahkan urusan kau sepanjang perjalanan hidup kau yang beronak duri.

Moga kalian terus memberi perkhidmatan terbaik walau apa jua mendatang.

Sayu rasa melangkah keluar. Moga kita berjumpa lagi.


Terima kasih sekali lagi Kak Wa dan Kak Tini. Kalian sentiasa dalam ingatan mak. ❤️❤️

Nota : tak sempat jumpa Kak Tini sebab dia dah transfer klinik lain. 🤦‍♀️

#nadearamly #makbebel

Monday, December 2, 2019

Tukar bulan, demam lagi.

Nak tukar bulan saja, tak sihat. Nak dapat vocab baru eh. ❤️


Dah start panas badan nya. Esok nampak panda berjalan jangan tegur. Takut kena cepuk sedas dua. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m

Sunday, December 1, 2019

Rumah Manis Rumah : Sudut ruang tamu

Memang sejak dapat duduk rumah sendiri ni, mak misti akan isi weekend mak dengan aktiviti mendeko walaupun tak lah berapa pandai sangat disamping aktiviti mengemas dan membasuh kain yang dah jadi rutin hujung minggu. 

Iyalah. Lima hari kerja lapan pagi sampai lima petang, balik rumah misti mahu tenang tenang. Dah memang benar pun rumah ku syurga ku. Jadi nak duduk dalam syurga kena la rajin sikit ye dak. 

Maka ini hari idea menghias sudut ruang tamu ini jadi pilihan mak. 


Maka disebabkan itu, mak dan diva keluar rumah gigih mencari bahan bahan yang hendak di gunakan nanti. 

Antara barang yang mak gunakan ialah :-

a) Meja bulat tiga kaki : RM39.90
Mak beli di Tesco. Harga seperti diatas. Mak nak yang saiz lagi satu kecik sikit tapi depa kata takde stok. Display pun ada defect sikit tapi depa pun tak sure boleh jual ke tak.

Maka ini sajalah yang tinggal. Dan mak grab saja la punya nak jayakan sudut ni ha. Kahkahkah. 


Saiz meja ni ialah
(H)50 x (W)50 x Diameter 50cm. 
Itu yang seperti dalam kotak lah.

Kau orang cuma perlu pasang sendiri je. Sangat mudah. Boleh tengok cara pasang dia pada kotak. Kalau tak reti kau Google lah. Macam tak biasa. 


Itu pasang base dia. Skru kan saja. Skru pun depa dah bagi. Kau orang guna la tenaga yang ada. Bahaha. 




Ini lah dia testing dari PA mak. Nak tengok okay ke tidak. Kukuh ke tidak. 😂😂😂😂

b) Daun monstera : RM35
Daun siap berpasu itu mak beli dengan harga RM35 dekat kedai dalam Billion Manjung tu. Berdepan dengan cashier Billion. Ada satu kedai banyak gila pokok osem. Ada sky bird, ada daun pisang. 

Monstera mak ni sederhana kecik. Ada yang lebih kecik harga nya RM22 sepasu sepokok. Kalau dia pokok dapat RM33. Kalau nak jimat beli lah dua pokok.


Tapi mak punya daun besar sikit. Harga pun lain sikit. Uncle dengan aunty tu ramah betul. Kau orang tanya saja depa jawab dengan gembira. Ada jual orkid juga tau situ dengan wallpaper. Next time mak nak beli pokok yang daun beso tu apetah ke namanya. 


Nak beli kat Shopee pun boleh tapi kena sabar menunggu lah. Mak ni sejenis tak sabar. Hahahahhaha. 


c) Frame monstera : RM17.90
Frame tu mak beli kat Kaison. Plan nak cari wording punya frame tapi takde berkenan. Maka mak beli lah yang ni sebab dah ada pokok monstera tu kan. Jadilah tema monstera ha. 

d) Frame tulisan : RM2
Ini mak beli kat kedai saka kedai ECO tu. Mak beli tiga. Mak baru pakai satu. Wording tu pegi la kedai printing dan print. Apa susah. Pahtu tempek dalam frame tu. Setel!

Oh. Mak gantung pakai cangkuk pelekat. Yang frame eco mak pakai pelekat 3m je sebab frame tu ringan. So selamat dinding mak. 

Secara keseluruhannya, pembelian barang dengan penuh drama kejar mengejar, hep sana sini dan kepenuhan tangan dengan barang yang di beli amat berbaloi walaupun separuh nyawa.

Maka ini lah hasilnya. Sudut buat sejuk mata memandang walaupun mak berbulu je tengok day curtain yang senteng tu. Jahit dalam keadaan kelam kabot gitu lah. Nanti lah ada masa mak bukak balik bagi labuh semula.


Jadilah kan. Asalkan kau bahagia balik rumah lepas seharian di pejabat. Buat benda yang kau suka. Kau pun bahagia. 

Okeh. Ini kesimpulan transformasi sudut di ruang tamu emak. Senang cerita, sebelum vs selepas. 


Setakat ini diva belum usik daun monstera mak ini. Langsir mak itu hari yang ke dapur itu pun masih ditempatnya. Moga beliau terus terusan support minat mak yang suka hati nak deko rumah sendiri nih. Amin.

Weekend yang osem. Esok kerja. Mari ulang rutin yang sama. Zassss!

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel #BBSAP #residen1 

Peace!

Peace!

Jangan tiru aksi ini. Ini ialah bila mak suruh masuk kereta dan duduk di carseat nya.

Yay. Mak nak bawak kita jalan jalan. 


Nota : Belum buckle dan kereta belum bergerak. Harap maklum.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m